Metacafe

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
logo Metacafe

Metacafe ialah sebuah komuniti perkongsian media dan video di Internet. Pengguna-pengguna Metacafe memuat naik dan berkongsi beribu-ribu video baru pada setiap hari. Metacafe menawarkan aplikasi atas meja (desktop) dan mensasarkan audiens yang “ketagihan video” yang memuat turun banyak video setiap hari. Aplikasi desktop ini berkebolehan memuat turun media berkualiti tinggi ke komputer pengguna apabila komputer pengguna tersebut tidak digunakan (melahu).

Metacafe menengahkan video yang dihasilkan oleh pengguna, video lucu, video internet dan iklan viral (viral ads) berserta dengan video-video sukan dan video-video berita dan ehwal semasa. Sebilangan hasilan di tapak ini juga meliputi permainan flash dan juga klip suara.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Metacafe Inc. diasaskan dalam bulan Julai 2002 oleh Eyal Herzog (Ketua Pegawai Teknologi), Arik Czerniak (Ketua Pegawai Eksekutif) dan Ofer Adler setelah mengumpulkan US$4 juta melalui Benchmark Capital dan pelabur persendirian.

Dalam tahun 2006, trafik laman web Metacafe meningkat dengan pesat dan menjelang bulan Jun 2006, trafik laman we ini diletakkan pada tangga ke-128 oleh Alexa Traffic Ratings [1][pautan mati kekal]. metacafe menyediakan lebih daripada 450,000 klip video setiap bulan kepada lebih daripada 2 juta pengguna berdaftar dan kepada 120 orang pelawat setiap bulan. Metacafe mempunyai 17 juta pengguna unik dalam sesuatu bulan.

Dalam bulan Julai 2006, Metacafe menambahkan modal operasi mereka dan mengumpulkan dana tambahan daripada Benchmark Capital dan Accel Partners $15 million.

Perkhidmatan[sunting | sunting sumber]

Pengguna Metacafe memuat naik bahan ke pelayan laman web dan berkongsi video (ataupun fail audio ataupun lain-lain media) mereka. Video itu kemudiannya akan diedarkan kepada satu komuniti pengulas sukarela (volunteer reviewers) dan kemudiannya akan disemak oleh kakitangan Metacafe untuk menapis kandungan ataupun imej lucah dan eksplisit dan menandakan bahan-bahan itu sebagai bahan “dewasa”. Video yang sudah selesai ditapis dan diulas akan diedarkan dengan dua cara utama : Pengedaran melalui Laman Web – video dan bahan media pengguna akan dimasukkan di dalam laman video baru Metacafe (new videos) dan laman video panas Metacafe (top videos). Kemudahan juga diberikan kepada pengguna-pengguna yang lain yang mahu ‘membenamkan” (embed) video-video meatcafe di laman web ataupun tapak blog mereka ataupun di laman-laman peribadi mereka.

aplikasi atas meja Metacafe

Klien Untuk Windows – Ini adalah satu aplikasi yang diedarkan secara percuma kepada pengguna yang membolehkan mereka mengumpulkan khazanah video mereka sendiri dan menggunakan secara optimum jalur lebar mereka untuk memuat turun dan memuat naik bahan hanya apabila komputer mereka melahu (idel).

Pengguna juga boleh memanggil video menggunakan kemudahan carian dalam laman, mereka boleh melihat dan kemudiannya sekiranya mahu boleh memberikan pemeringkatan (rating) kepada video yang dilihat, menghantar video itu kepada sahabat mereka melalui e-mel ataupun menggunakan Yahoo! Messenger. Kesemua pemeringkatan (rating) disimpan dan tapak Metacafe menunjukkan statisktik untuk video menggunakan kategori Pemeringkatan tertinggi (Highest Rank), Paling DiLihat (Most Viewed), Paling Dibincangkan (Most Discussed) dan Paling Baru (Most Recent). Senarai itu juga menunjukkan penghantar terbanyak dan pengeluar terbanyak.

Sistem Metacafe dibuat sebegitu cara di mana bahan untuk laman web akan dilihat dan diluluskan (ataupun ditolak) oleh pengulas, dan hanya akan dimuatkan dalam laman web selepas diluluskan oleh pengulas. Dengan cara ini, video yang tidak berkualiti tidak akan dimuatkan dalam laman web Metacafe. Metacafe jua mempunyai algoritma khas yang menapis penduaan video yang mengelakkan muatan video secara berganda di laman mereka. Dengan cara ini video yang dimuatkan hanya disenaraikan sekali sahaja dan memudahkan pencarian oleh pengguna.

Ganjaran Penerbit[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Oktober 2006, Metacafe mengumumkan program ganjaran penerbitnya (Producer Rewards) [1] di mana penerbit yang memuatkan video mereka ke Metacafe boleh diberikan ganjaran kewangan. Jika video mereka mempunyai pemeringkatan 3.00 ataupun lebih tinggi daripadanya, Metacafe akan membayar US$5.00 bagi setiap 1,000 tontonan selepas tontonan ke 20,000. program where users of this program are paid for their original content. If the video has a rating of 3.00 or higher Metacafe pays $5 for every 1,000 views an item gets, after the first 20,000 views. Program ini mencapai kejayaan dan menggalakkan penerbitan video berkualiti.

Dalam bulan Oktober, Metacafe dinobatkan sebagai laman video ke-3 paling besar oleh comscore.com (third largest video site Diarkibkan 2007-02-03 di Wayback Machine) menurut pemeringkatan comscore.com ComScore[2].

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Metacafe mempunyai dasar anti pornografi. Walaupun demikian, Metacafe membenarkan bahan peringkat “R” mengikut sistem penakrifan filem yang digunakan oleh Motion Picture Association of America ataupun MPAA. Metacafe meletakkan penapisan keluarga (family filter) yang diset kepada “On” secara lalai (default)

Walaupun dipasangkan penapisan keluarga, ramai pengguna Metacafe menambahkan kata-kata dan komen kesat ataupun lucah. Komen berbentuk seksual, rasis ataupun komen biadap tidak ditapiskan kecuali menerima pemeringkatan -3 oleh pengguna-pengguna lain. Komen-komen ini tidak dipamerkan apabila penapisan keluarga digunakan. Pengguna Linux boleh melihat video di Metacafe apabila Adobe mengeluarkan versi khusus pemain Flash v.9.0.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Producer Rewards Press Release Diarkibkan 2007-06-21 di Wayback Machine
  2. ^ We Try Harder, article from The Economist
  • Bogatin, Donna. Interview with Metacafe CEO Arik Czerniak on ZDnet Blogs Diarkibkan 2006-12-07 di Wayback Machine
  • Gerson, Jen. Off the wall flips. From the Toronto Star. An article about a producer who has earned over $23,000 in Producer Rewards.
  • Holahan, Catherine. Don't I know you from the Internet? From Business Week
  • Marshall, Matt. Metacafe unveils producer awards, to underscore advantage over YouTube from Venture Beat

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]