Michael Jeyakumar Devaraj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Michael Jeyakumar Devaraj
Pengerusi
Parti Sosialis Malaysia
Memegang jawatan
14 Julai 2019
Didahului olehMohd Nasir Hashim
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sungai Siput
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 7 April 2018
Didahului olehSamy Vellu (MIC-BN)
Digantikan olehKesavan Subramaniam
Butiran peribadi
Lahir (1955-03-28) 28 Mac 1955 (umur 69)
Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik PSM
PekerjaanDoktor Perubatan

Dr. Michael Jeyakumar Devaraj (lahir 28 Mac 1955) ialah seorang ahli politik Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dilantik pada 2019. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Malaysia bagi kerusi Sungai Siput mewakili PSM namun memenangi kerusinya dengan tiket Parti Keadilan Rakyat, pada 2008 hingga 2018.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004, beliau kalah kepada Datuk Seri Samy Vellu di Parlimen Sungai Siput. Pada ketika itu beliau hanya mendapat undi sebanyak 8,680 berbanding Samy Vellu mendapat 19,020 undi. Seorang lagi calon dari DAP, Samugam Ponmugam Ponam mendapat 2,890.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional-MIC Datuk Seri Samy Vellu yang merupakan penyandang dengan majoriti sebanyak 1,821 undi. Beliau memperolehi 16,458 undi berbanding lawan beliau memperolehi hanya 14,637 undi. Seorang lagi calon yang bertanding, Nor Rizan Oon (BEBAS) hanya memperolehi 864 undi.

Ahli Parlimen[sunting | sunting sumber]

Selepas menang dalam Pilihanraya Umum 2008, disebabkan partinya, Parti Sosialis Malaysia (PSM) selalu ditolak pendaftarannya dengan alasan "mampu mengancam keselamatan negara" berdasarkan latar belakang sosialismenya, beliau terpaksa terus mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dalam Parlimen, seperti Wee Choo Keong yang merupakan satu lagi Ahli Parlimen PKR yang juga bukan ahli PKR (Wee merupakan Setiausaha Agung Parti Demokratik Malaysia). Namun setelah PSM berjaya didaftarkan pada bulan September tahun 2008, beliau bertukar mewakili PSM di dalam Parlimen dan dianggap sebagai "Ahli Parlimen Bebas" bersama dengan kedua-dua Ahli Parlimen Parti Maju Sabah (SAPP) yang baru keluar dari Barisan Nasional (Eric Majimbun dan Chua Soon Bui), namun sedangkan kedua-dua Ahli Parlimen SAPP ditukarkan tempat duduk, Michael Jeyakumar masih kekal pada tempat duduk yang asal.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: P62 Sungai Siput, Perak[1][2]
Thn Pembangkang Undi Prts Kerajaan Undi Prts Lain-lain Undi Prts
1999 Michael Jeyakumar Devaraj (DAP) 12,221 39% Samy Vellu (MIC) 17,480 56% Mohd Asri (MDP) 565 2%
2004 Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) 8,562 28% Samy Vellu (MIC) 18,797 61% Shanmugam Ponmugam Ponnan (DAP) 2,890 9%
2008 Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) 16,458 50% Samy Vellu (MIC) 14,637 44% Nor Rizan Bin Oon (BEBAS) 867 3%
2013 Michael Jeyakumar Devaraj (PKR) 21,593 52% Devamany S. Krishnasamy (MIC) 18,800 45% Nagalingam A/L Singaravelloo (BEBAS) 197 1%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 27 June 2010. Percentage figures based on total turnout.
  2. ^ "2013 Malaysia General Election NEGERI PERAK P62 Sungai Siput". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 5 May 2013. Results only available for the 2013 election.