Michael Schumacher

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Michael Schumacher
Michael Schumacher.jpg
Kewarganegaraan Bendera Jerman Jerman
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
Tahun aktif 19912006, 2010
Pasukan Jordan, Benetton, Ferrari, Mercedes-Benz
Perlumbaan 250 (248 permulaan)
Kejuaraan 7 (1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004)
Kemenangan 91
Podium 154
Mata kerjaya 1,369
Petak pertama 68
Pusingan terpantas 76
Perlumbaan pertama Grand Prix Belgium 1991
Kemenangan pertama Grand Prix Belgium 1992
Kemenangan terakhir Grand Prix China 2006

Michael Schumacher (Sebutan bahasa Jerman: [ˈmɪçaʔeːl ˈʃuːmaxɐ], atau nama jolokannya "Schumi", "Schuey", atau "Schu",lahir di Hürth-Hermülheim, Jerman, 3 Januari 1969; umur 43 tahun)[1] ialah seorang pelumba Formula Satu berbangsa Jerman. Kini, beliau menyertai pasukan Mercedes GP setelah bersara buat sementara dari tahun 2006 hingga 2009. Sebelumnya beliau telah menyertai pasukan Jordan, Benetton, dan Ferrari. Adiknya, Ralf, kini berlumba di arena DTM bersama pasukan Mercedes-Benz, juga pernah beraksi sebagai pelumba Formula 1 dari musim 1997 sampai 2007. Schumi pertama kali berlumba Formula 1 pada tahun 1991, dan semenjak itu beliau telah memenangi 91 perlumbaan Formula 1 dan tujuh kali menggondol gelaran juara dunia (1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004).[1] Schumi merupakan salah satu legenda hidup Formula 1 yang sangat popular hingga kini.[2][3]

Pada 10 September 2006, Schumi telah memutuskan untuk bersara daripada sukan F1[4], dan menjadi penasihat pasukan Ferrari. Pada pertengahan 2009 Schumi hampir=hampir kembali ke berlumba bersama pasukan Ferrari untuk menggantikan Felipe Massa yang cedera akibat kemalangan dahsyat di GP Hungary, namun tidak berbuat demikian kerana mengalami kecederaan leher. Pada 20 Disember 2009, setelah melalui banyak desas-desus, Schumacher akhirnya mengesahkan penyertaan semula ke dalam sukan F1 untuk Pasukan Mercedes-Benz.[5]

Isi kandungan

[sunting] Kehidupan peribadi

Michael Schumacher di GP Amerika Syarikat tahun 2005.

Michael Schumacher, yang lahir pada 3 Januari 1969 di Hürth-Hermülheim, Jerman, merupakan anak sulung kepadai pasangan Rolf Schumacher dan Elizabeth. Ayahnya, Rolf merupakan seorang marsyal di sebuah balapan go-kart di Kerpen. Dari sinilah tercetusnya minat Schumacher kepada dunia perlumbaan, dan mulai saat inilah, lahirnya seorang jaguh sukan bermotor yang paling digeruni (tangga ke-17 senarai The Celebrity 100 majalah Forbes, sementara David Beckham ada di tangga ke-18).[6][7]

Pada tahun 1975, lahirlah adik Michael yang bernama Ralf Schumacher. Saat itu Schumacher juga suka bermain bola sepak. Kebetulan markas FC Köln tidak jauh dari kediaman Schumacher dan Ralf, maka bolehlah adik-beradik Schumacher melatih bola sepak dari penjaga gol pasukan nasional Jerman sekaligus kiper utama FC Koln ketika itu, Toni Schumacher. Sewaktu kecil, Schumacher lebih banyak bermain sebagai penjaga gol di pasukan bola sepak lokal daerahnya, dan kemudian lama-kelamaan beliau beralih kepada peranan penyerang. Saat ini, beliau juga masih sering bermain bola sepak. Bersama beberapa jaguh bola sepak professional seperti Ronaldo, Zinedine Zidane, Pavel Nedved, dan Alessandro Del Piero, Schumacher sempat mengadakan pertandingan amal, dengan pasukan yang diisi para atlet seperti Boris Becker, Roger Federer, dan Valentino Rossi. Turun sebagai pelatih dalam pertandingan amal tersebut adalah bos Schumacher di Ferrari, Jean Todt sebagai pelatih pasukan atlet Schumacher (dengan bimbingan langsung dari pelatih Juventus ketika itu Marcello Lippi), dan Pele sebagai pelatih untuk pasukan bola sepak professional.[8][9] Selain itu, Schumacher dan Rubens Barrichello juga pernah hadir di final Liga Juara-Juara musim 2002-03 antara AC Milan lwn Juventus di stadium Old Trafford, Manchester, England. Dan mereka berdua mendukung Juventus sebagai salah satu anak syarikat FIAT yang juga membawahi pasukan Ferrari, sayangnya Juve kalah dalam sepakan penalti.

