Mermaid Melody Pichi Pichi Pitch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mermaid Melody Pichi Pichi Pitch (Jepun: マーメイドメロディーぴちぴちピッチ, Hepburn: Māmeido Merodī Pichi Pichi Picchi) ialah siri manga dan anime shōjo dari Jepun. Siri animasi ini pernah disiarkan di Malaysia menerusi saluran TV3 pada setiap hari Ahad jam 11:30 pagi dan pernah disiarkan di Singapura menerusi saluran MediaCorp Saluran 8 pada setiap hari Ahad jam 11:00 pagi . Kini, animasi ini disiarkan menerusi saluran TV9.

Animasi ini mengisahkan tentang puteri duyung bernama Luchia Nanami yang menetap sementara di darat sebagai manusia. Apabila musuh tiba (Gaito dan sekutunya), dia akan bertukar ke bentuk penyanyi dan menggunakan nyanyiannya untuk mengalahkan musuh. Dia dibantu oleh rakan-rakannya, terutama sekali Hanon dan Rina.