MiTV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
frames

MiTV merupakan stesen televisyen berbayar kedua di Malaysia selepas Astro. Sehingga kini, MiTV mempunyai 41 saluran dan akan meningkat kepada 50 saluran termasuk 11 saluran Melayu, 12 saluran Cina dan 10 saluran India.

MiTV menggunakan teknologi tempatan "Televisyen Protokol Jaringan melalui Frekuensi Terlampau Tinggi" (Internet Protocol Television over Ultra High Frequency) (IPTV-o-UHF) yang menjanjikan isyarat siarannya tidak akan mengalami gangguan ketika hujan.

Isi kandungan

MiTV juga menawarkan semua 50 saluran TV kepada pelanggannya dalam langganan asas yang disertakan dengan pelbagai perkhidmatan interaktif antaranya pemesejan segera (instant messaging) dan e-mel selain video atas permintaan, muzik atas permintaan, mainan atas permintaan, dan e-pembelajaran atas permintaan.

Siaran percubaan awalan telah dibuat pada tahun 2005. MiTV dilancarkan pada 5 September 2005 oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perkhidmatan MiTV kini dihentikan untuk sementara waktu. Ia dijangka akan dilancarkan semula menjelang akhir tahun 2015.[perlu rujukan]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Lihat juga[sunting | sunting sumber]