Schumacher dalam sebuah acara promosi di Frankfurt tahun 2007.

Pada usia 9 tahun, Michael mulai turun di kejuaraan go-kart tempatan, sehingga pada usia 16 tahun, di kala beliau masih duduk di bangku sekolah, Schumacher kerap membantu adiknya dalam balapan go-kart. Kala itu, Schumacher menjadi mekanik dari go-kart yang ditunggangi oleh adiknya.[10] Schumacher pun bergilir-gilir menelaah di menara gading sambil mengusahakan kerjaya balapnya, namun impiannya menjadi seorang sarjana lebur setelah beliau memutuskan untuk memberi tumpuan kepada kerjaya perlumbaan.

Schumacher adalah seorang penyayang binatang yang membela lima ekor anjing di rumahnya. Salah seekornya merupakan anjing pungut yang dibawa balik dari Brazil, ketika berlangsungnya GP Brazil tahun 1997. Dan kini, anjing yang ber nama "Flo" itu tersebut masih tetap setia tinggal bersama Schumacher di Swiss. Nama "Flo" berasal daripada perkataan Jerman "Flea" yang bererti kutu, dan badan Flo banyak berkutu ketika ditemui oleh Schumacher. Selain anjing, Schumacher juga memiliki seekor kura-kura. Kura-kura tersebut adalah pemberian Mika Hakkinen, yang merupakan seorang pecinta kura-kura. Oleh Schumacher, kura-kura tersebut kemudian diberi logo penaja pribadinya, Deutsche Vermogensberatung, supaya mudah ditemukan sekiranya hilang.[11]

Schumacher mengahwini isterinya Corrina pada tahun 1995, dan melahirkan dua anak, iaitu Gina Maria (lahir tahun 1997) dan Mick (lahir tahun 1999). Sebelumnya, Corrina adalah bekas teman wanita Heinz-Harald Frentzen. Pasangan ini pernah menetap di Monaco, tetapi Schumacher ingin menjauhkan keluarganya dari dunia selebriti,[12] hingga akhirnya beliau memilih untuk menetap di Switzerland, berjiran dengan Felipe Massa dan Jean Alesi.

Untuk urusan musik, Schumacher seorang peminat kumpulan Red Hot Chili Peppers. Lagu kegemarannya ialah "By the Way", beliau berpendapat bahwa sesetengah lirik dari lagu itu mempunyai pengertian yang mendalam bagi hatinya. Di luar arena perlumbaan, Schumacher juga adalah seorang penggemar motosikal, bahkan dia lebih senang mengendarai motor saat datang dari hotel ke litar. Sahabat-sahabat karibnya dari sukan perlumbaan motor ialah Michael Doohan, Valentino Rossi[13], dan Casey Stoner.[14]

[sunting] Penaajaan

Schumacher, sejak awal karirnya telah mempunyai beberapa penaja peribadi. Ketika mula-mulanya beraksi di perlumbaan Sportscar, beliau didukung penuh oleh Mercedes-Benz. Hal ini pernah menyeru Ron Dennis agar mempertimbangkan agar merekrutnya pada akhir tahun 1995, ketika pasukan McLaren berkerjasama dengan Mercedes-Benz. Namun disebabkan gaji Schumacher yang terlalu mahal, akhirnya Ron memutuskan untuk tidak merekrut Schumacher.

Sejak 1996 Deutsche Vermogensberatung resmi menjadi penaja Schumacher. Mula-mulanya, penaja tersebut meletakkan jenamanya di topi keledar dengan nama "DVAG". Namun mereka kemudian memutuskan untuk menulis nama sponsorshipnya secara lengkap, kerana takut akan terkeliru dengan penaja Schumacher yang sebelumnya iaitu DEKRA. Mulai 1998 Deutsche Vermogensberatung memindahkan tempat sponsorshipnya dari topi keledar ke topi biasa. Penajaan ini masih bertahan hingga akhir 2010.[15][16] Selain Deutsche Vermogensberatung, pengeluar jam tangan Omega juga menjadi salah satu penaja Schumacher.

Untuk kegiatan amal, Schumacher dilantik sebagai duta UNESCO sejak tahun 1995.[17] Tugasnya di UNESCO adalah membantu pengembangan pendidikan masyarakat di beberapa negara mundur.

