Menara Masjid Pulai Condong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Menara Masjid Pulai Condong merupakan satu tarikan pelancong yang terdapat di Pulai Condong, Kelantan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menara Masjid Pulai Condong ini telah dibina oleh Hj. Ab. Samad b. Hj. Abdullah pada tahun 1856 (1273H).[1] Ia memiliki ketinggian hampir 18 meter dengan ukur lilit seluas 2.8 meter. Menara Masjid Pulai Condong ini kini merupakan suatu objek kemegahan tempatan.

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Menara Masjid Pulai Condong ini telah dibina oleh Hj. Ab. Samad b. Hj. Abdullah pada tahun 1856 (1273H) secara bergotong-royong dengan menggunakan tenagan manusia keseluruhannya. Menara Masjid Pulai Condong ini telah direka oleh Haji Abdul Samad sendiri. Menara Masjid Pulai Condong dibina dengan sebatang tiang (tidak berbumbung) ditengah-tengah menara ini yang menjadi paksi bagi memegang dinging menara disekelilingnya.

Masjid Pulai Condong ini diperbuat daripada kayu cengal batu keseluruhan bahagiannya. Pembinaannya dibuat sepenuhnya menggunakan kuderat manusia dengan papan dihasilkan dengan menggunakan beliong, kapak dan pahat sahaja. Menara ini terbukti dibina dengan begitu kukuh sehingga ia mampu menahan ribut besar yang melanda Kelantan pada tahun 1880 (1297H). Sungguhpun kesemua pokok-pokok kecil dan besar disekitarnya tumbang, tetapi menara ini sedikit pun tidak terjejas oleh ribut tersebut.

Menara ini masih dalam keadaan baik dan boleh digunakan sebagai tempat bilal melaungkan azan sehingga sekarang.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MENARA CONDONG". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-06.