Messerschmitt Me 321

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Me 321
Peranan Peluncur kargo
Pengeluar Messerschmitt
Penerbangan sulung 7 March, 1941
Status bersara
Dikeluarkan Jun 1941 – April 1942
Jumlah dibina sekitar 150
Kelainan Messerschmitt Me 323

Messerschmitt Me 321 Gigant merupakan pesawat udara peluncur kargo Jerman besar yang dibangunkan semasa Peperangan Dunia ke Dua.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Semasa persedian bagi kemungkinan melanggar Britain semasa Perang Dunia II (Operasi Sealion) ia menjadi jelas kepada Komander Pengangkutan Luftwaffe bahawa jarak yang terbabit dan jumlah kargo yang perlu diangkut memerlukan pesawat pengangkut yang lebih baik dari pesawat tunggak utamanya, Ju 52.[1]

Sementara rancangan bagi Operasi Sealion dibekukan pada Disember 1940, dan rancangan bermula bagi penjarahan Rusia (Operasi Barbarossa), ia diputuskan bahawa penyelesaian paling berkesan-kos kepada keperluan pesawat pengangkutan adala untuk menggunakan peluncur. Dengan itu, Biro Teknikal Luftwaffe mengeluarkan tender bagi pembangunan pantas bagi Grossraumlastensegler (peluncur penggangkut berkapasiti tinggi) kepada pengilang kapal terbang Junkers dan Messerschmitt. Spesifikasi memerlukan peluncur berkeupayaan untuk membawa samaada meriam 88 mm dengan traktornya, atau kereta kebal serdahana. nama kod Projekt Warschau (Projek Warsaw) digunakan, dengan Junker diberi nama nama kod Warschau-Ost dan Messerschmitt Warschau-Sud.

Bagaimanapun, reka bentuk Junkers, Ju 322 Mammut tidak berjaya kerana syarikat tersebut memilih untuk membina dengan mengunakan kayu sepenuhnya. Dengan itum reka bentuk Messerschmitt, Me 263 mendapat kontrak bagi syarikatnya.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

Me 263 mempunyai rangka tiub keluli yang dibekalkan oleh syarikat Mannesmann, dengan penyokong kayu dan diselitupi penutup kain dope. Ini membenarkan pembinaan pantas dan pemulihan mudah dan turut menjimat berat. Me 263 ditukar nama sebagai Me 321 dan digelar Gigant (Gergasi) kerana saiznya yang besar.

Muncungnya berdiri lebih 6 meter tinggi, dan terdiri dari dua pintu kerang. Pintu itu hany aboleh dibuka dari dalam, dan tanjak akan digunakan bagi membenarkan kenderaan dipandu masuk atau keluar. Berbanding Ju 52, Me 321 menawarkan ruang bebam 6 kali lebih besar, sekitar 100 meter persegi (1,100 ka2), dan mampu menerima kargo kasar seberat hingga 23 metric ton (23 long ton). Ruang kargo teleh direka bagi menyerupai ruang isi kereta leper kereta api Jerman piwaian, membenarkan sebarang kargo yang mampu bergerak melalui landasan boleh muat kedalam Me 321. Sebaliknya juga, sekiranya digunakan bagi mengangkut penumpang, 120-130 tentera denagn kelengkapan penuh mampu dimuatkan.[2]

Me 321 dilengkapkan dengan bahagian bawah boleh buang terdiri dari dua roda belakang Bf 109 di hadapan dan dua roda utama Junkers Ju 90 di belakang dan bertujuan bagi mendarat pada empat luncur boleh dipanjangkan.

Penerbangan pertama prototaip Me 321 V1 berlaku pada 25 Februari 1941, ditunda di udara oleh Junkers Ju 90. Ia diterbangkan oleh juru terbang ujian Messerschmitt, Karl Baur, dan membawa 3 tan pemberat. Baur melaporkan bahawa kawalan adalah berat dan lambat bertindak balas dan ia diputuskan membesarkan kokpit bagi memuatkan juruterbang kedua dan pengendali radio dan kawalan berkembar dipasang. Motor servo eletrik juga dipasang bagi membantu menggerakkan ridip sayap (wing flaps) yang besar dan ujian lanjut turut menyebabkan payung terjun brek ditambah.

