Meteor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Meteor adalah jalur jatuh meteoroid ke atmosfera bumi, lazim disebut sebagai tahi bintang. Jaluran tersebut disebabkan oleh kepanasan yang dihasilkan oleh tekanan (bukan oleh geseran, sebagaimana anggapan umum sebelum ini) ketika meteoroid memasuki atmosfera. Meteor yang sangat terang, lebih terang daripada penampakan Zuhrah, dapat disebut sebagai bolide.

Jika suatu meteoroid tidak habis terbakar dalam perjalanannya di atmosfera dan mencapai permukaan bumi, benda yang dihasilkan disebut meteorit. Meteor yang menghentam bumi atau objek lain dapat membentuk kawah.