Menumpaskan pertahanan udara musuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peluru berpandu AGM-88 HARM pada sebuah pesawat milik Tentera Laut A.S
Pelur berpandu ALARM pada pesawat Tornado GR4 Tentera Udara Diraja British.

Menumpaskan pertahanan udara musuh (Bahasa Inggeris: Suppression Enemy Air Defence) atau SEAD, juga dikenali dengan kod operasi "Wild Weasel" dan "Iron Hand" di Amerika Syarikat, merupakan satu misi ketenteraan bagi memusnahkan sistem pertahanan udara musuh yang berpangkalan di darat seperti peluru berpandu permukaan ke udara (PBPU) dan artileri anti pesawat (AAP) terutamanya (tetapi tidak terhad kepada) pada beberapa jam pertama serangan dibuat.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Selalunya persenjataan yang selalu dikaitkan dalam misi-misi sebegini adalah peluru berpandu anti radar (PMAR) seperti AGM-88 HARM dan ALARM. Namun begitu, pelbagai senjata lain boleh digunakan dalam misi SEAD selagi ia boleh memusnahkan atau merosakkan kelengkapan system pertahanan udara. Sebagai contoh, Paveway LGB bukan merupakan peluru khas untuk misi SEAD, akan tetapi apabila ia digunakan untuk memusnahkan antenna radar, ia telah mencapai objektif dalam memusnahkan pertahanan udara musuh.

Senjata tanpa panduan yang paling berkesan untuk digunakan dalam misi SEAD adalah bom berangkai, disebabkan kebanyakan tapak-tapak pelancar peluru berpandu permukaan ke udara bertaburan dalam kawasan yang luas, bagi mengelakkan dari mengalami kemusnahan tang teruk kepada bateri pertahanan udara, dan juga kecenderungan sasaran yang senang untuk dimusnahkan (pelancar peluru berpandu, radar dedah dan sebagainya). Dalam kes ini, AGM-154 Joint Standoff Weapon buatan A.S merupakan senjata yang berkesan untuk menyerang tatak-tapak sasaran ini kerana ia boleh dilancarkan dari jarak jauh dan mengelakkan pesawat dari diancam oleh hampir kesemua system pertahanan udara. AGM-154 juga memiliki kawasan kemusnahan yang besar ke atas sasaran mudah musnah.

Dalam perkhidmatan A.S, misi-misi SEAD dilakukan oleh pesawat pejuang taktikal seperti F-105G Thunderchief dan F-4G Phantom II. Pada masa sekarang, pesawat SEAD utama bagi Tentera Udara Amerika Syarikat adalah F-16 Fighting Falcon. Pesawat-pesawat mendapat nama gelaran sebagai "Wild Weasel", dan selalunya digunakan untuk mengumpan pertahanan musuh. Soviet pula lebih mengemari untuk menggunakan pesawat pemintas yang diubahsuai seperti Mikoyan MiG-25BM dan pesawat pengebom bersenjata peluru berpandu seperti Tupolev Tu-22M bagi memusnahkan sasaran pada jarak jauh

Sebuah pesawat Tornado ECR milik Luftwaffe.

Bagi tentera udara Negara-nehara NATO Eropah, misi-misi SEAD dilakukan oleh pesawat-pesawat Tornado GR.4 Tentera Udara Diraja British dan Tornado ECR milik Luftwaffe dan Aeronautica Militare Italiana. Pesawat Tornado British dilengkapi dengan peluru berpandu ALARM manakala pesawat Jerman/Itali dengan AGM-88 HARM. Pesawat Tornado ECR telah direka sebagai sebuah platform SEAD dan memiliki keunikan tersendiri di dalam turutan pertempuran udara NATO di Eropah. Meskipun begitu, beberapa pesawat lain dari negara NATO Eropah juga membawa senjata SEAD, dengan beberapa darinya direka khusus dan berupaya untuk melaksanakan misi SEAD yang berbahaya.

Senarai pesawat SEAD pada masa sekarang[sunting | sunting sumber]

Senarai pesawat SEAD yang pernah digunakan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]