[sunting] Kerjaya awal

Kereta Formula 3 Schumacher tahun 1990.

Michael Schumacher memulai kerjaya perlumbaannya saat usia 7 tahun. Disebabkan pihak berkuasa Jerman hanya memberikan lesen perlumbaan kepada pelumba berusia 14 tahun ke atas, Schumacher kemudian berpindah tempat ke Luxembourg pada tahun 1981, di mana beliau berjaya mendapatkan lesen perlumbaan rasmi buat pertama kalinya.[18] Kemudian pada tahun 1984, Schumacher akhirnya memperoleh lesen perlumbaan dari Jerman setelah memenangi Kejohanan Kart Junior Jerman. Beliau lantas bergabung dengan Eurokart yang dimiliki Adolf Neubert tahun 1985. Pada 1986, Schumacher memenangi dua kejuaraan go-kart sekaligus, iaitu Kejuaraan Nasional Jerman, dan Kejuaraan Gokart Eropah. Schumacher terus beraksi di sukan go-kart sampai akhir tahun 1987.

Kerjaya single seater pertama Schumacher selepas go-kart adalah pada sukan Formula Koenig pada tahun 1988, yang mana beliau menjadi juara keseluruhan pada tahun pertamanya. Selain itu, Schumacher juga bertanding di sukan Formula Ford 1600 dan Formula Ford Jerman pada tahun yang sama.[19] Kejayaannya di Formula Ford 1600 adalah menjadi nab juara di belakang bekas pelumba Sauber dan Toyota, Mika Salo. Sementara di Formula Ford Jerman beliau hanya mampu menduduki posisi 6 klasemen. Di akhir tahun Schumacher juga turun di sukan F3 Macau Grand Prix, namun beliau gagal finish dalam perlumbaan pertamanya di sukan F3 Macau GP tersebut.

Pada tahun 1989, Schumacher kemudian turun di seri Formula 3 Jerman, dengan bergabung dengan WTS Formula 3 Team milik Willi Weber. Hasil akhirnya cukup baik dimana beliau berhasil finish di posisi ketiga klasemen, dibawah Heinz-Harald Frentzen dan Karl Wendlinger. Tahun berikutnya giliran Schumacher yang naik menjadi juara umum di kejohanan F3 Jerman. Kemudian di akhir tahun, Schumacher kembali lagi turun di kejohanan F3 Macau GP. Disini beliau kemudian bertemu dengan seorang pelumba yang kelak akan menjadi rival sekaligus teman baiknya, Mika Hakkinen. Benih-benih persaingan Schumacher dan Hakkinen sudah mula kelihatan ketika itu, iaitu ketika berlangsungnya perlumbaan, Hakkinen terlanggar tembok balapan, lalu menyebabkan kereta keselamatan keluar untuk mengawal pelumba, sekaligus membantu Schumacher meraih gelar juara perdananya di kejohanan F3 Macau GP.

Schumacher juga kerap beraksi di kejohanan Sportcar. Pada 1990 ketika beliau berlumba di F3 Jerman, beliau menyertai pasukan Mercedes Junior naungan pasukan Sauber untuk bersaing di kejohanan World Sportscar Championship[20], dimana kemudian beliau menjadi juara di Meksiko. Di tahun yang sama, beliau juga memulai debutnya di kejohanan Formula 3000 Jepun, dan beliau menduduki peringkat kedua di Sugo, Jepun.[19] Beliau hanya turun berlumba sekali di kejohanan tersebut, kerana beliau kemudian dipanggil oleh Eddie Jordan untuk turun di kejohanan Formula 1.

[sunting] Kerjaya Formula 1

[sunting] 1991: Jordan GP

Schumacher, saat testing dengan kereta Jordan 191.

Pada Ogos 1991, Schumacher memasuki persada Formula Satu, dengan menyertai pasukan Jordan di GP Belgium, menggantikan Bertrand Gachot yang sedang di hukum oleh kepolisian Inggris akibat ulahnya yang menyemprot seorang sopir taksi di London dengan gas CS. Eddie Jordan (EJ) berjaya mendapatkan Schumacher yang ketika itu masih bersama Mercedes-Benz, agar menyertai F1, Eddie lantas membayar konpensasi kepada Mercy sebesar $150,000.[21] Dalam perlumbaan pertamanya, Schumacher menduduki petak ketujuh dalam sesi kelayakan, dan memulakan perlumbaan F1 dengan baiknya, tetapi kemudian namun gagal menghabiskan perlumbaan akibat kerosakan klac di akhir pusingan pertama.[22] Itu merupakan satu-satunya perlumbaan F1 Schumacher bersama pasukan Jordan, sebelum akhirnya pindah ke pasukan Benetton.

