Merlion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Merlion at night.JPG
Merlion

Merlion (Cina Ringkas: 鱼尾狮; pinyin: Yúwěishī) merupakan tugu dengan kepala singa dan berbadan ikan. Nama Merlion diilhamkan dari mermaid atau ikan duyung dan lion atau singa. Tugu merlion ini direka oleh Fraser Brunner untuk Kementerian Perlancongan Singapura pada tahun 1964 dan telah diisytihar sebagai lambang rasmi Singapura pada tahun 1997.

Berdasarkan kempen publisiti Singapura Tourism Board, kepala singa dan badan ikan mengingati makhluk cerita dongengan Sang Nila Utama, saksi kepada haiwan pelik itu ketika memburu di sebuah pulau, dalam perjalanan ke Melaka. Pulau itu akhirnya menjadi pelabuhannya Temasek dan sekarang Singapura.