Ujian penerbangan dibebani kesulitan, kerana Ju 90 tidak cukup berkuasa, da sebagai langkah sementara tiga pejuang berat Messerschmitt Bf 110, digunakan dalam apa yang dikenali sebagai tatarajah Troikaschlepp. Ini adalah pergerakan yang mat merbahaya dan Ernst Udet meminta Ernst Heinkel untuk mencadang sesuatu yang lebih baik. Heinkel bertindak balas dengan mencipta Heinkel He 111Z Zwilling (Kembar), yang menggabungkan dua pesawat He 111 dengan enjin kelima ditambah. Unit berlepas bantuan roket turut digunakan bagi membantu berlepas dari lapangan kasar.

Sejarah perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pesawat pengeluaran pertama Me 321A-1 memasuki perkhidmatan pada May 1941 dengan Grossraumlastensegler 321 di Leipheim, pada awalnya ditunda oleh Ju 90s dan kemudiannya oleh He 111Z dan tatarajah Troikaschlepp yang terdiri daripada 3 Bf 110s.[3] Versi Me 321B-1 terkemudian mempunyai kakitangan seramai 3 orang dan persenjataan 15 mesingan 4 x 7.9mm MG .

Me 321 kurang berjaya di perbatasan Timur kerana beberapa sebab:

  • Sebagai peluncur, Me 321 kekurangan keupayaan untuk membuat cubaab kedua atau ketiga kelandasan sibuk.
  • Ia mustahil untuk bergerak di darat tanpa kenderaan khas.
  • Sebelum pengenalan He 111 Zwilling tatarajah Troikaschlepp yang merbahaya memberikan jarak satu hala hanya 400 km yang tidak mencukupi bagi zon operasi selamat.[4]

Pada musim bunga 1942 baki Me 321 dikeluarkan dari perkhidmatan di Rusia sebagai persediaan bagi rancangan Operasi Herkules yang dirancang, penjajahan Malta, di mana armada peluncur ditunda oleh He 111Z akan digunakan. Rancangan itu dibatalkan kerana kekurangan pesawat penunda.

Pada tahun 1943, Me 321 kembali beraksi ke Rusia untuk digunakan dalam rancangan operasi untuk membantu tentera Jeneral Paulus' yang terkepong di Stalingrad, tetapi menjelang masa mereka tiba di medan hadapan tidak terdapat lapangan terbang yang sesuai dan mereka dihantar kembali ke Jerman.

Selepas pembatalan operasi Stalingrad, peluncur Me 321 samaada diletak dalam simpanan atau dilupuskan, sungguhpun sesetengah ditukar kepada versi berenjin, Me 323. Cadangan operasi lanjut, di mana baki Me 321 akan mendaratkan tentera di Sicily turut dibatalkan, disebabkan ketiadaan tapak pendaratan yang sesuai.

Akhirnya hanya sekitar 150 Me 321 dihasilkan. Terdapat juga variasi berenjin Me 321, iaitu Me 323 dengan enam enjin 895 kW. Ini merupakan pesawat kargo di daratan terbesar semasa Perang Dunia II.

Variasi[sunting | sunting sumber]

  • Me 321A-1 :
  • Me 321B-1 : mempunyai 3 kakitangan dan bersenjata 15 mesingan 4 x 7.9mm MG

Spesifikasi (Me 321)[sunting | sunting sumber]

Ciri umum

  • Anak kapal: 2, juruterbang dan pembantu juruterbang
  • Kapasiti: 130 anggota tentera
  • Panjang: 28.15 m (92 kaki 4 in)
  • Rentang sayap: 55 m (180 kaki 5 in)
  • Tinggi: 10.15 m (33 kaki 4 in)
  • Berat kosong: 12,400 kg (27,300 lb)
  • Berat berisi: 34,400 kg (75,800 lb)

Prestasi

Persenjataan

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hyland, Gary (1999). Last Talons of the Eagle. Headline. m/s. p. 78. ISBN 074725964X. Unknown parameter |co-authors= ignored (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  2. ^ Staerck, Christopher (2002). Luftwaffe: The Allied Intelligence Files. Brassey's. m/s. pp. 202-203. ISBN 1574883879. Unknown parameter |co-authors= ignored (bantuan); |pages= has extra text (bantuan)
  3. ^ Staerck, p. 202
  4. ^ Hyland, p. 83

Pautan luar[sunting | sunting sumber]