Michael Phelps

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Michael Phelps
Phelpsbeijing.jpg

Michael Phelps di Sukan Olimpik Beijing 2008

Personal information
Nama lengkap: Michael Fred Phelps
Nama samaran: The Baltimore Bullet[1]
Warga negara: Bendera Amerika Syarikat Amerika Syarikat
Gaya: Butterfly, Individual Medley, Freestyle, Backstroke
Kelab: Club Wolverine,
University of Michigan
Tarikh lahir: 30 Jun 1985 (umur 26)
Tempat lahir: Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat
Tinggi: 6 ft 4 in (1.93 m)
Berat badan: 200 pound (91 kg)

Michael Fred Phelps (lahir 30 Jun 1985) merupakan seorang perenang Amerika Syarikat yang memenangi 14 pingat emas Sukan Olimpik dan kini memegang tujuh rekod dunia dalam sukan renang.[2]

Beliau memegang rekod bilangan pingat emas terbanyak dalam satu temasya Olimpik, iaitu sebanyak lapan butir, mengatasi Mark Spitz.[3] Keseluruhannya, Phelps telah meraih 16 butir pingat Olimpik: enam emas dan dua gangsa di Athens pada tahun 2004, dan lapan emas di Sukan Olimpik 2008 di Beijing. Dengan menggondol pingat-pingat ini, dia telah dua kali menyamai rekod lapan pingat dalam satu temasya Olimpik yang dicipta oleh ahli gimnastik Soviet bernama Alexander Dityatin pada Sukan Olimpik 1980 di Moscow, serta mempunyai jumlah pingat Olimpik kedua tertinggi sepanjang kerjayanya, mengekori ahli gimnastik Soviet Larissa Latynina yang menggondol sejumlah 18 pingat (sembilan emas) sepanjang tiga temasya Olimpik.

Gelaran-gelaran antarabangsa dan rekod-rekod dunia yang dipegang Phelps telah menyumbangkannya dengan berbagai-bagai anugerah termasuk Anugerah World Swimmer of the Year pada tahun-tahun 2003, 2004, 2006, dan 2007, dan Anugerah American Swimmer of the Year pada tahun-tahun 2001, 2002, 2003, 2004, 2006, dan 2007. Phelps telah meraih sejumlah 48 pingat dari segala pertandingan yang disertainya sepanjang kerjayanya sehingga kini: 40 emas, enam perak dan dua gangsa, termasuklah kejohanan-kejohanan Olimpik, Kejohanan Akuatik Sedunia FINA, dan Kejohanan Renang Se-Pasifik.

[sunting] Rekod dunia

Dengan 32 rekod dunia (26 individu, 6 berganti-ganti), pada Ogos 2008, Phelps kian menghampiri rekod 33 rekod dunia yang dipegang Mark Spitz (26 individu, 7 berganti-ganti). Semua rekod-rekod ini dicatat dalam kolam renang berhaluan panjang (50 meter); rekod yang sedia ada ditebalkan.

# Jarak Acara Masa Tempat Tarikh
1 200 m Kuak kupu-kupu 1:54.92 Austin, Texas, AS 2001-03-30
2 200 m Kuak kupu-kupu (2) 1:54.58 Fukuoka, Jepun 2001-07-24
3 400 m Rampai individu 4:11.09 Ft. Lauderdale, Florida, AS 2002-08-15
4 4x100 m Rampai berganti-ganti[a] 3:33.48 Yokohama, Jepun 2002-08-29
5 400 m Rampai individu (2) 4:10.73 Indianapolis, Indiana, AS 2003-04-06
6 200 m Rampai individu 1:57.94 Santa Clara, California, AS 2003-06-29
7 200 m Kuak kupu-kupu (3) 1:53.93 Barcelona, Sepanyol 2003-07-22
8 200 m Rampai individu (2) 1:57.52 Barcelona, Sepanyol 2003-07-24
9 100 m Kuak kupu-kupu 51.47 Barcelona, Sepanyol 2003-07-25
10 200 m Rampai individu (3) 1:56.04 Barcelona, Sepanyol 2003-07-25
11 400 m Rampai individu (3) 4:09.09 Barcelona, Sepanyol 2003-07-27
12 200 m Rampai individu (4) 1:55.94 College Park, Maryland, AS 2003-08-09
13 400 m Rampai individu (4) 4:08.41 Long Beach, California, AS 2004-07-07
14 400 m Rampai individu (5) 4:08.26 Athens, Greece 2004-08-14
15 200 m Kuak kupu-kupu (4) 1:53.80 Victoria, British Columbia, Kanada 2006-08-17
16 4x100 m Rampai gaya bebas [b] 3:12.46 Victoria, British Columbia, Kanada 2006-08-19
17 200 m Rampai individu (5) 1:55.84 Victoria, British Columbia, Kanada 2006-08-20
18 200 m Kuak kupu-kupu (5) 1:53.71 Columbia, Missouri, AS 2007-02-17
19 200 m Gaya bebas 1:43.86 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-27
20 200 m Kuak kupu-kupu (6) 1:52.09 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-28
21 200 m Rampai individu (6) 1:54.98 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-29
22 4x200 m Rampai gaya bebas[c] 7:03.24 Melbourne, Victoria, Australia 2007-03-30
23 400 m Rampai individu (6) 4:06.22 Melbourne, Victoria, Australia 2007-04-01
24 400 m Rampai individu (7) 4:05.25 Omaha, Nebraska, AS 2008-06-29
25 200 m Rampai individu (7) 1:54.80 Omaha, Nebraska, US 2008-07-04
26 400 m Rampai individu (8) 4:03.84 Beijing, China 2008-08-10
27 4x100 m Rampai gaya bebas (2)[d] 3:08.24 Beijing, China 2008-08-11
28 200 m Gaya bebas (2) 1:42.96 Beijing, China 2008-08-12
29 200 m Kuak kupu-kupu (7) 1:52.03 Beijing, China 2008-08-13
30 4x200 m Rampai gaya bebas (2)[e] 6:58.56 Beijing, China 2008-08-13
31 200 m Rampai individu (8) 1:54.23 Beijing, China 2008-08-15
32 4x100 m Rampai berganti-ganti (2)[a] 3:29.34 Beijing, China 2008-08-17
a bersama Aaron Peirsol, Brendan Hansen, dan Jason Lezak
b bersama Neil Walker, Cullen Jones, dan Jason Lezak
c bersama Ryan Lochte, Klete Keller, dan Peter Vanderkaay
d bersama Garrett Weber-Gale, Cullen Jones, dan Jason Lezak
e bersama Ryan Lochte, Ricky Berens, dan Peter Vanderkaay

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain