Mestica

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mestica
Kulit album kumpulan Mestica
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Nashid
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Label Hijjaz Music Entertainment (HME)
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web http://www.mestica.org/
Ahli
(Shaiful) Shaiful Izzuddin bin Mohamad
(Khairul) Mohd Khairulnizam bin Zainol
(Razin) Muhamad Razin bin Che Mud
(Khalil) Khalil Khusairi bin Tarmizi


Kumpulan Mestica merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu.

Sejarah dan latar belakang[sunting | sunting sumber]

Kumpulan MESTICA telah ditubuhkan di UiTM Shah Alam dengan dianggotai oleh 4 orang mahasiswa UiTM. Kumpulan ini sebenarnya adalah gabungan ahli daripada 3 kumpulan nasyid yang pernah bergiat aktif di kampus UiTM Shah Alam sekitar tahun 2000 hingga 2002 iaitu IS-ONE, As-Syiffa’ dan Al-Wahdah. Selepas pembubaran kumpulan-kumpuan tersebut atas pelbagai sebab maka saudara Khairulnizam Zainol yang kini mengetuai kumpulan “MESTICA”, telah mengambil inisatif untuk mengumpulkan kembali bekas ahli kumpulan-kumpulan tersebut bagi meneruskan kesinambungan irama nasyid di UiTM. Kumpulan Mestica juga memberi sokongan dan bimbingan kepada kumpulan-kumpulan nasyid baru di UiTM seperti kumpulan nasyid Skilas, Kolej Perindu. Hasil tunjuk ajar mereka telah berjaya meletakkan kumpulan nasyid Skilas sebagai sebuah kumpulan nasyid yang popular di kalangan pelajar-pelajar di Uitm Shah Alam

Pada peringkat awal penubuhannya kumpulan ini pernah menggunakan nama “Ideal” dan “Mestika”. Namun selepas menjalani ujibakat bersama pihak Hijjaz Music Entertainment (HME) dan diterima menjadi anggota keluarga terbaru HME nama kumpulan ini ditukar sekali lagi kepada nama “MESTICA”.

Ahli-ahli[sunting | sunting sumber]

Anggota kumpulan Mestica :-

  1. (Shaiful) Shaiful Izzuddin bin Mohamad (ex As-Syiffa’- 21 tahun)
  2. (Khairul) Mohd Khairulnizam bin Zainol (ex As-Syiffa’- 23 tahun)
  3. (Razin) Muhamad Razin bin Che Mud (ex IS-ONE – 22 tahun)
  4. (Khalil) Khalil Khusairi bin Tarmizi (ex Al-Wahdah- 22 tahun).

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album[sunting | sunting sumber]

  1. Sendu Sendawa (2004)
  2. Layar Keinsafan (2005),
  3. Tigasatutiga (313) (2007)

Album Sendu Sendawa merupakan album pertama kumpulan Mestica yang diterbitkan pada 2004.


Album 313 menonjolkan lagu Badar 313 yang diberikan pengaruh muzik sedikit rock dengan elemen gothic. Bermula dengan Segalanya Milik Mu di Trek1, pendengar dihiburkan dengan irama nasyid kontemporari yang agak perlahan. Diikuti Hurul Ain di Trek2 yang ditampilkan dalam rentak padang pasir yang rancak. Kemudian kembali ke rentak yang sederhana perlahan dengan Nasuha di Trek3. Lagu Seruan di Trek4 diberikan melodi agak patriotik itu lebih menarik dengan kesan khas bunyi pada latarnya. Turut dimuatkan lagu bernada sedih Wajah Suci di Trek5 selain Muhammad Al-Huda di Trek6 dan Mimpi Yang Indah di Trek7.[1]

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

Sendu Sendawa (2004)

  1. Arus Ini
  2. Sendu Sendawa
  3. Destinasi Cinta
  4. Egois
  5. Inayah
  6. Kemarau Di Hati
  7. Kembali Gemilang
  8. Luqmanul Hakim
  9. Siratunnabi
  10. Yang Abadi

Layar Keinsafan (2005)

  1. Rahmat Ujian
  2. Demi Cinta Zainab
  3. Layar Keinsafan
  4. Salahuddin Al Ayyubi
  5. Kerana Cinta (feat. In Team)
  6. Cinta Teragung
  7. Secerah Pawana
  8. The Pilgrimage Of Life
  9. Selamat Pengantin Baru
  10. Puteriku Sayang (feat. Munif Hijjaz)

Tigasatutiga (313) (2007)

  1. Segalanya Milikmu
  2. Hurul Ain
  3. Nasuha
  4. Seruan
  5. Wajah Suci
  6. Muhammad Al Huda
  7. Mimpi Yang Indah
  8. Badar 313

Pautan luar[sunting | sunting sumber]