Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Merlimau (Jawi: مرليماو) adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin. Merlimau adalah sebuah Mukim didalam Daerah Jasin dengan keluasan 4,674 hektar yang mempunyai 28 buah kampung.
Pekan Merlimau telah dikategorikan sebagai Bandar Merlimau berikutan pertumbuhan dan kemudahan telah dibangunkan.
Kawasan yang berada didalam Poskod Merlimau (77300) ialah Umbai, Pulai, Serkam, dan Kampung Seri Mendapat.
Wakil Rakyat Dun N27 Merlimau :
Datuk Roslan Datuk Hj Ahmad
Sejarah Merlimau [sunting]
Merlimau, Terhasil Dari Perbuatan Melimau Keris Dan Mara Rimau. [sunting]
Ramai orang-orang tertanya-tanya tentang asal nama "Merlimau" atau bagaimana Merlimau dapat namanya. Dari tradisi lisan atau cerita-cerita mulut terdapat dua cerita. Seperti yang diperkatakan ada dua kelompok keturunan terbedar di Merlimau iaitu Bugis dan Palembang.
Cerita pertama: Sumber orang-orang Palembang [sunting]
Dikatakan orang-orang Melayu dahulu sangat pandai bermain senjata istemewanya keris. Mereka adakan latihan bersilat, berpencak atau seni mempertahankan diri setiap hari. Masing-masing mempunyai keris sebagai senjata persendirian yang dibawa ke mana-mana mereka pergi untuk mempertahankan diri dan menentang musuh. Keris ini dijaga dan dipelihara. Cara menjaganya ialah "diusap dan dilimau". Ini bermakna keris mereka mesti diusap dengan kemenyan dan diurut dengan limau. Tradisi merlimau keris ini masih terdapat dikalangan masyarakat Melayu khasnya yang menyimpan keris pusaka. Upacara ini dinamakan "Upacara Merlimau Keris". Setiap malam jumaat keris mereka mesti dilimau. Dalam upacara ini mereka berkumpul di rumah Tok Guru untuk melimau keris. Bila ditanya, "Hendak ke mana?". Mereka menjawab, "Hendak Melimau " , Hendak Melimau dan akhirnya tempat itu dinamakan "MERLIMAU".
Sumber kedua: Cerita Keturunan Bugis [sunting]
1511 Pembesar Orang Bugis yang berhijrah ke Merlimau ialah Datuk Kaya Makmun. Beliau pada asalnya telah menebas, menebang hutan untuk membuat kawasan kediaman. Waktu itu di pedalaman atau di hulu sungai Merlimau adalah hutan yang tidak pernah diterokai orang. Hutan belantara yang begitu besar dikatakan banyak didiami oleh binatang buas terutama harimau. Harimau banyak sentiasa mengancam pendatang baru ini kerana mereka tinggal di pinggir hutan tebal. Sehubungan dengan itu Datuk Kaya mengarahkan orang-orang mereka membuat pagar menahan serangan atau menahan bahaya harimau. Dalam bahasa dahulu disebut "mara rimau" kita buat pagar, tahan mara rimau, tahan mara rimau" oleh kerana mara rimau ini mengancam hidup , mereka menamakan tempat ini sebagai Mara Rimau, Mara Rimau dan akhirnya menjadi "MERLIMAU".[1] [2]
Bugis Merlimau [sunting]
Bugis di Merlimau berdarah anak raja dan Pahlawan Bugis. Bermula pada zaman akhir kejatuhan institusi Kesultanan Melayu Melaka.Pada tahun 1511 pahlawan-pahlawan bersama anak raja Bugis dipangil Sultan Melaka untuk membantu mempertahankan Kota Melaka daripada serangan Portugis. Selepas Pintu Kota Melaka dibuka Sultan Melaka lari berundur ke Muar,Pahlawan-pahlawan Bugis berundur di sekitar Merlimau. Tun Teja telah jatuh gering yang berat dan mangkat di Merlimau dalam perjalanan Sultan Mahmud Syah dan orang-orang kerajaan Melaka berundur ke Muar.[3]
Kemudahan di Merlimau [sunting]
Merlimau dapat dikunjungi dari Bandaraya Melaka sekitar 20-30 minit dari susur keluar Merlimau Jasin di Lipat Kajang, jika menggunakan Lebuhraya PLUS. Masa yang lebih panjang mungkin diperlukan jika menggunakan jalan persekutuan dari Melaka atau Muar. Ada dua syarikat bas yang memberikan perkhidmatannya dari Melaka Sentral menggunakan jalan tersebut iaitu syarikat bas MOS dan Kenderaan Aziz. Jalanraya 4 lorong Simpang Ampat-Melaka-Muar telah siap yang dikenali dengan nama Lebuh AMJ, persimpangan yang menghubungkannya dengan pekan Merlimau hanya di sekitar 3 kilometer dari pekan tersebut. Merlimau tiada jaringan kereta api. Jika pengunjung ingin menggunakan perkhidmatan kereta api boleh turun di Stesen Kereta Api Pulau Sebang di Alor Gajah (dahulu dikenali Stesen Tampin) yang jaraknya 53 kilometer dari Pekan Merlimau atau menggunakan Stesen Kereta Api Batang Melaka sejauh 42 kilometer dari Pekan Merlimau. Namun hanya Ekspres Sinaran Pagi, Sinaran Petang dan Senandung Malam sahaja yang berhenti di stesen Batang Melaka. Manakala Stesen KTMB Pulau Sebang semua jenis ekspres KTM berhenti di stesen ini.
- Institusi Pengajian Tinggi :
Politeknik Merlimau
Kolej Komuniti Jasin dan
Universiti Teknologi Mara UITM bakal dibina.
- 2 buah sekolah menengah di sepanjang jalan ke Jasin,
Sekolah Datuk Abdul Rahman Yaakub (SDARY) dan
Sekolah Dang Anum (SDA) .
- Perpustakaan Merlimau
- Terdapat sebuah Pusat Kokurikulum di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Melaka yang beroperasi di Kampung Lanchang (8 km dari Merlimau). Lebih dikenali sebagai Kem Lanchang yang menjalankan aktiviti pendidikan luar seperti berkayak, membaca kompas dan orienteering, berbasikal lasak, memanjat tembok tiruan, litar cabaran aras tinggi dan aktiviti terbaru yang dimasukkan adalah paint ball.
- Balai Bomba dan Penyelamat, pusat kesihatan,Klinik Kesihatan, klinik persendirian, perhentian bas dan pejabat pos.Balai polis pula sekitar 1 kilometer di selatan, di sebelah jalan menuju ke Muar.
- Kemudahan Bank :
-Bank Simpanan Nasional Giro di Jalan Jasin,
-"'Mybank'" Taman Debunga,
-"Bank Tabung Haji"
-ATM Bank Islam di Politeknik Merlimau
- No Teksi Merlimau :06-2632697(waktu pejabat)@
EN Arip:012-6029036
En Din:016-6427580
Terdapat beberapa tempat bersejarah bagi Merlimau: [sunting]
- Makam Tun Teja terletak di tengah-tengah sawah padi yg indah Di Kampung Pengkalan Samak.
Kemudahan Penginapan [sunting]
Terdapat beberapa medan ikan bakar untuk makan malam [sunting]
- Medan Ikan Bakar di Serkam
- Medan Ikan Bakar Anjung Batu,
- Medan Ikan Bakar dan Medan Ikan Bakar Terapung Umbai (sejauh sekitar 10 kilometer).
- Jeti Anjung Batu yang menarik dan kemudahan Bot untuk ke Pulau Besar
-
Jeti Anjung Batu Merlimau Melaka
-
Jeti Nelayan Merlimau [sunting]
- Jeti Merlimau Pantai, Merlimau
- Merlimau merupakan salah satu kawasan penanaman padi yang masi aktif di Melaka. Terletak di Kampung Merlimau Pantai,Kamung Tengah Padang, Pengkalan Samak, Sempang dan Serkam.
- Pengunjung juga boleh melihat projek akua-kultur ternakan kupang di Sebatu
- Dijual di gerai-gerai sekitar jalan Melaka-Muar
- Kampung Merlimau
- Kampung Merlimau Pasir
- Kampung Merlimau Barat
- Kampung Merlimau Pantai
- Kampung Merlimau Pekan
- Kampung Merlimau Telok
- Kampung Merlimau Tengah
- Kampung Merlimau Timur
- Kampung Baru Tanah Pinggir Merian
- Kampung Bulang
- Kampung Kilang Berapi
- Kampung Kilang Berapi Utara
- Kampung Kilang Berapi Barat
- Kampung Koalam
- Kampung Mentija
- Kampung Parit Melintang
- Kampung Pasir Gembur
- Kampung Paya Buluh
- Kampung Paya Lengkong
- Kampung Permatang Bukit
- Kampung Permatang Pasir
- Kampung Permatang Serai
- Kampung Sempang Bukit Kuda
- Kampung Sempang Darat Seberang
- Kampung Sempang Pantai
- Kampung Seri Lanchang
- Kampung Solok Pantai
- Kampung Sungai Renggi
- Kampung Telok
- Kampung Tengah
- Kampung Tengah Padang
Pekan berdekatan [sunting]
- Sebatu
- Semujok
| ===GALERI GAMBAR=== |
|
|
|
Pintu Gerbang Merlimau Pantai.
|
|
|
|
|
| Daerah |
|
|
| Bandar raya |
|
|
| Bandar dan Pekan |
|
|
| Pulau |
|
|
| Bandar baru |
|
|
| Majlis Perbandaran |
|
|
| FELDA |
|
|
Koordinat: 2°09′U 102°26′T / 2.15°U 102.433°T / 2.15; 102.433