[sunting] 1991–95: Benetton F1

Dua minggu setelah debut yang agak baik bersama pasukan Jordan, secara mengejutkan Flavio Briatore (dengan bantuan Bernie Ecclestone) membawa masuk Schumacher ke pasukan Benetton. Sebenarnya, Eddie Jordan tidak setuju dengan jalan yang ditempuh Flavio tersebut. Namun hasratnya untuk menuntut Benetton berkecai setelah Bernie Ecclestone menawarkan jalan tengah, iaitu sebuah kontrak bekalan mesin percuma dari Yamaha untuk pasukan Jordan di musim 1992. Flavio lantas melakukan tindakan kontroversi dengan menukarkan peranan Roberto Moreno kepada pemandu uji, sambil menggantikannya dengan Schumacher. Sejak itu, Schumacher mendapat banyak mendapat pelajaran berharga dari bekas juara dunia Nelson Piquet. Perlumbaan sulungnya bersama Benetton adalah di GP Itali, di mana Schumacher meraih mata pertamanya di kejohanan F1, bahkan beliau pun mengalahkan Nelson Piquet, baik di sesi kelayakan, maupun di perlumbaan sebenar. Flavio kemudian mengulas bahawa suatu hari nanti pelumba baru ini akan menguasai dunia perlumbaan F1, "Kita tunggu saja masanya", ujar Flavio waktu itu.

Pada tahun 1992, Schumacher mampu menaiki podium sebanyak 8 kali, salah satunya adalah kemenangan pertamanya di GP Belgium dalam keadaan hujan lebat, maka beliau diberi jolokan rain master oleh para kakitangan di padok berkat aksinya yang memukau di perlumbaan tersebut.[23][24][25][26] Pada akhir musim, Schumacher menduduki tempat ketiga keseluruhan kejuaraan pemandu dengan 53 mata.

Pada 1993, Schumacher sekali lagi cuba menunjukkan bakatnya sebagai bakal pelumba terunggul, tetapi pada akhir musimnya, Schumacher hanya menang sekali perlumbaan iaitu Portugal, itupun setelah melalui bermati-matian melawan pasukan Williams (Alain Prost dan Damon Hill). Kedudukan akhir Schumacher dalam kejuaraan pelumba ialah tangga ke-4 dengan 52 mata.

Kereta Schumacher musim 1994: Benetton B194.

Pada 1994, tanda-tanda Schumacher akan mendominasi sebuah musim F1 mula kelihatan setelah beliau memenangi tiga perlumbaan pertama, iaitu di Brazil, Pasifik, dan San Marino. Dalam tiga perlumbaan tersebut, pesaing utamanya, Ayrton Senna mengalami bermacam-macam masalah, sehingga terlibat dalam kemalangan di Imola, San Marino yang meragut nyawanya.[27]

Tatkala meratapi pemergian Senna, aksi cemerlang Schumacher tetap tidak terbendung, bahkan beliau merebut petak pertama sulungnya di Monaco, dengan mudah pula beliau mengalahkan Mika Hakkinen yang berada di petak kedua ketika sesi kelayakan. Bagaimanapun, akibat insiden muslihat di GP British kepada Damon Hill, Schumacher dikenakan gantungan dua perlumbaan. Namun begitu, itupun tidak cukup untuk mengalahkan Schumacher yang lantas mengetepikan saingan Damon Hill dalam perebutan gelaran juara dunia di akhir musim hanya dengan beza satu mata, walaupun sebelumnya mengalami insiden yang kontroversi di GP Australia, di Adelaide.[28] Dengan hasil tersebut, Schumacher akhirnya berhasil menjadi juara dunia untuk pertama kalinya, sekaligus pula menjadi gelar dunia pertama untuk pasukan Benetton.

Pada 1995, dengan bantuan jentera Renault yang sama seperti yang dipakai oleh pasukan Williams, Schumacher mendominasi musimnya bersama rakan sepasukannya Johnny Herbert. Kemenangan terbaik Schumacher diraih di GP Belgium, di mana beliau dengan lalainya melajukan keretanya yang bermula dari petak ke-16 menuju tangga kemenangan dengan memakai tayar kering dalam keadaan balapan yang basah, termasuklah pernah terlanggar kereta Damon Hill di selekoh Las Combes, namun Hill sahaja yang dikenakan penalti berhenti stop and go.

