Metropolitan Opera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 40°46′22″N, 73°59′3″W

Metropolitan Opera yang terletak di Lincoln Center for the Performing Arts

Metropolitan Opera atau lebih dikenali sebagai The Met yang terletak di bandaraya New York, diasaskan pada April 1880, adalah sebuah rumah opera berprestij dunia yang mempersembahkan kesemua jenis opera termasuk Opera Agung.

Persatuan Metropolitan Opera, iaitu sebuah persatuan naungan rumah opera ini adalah persatuan muzik klasikal yang terbesar di Amerika Syarikat, mempersembahkan lebih dari 240 persembahan opera setiap tahun. Rumah opera ini dianggap sebagai salah sebuah rumah opera terunggul di dunia dengan alatan pentas yang canggih.

Konduktor dan Pengarah muzik[sunting | sunting sumber]

Ruangan dalam
Auditorium

Walaupun kebanyakan konduktor dari senarai di bawah tidak dilantik secara rasmi untuk memegang jawatan sebagai "Pengarah Muzik" kecuali Rafael Kubelik dan James Levine, namun ramai konduktor-konduktor di rumah opera ini mempunyai pengaruh dan gaya kualiti yang tinggi di sepanjang sejarah "The Met". "The Met" juga mempunyai ramai konduktor-konduktor jemputan terkenal yang tidak disenaraikan di bawah.

  • James Levine (1973–present) (Ketua konduktor ; Pengarah Muzik dari 1975 sehingga kini)
  • Valery Gergiev (1997–present) (Ketua konduktor jemputan)
  • Rafael Kubelík (1973–1974) (Pengarah Muzik)
  • Erich Leinsdorf (1957–1962)
  • Dimitri Mitropoulos (1954–1960)
  • Fritz Reiner (1949–1953)
  • Fritz Busch (1945–1949)
  • George Szell (1942–1946)
  • Erich Leinsdorf (1938–1942) (Ketua konduktor untuk repertoir Jerman)
  • Tullio Serafin (1924–1934)
  • Artur Bodanzky (1915–1939) (Ketua konduktor untuk repertoir Jerman)
  • Arturo Toscanini (1908–1915)
  • Gustav Mahler (1908–1910)
  • Alfred Hertz (1902–1915) (Ketua konduktor untuk repertoir Jerman)
  • Walter Damrosch (1884–1902)
  • Anton Seidl (1885–1897)

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Meyer, Martin The Met: One Hundred Years of Grand Opera, New York: Simon and Schuster, 1983. ISBN 0-671-47087-6
  • Robinson, Francis, Celebration: The Metropolitan Opera, New York: Doubleday & Company, Inc, 1979. ISBN 0-385-12975-0
  • Wasserman, Adam, "Sirius Business", Opera News, December 2006

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan bahasa Inggeris[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]