Menteri Besar dan Ketua Menteri di Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:
Politik dan kerajaan
Malaysia



Negara-negara lain · Atlas
 Portal Politik

Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri ialah Ketua Menteri.

Gelaran jawatan ini diwujudkan oleh Kerajaan British pada tahun 1948 ketika Persekutuan Tanah Melayu mula dibentuk tetapi semasa kesultanan Melayu dahulu jawatan yang seumpama dengannya dikenali sebagai Bendahara. Tetapi bagi sesetengah negeri seperi Johor, jawatan Menteri Besar telah lama wujud sebagaimana tertakluk di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor, iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan dan dilantik sendiri oleh Sultan terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Nama jawatan Menteri Besar adalah mengambil nama yang digunakan di negeri Johor bagi tujuan penyeragaman. Sebelum itu pelbagai nama telah digunakan seperti Perdana Menteri di negeri Kelantan.

Selepas merdeka, jawatan Menteri Besar dipilih daripada parti yang mendapat majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selepas setiap kali Pilihanraya diadakan.

Senarai nama Menteri Besar dan Ketua Menteri di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai Menteri Besar dan Ketua Menteri yang terkini selepas Pilihan raya umum Malaysia 2013 (undian bermula 5 Mei 2013).

Negeri Jawatan Penyandang Parti Mula berkhidmat
 Johor Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin Barisan Nasional (UMNO) Mei 8, 2013
 Kedah Menteri Besar Datuk Paduka Mukhriz Mahathir Barisan Nasional (UMNO) Mei 6, 2013
 Kelantan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob Pakatan Rakyat (PAS) Mei 6, 2013
 Melaka Ketua Menteri Datuk Idris Haron Barisan Nasional (UMNO) Mei 7, 2013
 Negeri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad bin Hasan Barisan Nasional (UMNO) Mac 25, 2004
 Pahang Menteri Besar Datuk Seri Diraja Adnan Yaakob Barisan Nasional (UMNO) Mei 25, 1995
 Pulau Pinang Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng Pakatan Rakyat (DAP) Mac 11, 2008
 Perak Menteri Besar Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir Barisan Nasional (UMNO) Mei 12, 2009
 Perlis Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man Barisan Nasional (UMNO) Mei 7, 2013
 Sabah Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Aman Barisan Nasional (UMNO) Mac 4, 2003
 Sarawak Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar Adenan Satem Barisan Nasional (PBB) Februari 28, 2014
 Selangor Menteri Besar Tan Sri Datuk Abdul Khalid Ibrahim Pakatan Rakyat (PKR) Mac 13, 2008
 Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman Barisan Nasional (UMNO) Mei 12, 2014

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]