Momen unik Schumacher di tahun 1995 adalah saat keretanya mengalami masalah di GP Kanada. Menyedari bahawa beliau tidak akan menang kali ini, beliau lantas membuka jalan kepada Jean Alesi untuk meraih satu-satunya kemenangan Alesi sepanjang sejarah Formula 1. Schumacher kemudian bersama-sama Jean Alesi melakukan pusingan kejayaan sebagai tanda bahawa beliau tumpang gembira atas kemenangan pertama Jean Alesi.

Setelah sembilan kali menang di musim 1995, Schumacher merebut mahkota juara dunia untuk yang kedua kalinya pada tahun itu. Dengan usianya yang baru mencapai 26 tahun, Schumacher merupakan pelumba termuda sepanjang sejarah yang mampu meraup dua gelar juara dunia (sebelum diatasi oleh Fernando Alonso di tahun 2006).

[sunting] 1996–2006: Scuderia Ferrari

Kereta Ferrari Schumacher pertama musim 1996.

Pada awal Ogos 1995, tersebarnya desas-desus bahawa Schumacher akan berpindah ke Ferrari. Sebelum ini, beliau juga pernah dikaitkan dengan McLaren, apalagi kerana sewaktu muda, beliau banyak dibimbing oleh Mercedes-Benz, yang kini memperkuat pasukan McLaren.[29]

Akhirnya setelah lama berunding, Schumacher setuju untuk pindah ke Ferrari yang ketika itu dikenali sebagai pasukan yang kurang cemerlang prestasinya. Selepas itu, beliau lantas diberi kebebasan oleh pasukan untuk menentukan siapa rakan sepasukannya, dan pilihannya ialah Eddie Irvine. Selain itu, beliau juga pernah menuntut agar Ferrari mengambil perkhidmatan para mekaniknya di Benetton dahulu seperti Ross Brawn dan Rory Byrne, tetapi pada musim 1997 barulah Brawn dan Byrne menyertai Ferrari.[30][31] Schumacher, Brawn, Byrne, dan Jean Todt kemudian menjadi empat sekawan yang terunggul dalam sejarah F1, seperti yang pernah dikatakan oleh Jackie Stewart.[32][33]

Pada musim perdana di Ferrari (1996), Schumacher hanya mampu menang tiga kali, disebabkan prestasinya terbantut oleh kereta Ferrari rekaan John Barnard yang kurang berdaya saing, bahkan kekecewaannya memuncak di GP Perancis ketika kereta Ferrari yang dipandunya meledak saat pusingan pemanasan, padahal beliau bermula di petak pertama. Namun beliau masih mampu menambat hati penggemar F1 Itali melalui kemenangan cemerlang di landasan basah di Barcelona dan di Monza. Namun begitu, gelaran juara dunia tahun 1996 digondol oleh pesaingnya, Damon Hill dari Williams.

Pada 1997, dengan kedatangan Ross Brawn dan Rory Byrne, dengan meningkatnya daya saing, Schumacher nyaris-nyaris merangkul gelaran musim tersebut. Malangnya, gelaran itu tidak kesampaian berikutan beberapa nahas yang melibatkan beliau dengan Ralf Schumacher (di Nurburgring), dan yang paling menyakitkan dengan Jacques Villeneuve (di GP terakhir di Jerez)[34] yang menyebabkan semua mata yang diraih Schumacher di musim tersebut dipadam oleh FIA, dan beliau juga dikenakan hukuman khidmat masyarakat selama 60 jam.[35][36]

Pada tahun 1998, beliau disaingi hebat oleh McLaren yang kali ini bangkit dari tidurnya bersama Mika Hakkinen. Dengan berlengkapkan kereta rekaan Adrian Newey dan bertayar Bridgestone, Mika Hakkinen bersama McLaren mendominasi musim tersebut. Schumacher bersama Ferrari (yang memakai tayar Goodyear) bukannya tidak mampu menandinginya, tetapi kerjaya Schumacher sekali lagi dibelenggui masalah, salah satunya adalah kebocoran tayar di perlumbaan terakhir musim 1998 di Suzuka, Jepun.

