Memory

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Memory (filem))
Memory
PengarahRosnani Jamil
Lakon layarRosnani Jamil
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
RJ Filem
Tarikh tayangan
1991
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Memory merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada 1991. Filem Memory diterbitkan dalam bentuk filem warna.

Filem Memory mula ditayangkan pada 1991 di pawagam seluruh negara. Menampilkan Jins Shamsudin, Ogy Ahmad Daud, Nash dan ramai lagi.

Pengarah[sunting | sunting sumber]

Filem Memory diarah oleh pengarah Rosnani Jamil pada 1991.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Dato Herman seorang ahli perniagaan yang berhadapan pelbagai masalah dihadapi termasuk salah guna wang syarikat untuk kehendak keluarganya yang sering mengejar kekayaan dan hidup bersosial walaupun di saat ambang muflis, isterinya Datin Zaharah menghabiskan masa dengan para orang kaya manakala Helmi pula obses dengan dunia motorsikal dan Asnita yang mempunyai masalah ketagihan dadah.Namun langit tidak selalu cerah apabila tiga beranak (Datin Zaharah,Asnita,Helmi) hilang arah selepas Dato Herman telah dihilang di laut akibat dirompak oleh sekumpulan penjenayah laut ketika memancing.Dalam pada itu Helmi terlibat kemalangan motorsikal mengakibatkan kakinya terpaksa dipotong dan Asnita cuba membunuh diri setelah dapat tahu muflis namun mujur Zul iaitu teman lelakinya dapat selamatkan Asnita tetapi Asnita kembali ketagih dadah sehingga Zul memberitahu kepada pihak Polis dan Asnita dihantar ke Pusat Rehab Akhlak, Helmi akur keadaan dirinya telah ambil keputusan untuk tebus kesalahan dirinya dengan mencari pekerjaan.

Sementara itu Alias rakan karib Dato Herman datang ke Indonesia atas urusan kerja telah terkejut kerana Dato Herman yang disangkakan meninggal dunia di laut sebenarnya masih hidup,langsung Dato Herman menceritakan semula bagaimana boleh hanyut ke Indonesia dan hilang ingatan akibat dipukul oleh penjenayah laut tersebut.Dato Herman telah mengahwini seorang wanita tempatan atas mengenang jasa bapanya yang selamatkan dirinya dan menjaga seperti seorang anak sendiri.Berbalik kepada tadi,Datin Zaharah pengsan selepas ziarah Helmi di tempat kerja dan Asnita dilepaskan sementara melawat ibunya dan Dato Herman kembali ke Kuala Lumpur untuk berjumpa semula mereka.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Jins Shamsuddin sebagai Dato Herman
  • Nazliah Hamid sebagai Zaharah, Isteri Dato Herman yang obses mengejar barangan mewah & bergaul golongan setaraf
  • Ogy Ahmad Daud sebagai Asnita, Anak perempuan Dato Herman yang mempunyai ketagihan dadah
  • Nash sebagai Helmi, Anak lelaki Dato Herman yang obses dunia motorsikal
  • Shahrul Kamaludin sebagai Zul, Seorang graduan ijazah dari Amerika Syarikat & teman lelaki Asnita. Seorang bersikap positif
  • Umie Aida sebagai Nina, Teman wanita kepada Helmi
  • M. Amin sebagai Alias, rakan karib Dato Herman yang juga rakan kongsi dalam perniagaan Dato Herman
  • Ahmad Marbawi sebagai Ayah Herman
  • Panshah sebagai Sam, rakan karib Dato Herman yang juga rakan kongsi dalam perniagaan Dato Herman dan peguam
  • Zainurdin Ismail sebagai Zainuddin, Kawan kepada Dato Herman
  • Herdawati sebagai Asmidar, Isteri kedua kepada Dato Herman di Indonesia
  • Aimi Jarr sebagai Omar, Akauntan kepada Dato Herman
  • Rusdi Ramli sebagai Helmi (remaja)
  • Syed Hamid sebagai Penghulu
  • Cik Ann Cik Din sebagai Ibu Dato' Herman
  • Jenny Liew Chow Yee sebagai Kawan Asnita 1
  • Zainab Ibrahim sebagai Kawan Asnita 2
  • Kamala Ganapathy sebagai Isteri Peguam
  • Bibi Yem sebagai Salmah, Orang Gaji

Kumpulan Bermotor[sunting | sunting sumber]

  • Rosli Maulud
  • Amir Hamzah
  • Abdul
  • Shahizi Mohamad
  • Abdul Hamid Redza
  • Abdul Latiff Mohd. Salleh
  • Mohamad Zainal
  • Zulkifli Jaffar
  • Rahman Aziz
  • Norzie Hj. Daud
  • Raja Naliza Raja Kamaruddin
  • Noraini Kassim

Penampilan Khas[sunting | sunting sumber]

Lagu[sunting | sunting sumber]

  • Kau Yang Tak Mengerti - Teja

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]