Mi rebus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Salah satu hidangan mi rebus di Malaysia.

Mi rebus atau mee rebus adalah sebuah hidangan mi yang masyhur di Indonesia, Malaysia, dan Singapura.

Hidangan ini diperbuat dari mi telur kuning, yang juga digunakan dalam mi Hokkien, dengan kuah yang agak pedas manis. Kuah diperbuat dari keledek, serbuk kari, air, kacang soya masin, udang kering, dan kacang tanah. Hidangan ini dihiasi dengan telur rebus, limau kasturi atau limau nipis, daun bawang, daun sup, cili hijau, tauhu goreng, bawang goreng dan taugeh. Sesetengah tempat makan, gerai atau warung, ada menghidangnya dengan hirisan daging lembu, walaupun jarang terdapat di pusat penjaja. Selain itu,ada yang menambah kicap pekat pada mi apabila dihidang. Hidangan ini juga datang dengan sate.

Dahulu, mi rebus dijual oleh penjaja bergerak dengan menggunakan kandar. Satu bakul mengandungi dapur dan periuk air masak, dan yang lain ramuan untuk hidangan.

Di sesetengah kawasan yang lain dan dipengaruhi budaya tempatan, suatu variasi mirip mi rebus digelar Mi Jawa

Pautan luar[sunting | sunting sumber]