Pada tahun 1999, Schumacher mendahului pemandu-pemandu lain dengan cemerlang sekali, dengan memenangi perlumbaan di San Marino dan Monaco. Namun di GP Inggris di Silverstone, beliau mengalami kemalangan teruk di pusingan pertama, dan terpaksa berehat untuk beberapa bulan akibat patah kaki.[37] Menurut keterangan majalah F1 Racing, kecelakaan tersebut terjadi kerana Schumacher menekan brek secara tiba-tiba ketika Ross Brawn mengibarkan bendera merah akibat insiden di grid. Semata-mata untuk menyembuhkan kecederaan kakinya, beliau bersama Jean Alesi berjumpa dengan Paus John Paul II di Vatikan, padahal Schumacher bukanlah seorang Katolik, tetapi beragama Protestan. Rakan sepasukannya, Eddie Irvine, kemudian tampil sebagai pencabar juara dunia, di mana beliau hampir-hampir merampas kejuaraan dari tangan Mika Hakkinen, namun gagal di perlumbaan terakhir.[38] Meskipun begitu, Ferrari berhasil menjadi juara konstruktor untuk pertama kalinya sejak 1983.

Schumacher memotong Kimi Raikkonen di GP Perancis 2002.

Di musim 2000, dengan ditemani oleh rakan sepasukan baru Rubens Barrichello, Michael Schumacher berjaya memenangi tiga perlumbaan terawal iaitu di Australia, Brazil, dan San Marino. Memasuki pertengahan musim, Schumacher sempat terlibat beberapa kecelakaan dengan Ricardo Zonta (di Austria) dan Giancarlo Fisichella (di Jerman), dan membuatnya harus turun peringkat ke posisi dua dalam klasemen. Namun lewat kemenangan hat trick di tiga perlumbaan terakhir, beliau akhirnya berhasil naik kembali ke posisi teratas klasemen, dan kemudian menjadi juara dunia bersama pasukan Ferrari di akhir musim (untuk pertama kalinya bagi Ferrari setelah 21 tahun).[39] Beliau juga menyamai rekod Ayrton Senna dengan menjuarai 41 lomba.[40] Momen menarik di musim tersebut adalah pada saat GP Belgium. Ketika perlumbaan tingga tersisa 3 pusingan lagi, beliau disalip dengan menawan oleh Mika Hakkinen. Seusai perlumbaan, tampak wajah Schumacher lesu dan geram, terlebih Mika Hakkinen datang dan menjelaskan aksinya tersebut pada Schumacher. Namun uniknya, hanya dua jam setelah perayaan podium beliau bersama Hakkinen kemudian tertangkap basah sedang menghisap cerutu dan minum bir di motorhome Ferrari.[41]

Musim 2001 menjadi zaman kemuncak penguasaan Ferrari, mulai dari Australia hingga Jepun. Beliau menang mudah di Australia dan Malaysia. Kemudian setelah gagal di Brazil dan San Marino, Schumacher sekali lagi mengungguli di Sepanyol, dimana kemenangannya beliau raih setelah Mika Hakkinen yang memimpin sampai pusingan terakhir tiba-tiba mengalami masalah teknikal. Schumacher yang berada di petak kedua (dan Juan Pablo Montoya di petak ketiga bersama Jacques Villeneuve di petak keempat) meraih durian runtuh, dan sebaik sahaja semua kereta memasuki parc ferme, Schumacher dilihat meminta maaf kepada Hakkinen yang kelihatan lesu atas kejadian tersebut. Michael kemudian memecahkan banyak rekod dan merebut gelar juara dunia untuk yang keempat kalinya di GP Hungary, ketika masih ada baki empat perlumbaan di musim itu. Beliau menjadi pemegang rekod juara GP terbanyak, mengalahkan rekod Alain Prost yang pernah menang 52 kali.[42] Kemudian di GP Itali, dengan masih diselimuti awan duka tragedi 11 September 2001, Schumacher sebagai ketua Grand Prix Drivers Asociation lantas meminta semua pelumba untuk tidak memotong di selekoh pertama dan kedua. Hanya tiga pelumba yang tidak setuju usulan Schumacher tersebut, iaitu Jacques Villeneuve, Jenson Button, dan Enrique Bernoldi. Sepanjang perlumbaan, Schumacher seolah-olah tidak memberi tumpuan sepenuhnya, oleh itu hanya mencapai petak keempat di belakan rakan sepasukannya sendiri, Rubens Barrichello yang mengambil petak kedua.

