Meteora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Meteora

Meteora adalah judul album studio kedua bagi kumpulan nu metal popular, Linkin Park. Album tersebut telah dilancarkan pada 25 Mac 2003.

Asal-usul nama album[sunting | sunting sumber]

Nama album tersebut diambil daripada rumah ibadat yang terletak di kawasan berbatu-batan di pekan Meteora, Yunani. Selepas melawat rumah ibadat tersebut sepanjang konsert jelajah mereka di Eropah, kesemua ahli Linkin Park berasa teruja dengan kehebatan rumah ibadat tersebut yang menggambarkan kehebatan serta keutuhan, lalu mereka memutuskan untuk menggunakan nama Meteora untuk album kedua mereka ini.

Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Seperti album Hybrid Theory, Linkin Park mengekalkan unsur muzik nu metal di dalam album ini, disusuli dengan gabungan dengan unsur muzik hip-hop dan elektronika. Salah satu lagu di dalam album Meteora iaitu Nobody's Listening juga turut menggunakan seruling tradisional Jepun iaitu shakuhachi.

Konsert Linkin Park di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Oktober 2003, Linkin Park buat pertama kalinya bertandang ke Kuala Lumpur bagi konsert pertama mereka di Malaysia. Komsert tersebut yang merupakan salah satu siri Konsert Jelajah Dunia Meteora 2003 ini dianggap sebagai konsert rock terbesar pernah diadakan di Malaysia pada ketika itu, dengan jumlah penonton dianggarkan antara 35,000 hingga sekitar 40,000 orang. Hasil kejayaan konsert tersebut, Linkin Park bercadang untuk turut memasukkan Malaysia sebagai destinasi konsert jelajah bagi album Minutes to Midnight pada masa akan datang.

Senarai lagu Meteora[sunting | sunting sumber]

  1. Foreword - 0:13
  2. Don't Stay - 3:07
  3. Somewhere I Belong - 3:33
  4. Lying From You - 2:55
  5. Hit The Floor - 2:44
  6. Easier To Run - 3:24
  7. Faint - 2:42
  8. Figure.09 - 3:17
  9. Breaking The Habit - 3:16
  10. From The Inside - 2:55
  11. Nobody's Listening - 2:58
  12. Session - 2:24
  13. Numb - 3:07