Metro Izmir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Metro İzmir
Maklumat
Kawasan İzmir
Jenis transit Alihan laju
Jumlah laluan 1
Jumlah stesen 10
Operasi
Mula beroperasi 2000
Teknikal
Panjang sistem 11.6 km (7.2 batu)

Metro İzmir (İzmir Metrosu) merupakan satu rangkaian kereta api bawah tanah (alihan laju di ats tanah di beberapa tempat) di Izmir, Turki yang sentiasa dipanjangkan dengan penambahan stesen-stesen baru. Rangkaian ini yang terdiri dari cuma satu laluan bermula dari stesen Üçyol di Hatay di bahagian selatan kawasan metropolitan dan bergerak ke arah timur laut dan berakhir di Bornova. Laluan ini ialah sepanjang 11.6 km (7.2 bt).


Stesen-stesennya adalah: 1) Üçyol, 2) Konak, 3) Çankaya, 4) Basmane, 5) Hilal, 6) Halkapınar, 7) Stadyum, 8) Sanayi, 9) Bölge, 10) Bornova. Ketika ini, laluan antara Üçyol dan Üçkuyular sedang dipanjangkan dengan tujuan memberikan perkhidmatan yang lebih cekap ke bahagian selatan bandar ini.

Tambang asas Metro ialah sebanyak TRL 1.25 atau cuma TRL 0.95 dengan "Kentkart". Kira-kira 12% penumpang membayar secara tunai manakala selebihnya menggunakan Kentkart, di mana 35% mendapat diskaun manakala 53% membayar harga biasa. Metro ini membawa kira-kira 30 juta penumpang/tahun dan sehingga akhir September 2005 160 juta penumpang telah menggunakannya sejak dibuka pada Mei 2000.

Terdapat satu usaha pengembangan Metro ini yang melibatkan laluan baru sepanjang 80 km (50 bt) antara daerah Aliağa di utara, di mana terdapat sebuah kilang penapisan minyak dan pelabuhannya, ke daerah Menderes di selatan, di mana terdapat Lapangan Terbang Adnan Menderes. Laluan baru ini akan bersambung dengan laluan kini dan dijangka siap pada msuim luruh 2008. Ia akan memiliki 32 stesen dan jangka masa antara dua stesen di hujung laluan ini bakal mengambil masa cuma 86 minit.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]