Pada 2002, perlumbaan F1 menjadi terasa lebih mudah bagi Schumacher. Dengan prestasi memuaskan kereta Ferrari F2002 yang dipandu oleh Schumacher dan Rubinho, perlumbaan demi perlumbaan di musim 2002 menjadi mudah ditebak. Di Australia, dengan kereta lama F2001, Schumacher berjaya menjadi juara. Setelah gagal di Malaysia, Ferrari kemudian melancarkan kereta F2002 di Brazil, dan Schumacher pun sekali lagi menjadi juara. Pada perlumbaan tersebut Schumacher menang tanpa kibasan bendera berpetak hitam putih kerana legenda bola sepak Pele yang berperan sebagai pengibar bendera finish belum memahami cara kegunaannya.[43] Nampak gayanya setelah perlumbaan memasuki GP San Marino, hanya dua pelumba Ferrari inilah yang kelihatan amat berdaya saing, lebih-lebih lagi ketika musim F1 tahun ini baru menghabiskan 11 perlumbaan (di Perancis), Schumacher telah memastikan diri sebagai juara dunia 2002.[44] Menjelang penghujung musim, Schumacher kemudian membantu rakan sepasukannya sendiri, Rubens Barrichello agar mencapai tempat ke-2 kejuaraan pelumba, dan usahanya ini berhasil.

Schumacher meraikan kemenangannya di GP AS 2004.

Pada musim 2003, Michael Schumacher mencatat sejarah apabila menjadi satu-satunya pelumba yang menggondol gelaran juara dunia sebanyak enam kali. Meskipun harus berjuang sampai GP terakhir setelah disaingi hebat oleh Kimi Raikkonen, Fernando Alonso, dan Juan Pablo Montoya. Sebelumnya di awal musim, Schumacher bersama Ferrari mengawali musim 2003 dengan buruk.[45][46][47] Schumacher bahkan baru mencetak kemenangan di San Marino. Di perlumbaan tersebut, ibunda Michael, Elizabeth, meninggal dunia tepat sesaat sebelum perlumbaan. Michael menang perlumbaan tersebut, dan kemenangannya kemudian didedikasikan kepada ibunya. Di perlumbaan terakhir, di Suzuka, Jepun, Schumacher hanya memerlukan satu mata saja untuk menjadi juara. Di sesi kelayakan beliau bermula di petak ke-14, sementara saingan utamanya, Kimi Raikkonen bermula di petak kedua. Schumacher kemudian memanjat ke tangga kelapan lalu merangkul merangkul gelaran juaranya, dengan bantuan Barrichello yang berjaya memenangi perlumbaan sambil menyekat Raikkonen di tangga kedua. Pada malam selepas perlumbaan, Schumacher melakukan tindakan memalukan dengan membaling peti televisyen dan peti sejuk kecil dari bilik hotelnya di khalayak pihak akhbar disebabkan mabuk.

Pada musim 2004 prestasi Ferrari kembali meningkat seperti musim 2002, Schumacher kembali menjadi juara dunia dengan mudahnya. Bahkan Ferrari seakan tanpa lawan kerana Schumacher dan Rubens Barrichello selalu menguasai podium dengan mudah. Ferrari di tahun itu hanya kalah di Monaco (oleh Jarno TrulliRenault), Spa (oleh Kimi RaikkonenMcLaren), dan Interlagos (oleh Juan Pablo MontoyaWilliams). Dengan terangkulnya gelaran juara dunia pada musim 2004 ini, Schumacher kembali memperkaya rekodnya sebagai satu-satunya pelumba F1 yang mampu menggondol tujuh kali gelar dunia.[48]

Schumacher dan Felipe Massa saat start GP Perancis 2006.

Pada musim 2005, prestasi Schumacher seakan hambar, disebabkan mutu tayar Bridgestone yang kurang bermutu berbanding tahun-tahun sebelumnya. Meskipun Ferrari banyak membuat persiapan diri, namun hasrat mereka untuk mengukuhkan kekuasannya tidak dilengkapi oleh tayar yang bagus dari Bridgestone. Pada tiga perlumbaan awal Ferrari memakai kereta F2004, baru kemudian di San Marino Ferrari menurunkan kereta baru F2005. Sepanjang musim ini, Schumacher hanya menang di Amerika Syarikat, itupun kerana perlumbaan hanya ditanding oleh keenam-enam kereta yang bertayar Bridgestone[49], sementara semua pasukan lawan yang memakai Michelin mengundurkan diri dari perlumbaan atas alasan keselamatan. Di akhir musim Schumacher berada di posisi tiga klasemen akhir dibawah Fernando Alonso (Renault) dan Kimi Raikkonen (McLaren).[50]

