Menteri Mentor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Menteri Mentor ialah sebuah jawatan yang diwujudkan di Singapura pada tahun 2004 semasa berlaku rombakan kabinet.

Menteri Mentor pertama dan terkini Singapura ialah Lee Kuan Yew. Perdana Menteri yang baru dilantik iaitu Lee Hsien Loong telah mengumumkan mengenai perkara itu pada 12 Ogos 2004. Lee Kuan Yew sebelum ini pernah menjadi Perdana Menteri Singapura (1965-1990) dan Menteri Kanan (1990-2004).

Penubuhan jawatan ini ialah salah satu cara untuk mengekalkan Lee dalam kabinet selepas Perdana Menteri kedua Singapura, Goh Chok Tong meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Hal ini bagi memberi laluan kepada Lee Hsien Loong iaitu anak Lee Kuan Yew untuk menjadi Perdana Menteri. Peranan dan tanggungjawab Menteri Mentor ialah untuk meberi nasihat dan cadangan.

Pautan Pilihan[sunting | sunting sumber]