Ferrari mulai memperbaiki diri di musim 2006. Schumacher pun mendapat rakan sepasukan yang baru, iaitu Felipe Massa. Peraturan tayar pun berubah, dengan kembali mengikuti format di musim 2004 dan sebelumnya, dan ini memberi peluang Bridgestone untuk membuat tayar yang lebih bagus.[51] Schumacher pun berpeluang meraih gelar ke-8 apabila mesin Ferrari-nya tidak meledak di Jepun. Schumacher kemudian mengumumkan bahawa beliau akan bersara selepas berakhirnya musim 2006[52], dan Kimi Raikkonen akan mengambil tempatnya di 2007.[52][53] Perlumbaan terakhir Schumacher bersama Ferrari di Brazil dipenuhi tangisan jutaan peminat F1 diseluruh dunia (baik yang suka ataupun benci padanya). Menyedari dirinya tidak boleh meraih gelaran kelapannya di Jepun, Schumacher memperlihatkan aksi terbaiknya dengan bermula dari petak ke-10, tetapi menjadi ketinggalan akibat tayar bocor, kemudian Schumacher mampu mencapai tangga keempat.[54][55][56] Balapan sendiri akhirnya dimenangi rakan sepasukannya, Felipe Massa.[57][58] Sehingga akhir musim 2006, Schumacher telah mencatat lebih dari 1000 mata sepanjang kerjaya, menjadikannya pelumba F1 yang paling berjaya sepanjang zaman. Selain itu, Schumacher juga telah memenangi perlumbaan F1 di 22 litar berlainan; litar yang belum pernah dimenangi oleh beliau ialah Turki, Meksiko, dan Luxembourg. Perlumbaan yang paling banyak kemenangannya ialah GP Perancis di litar Magny-Cours, iaitu sebanyak 8 kali. Beliau juga memenangi lima kali perlumbaan di Indianapolis (2000, dan 2003-06) dan Monaco (1994-95, 1997, 1999, dan 2001). Sehingga kini, Schumacher merupakan satu-satunya pelumba Jerman yang berjaya menjadi juara dunia di Formula 1.[59][60]


[sunting] 2010—kini: Mercedes Grand Prix

Schumi di Kanada 2010.

Pada akhir musim 2009, Schumacher dikhabarkan akan kembali ke arena F1 untuk musim 2010, namun kali ini bukan dengan pasukan Ferrari, tetapi dengan tim Mercedes GP yang dipimpin oleh sahabat karibnya, Ross Brawn.[61] Eddie Jordan kemudian mengujar bahawa Schumacher berkebarangkalian 75% akan kembali di 2010[62], kemudian Presiden Ferrari Luca Montezemolo menyatakan bahwa pasukan Ferrari memujuk Schumi kembali ke F1 biarpun bukan bersama Ferrari. Setelah lama menjadi spekulasi, akhirnya dipastikan bahawa Schumacher akan kembali ke F1 pada 2010 bersama pasukan Mercedes[63], di samping rakan seperjuangannya Nico Rosberg.[5] Schumi sendiri dikontrak oleh tim Mercedes GP selama tiga musim dari 2010 sampai akhir 2012.

Pada perlumbaan pertamanya semenjak keluar dari persaraan di Bahrain Schumacher terpaksa akur kepada kehebatan Nico Rosberg yang mampu menghabiskan lumbanya satu tangga di atasnya. Pada perlumbaan-perlumbaan seterusnya, Schumi beraksi hambar dan ketinggalan jauh berbanding Rosberg yang mampu meraih dua kali podium berturut-turut di Malaysia dan China. Selain itu dua kali juga Schumacher membuat kesalahan ketika berlumba, yang pertama adalah saat ia menyalip Fernando Alonso secara ilegal di Monaco yang menyebabkan beliau dikenakan penalti penambahan masa lumba 20 saat; diikuti oleh tindakan beliau menghimpit-himpit dan cuba melanggar Rubens Barrichello di Hungary yang menyebabkan beliau undur 10 petak di Belgium. Meskipun hambar sepanjang musim 2010 dan kerap kali digesa supaya mengundurkan diri sahaja dari F1 oleh Damon Hill dan Alain Prost, apatah lagi digosipkan akan digantikan oleh Adrian Sutil atau Kimi Raikkonen untuk musim 2011, Schumacher bertegas bahawa beliau akan tetap berlumba untuk tahun 2011 serta mengakui dirinya sebagai pencabar serius di tahun tersebut.

[sunting] Di luar F1

[sunting] Duta Ferrari

Michael Schumacher S, nama baru tikungan 8 dan 9 di litar Nurburgring, Jerman, sebagai penghargaan untuk Sang Legenda.
Schumacher saat turun tes untuk Ferrari di awal 2007.

Ketika bersara daripada tugasnya sebagai pelumba Formula 1, Schumacher masih bergiat dalam sukan tersebut sebagai duta dan penasihat tidak rasmi Ferrari.[64] Sesekali dia juga mengunjungi litar untuk memerhati perkembangan pasukan Ferrari setelah beliau bersara. Sebagai penghargaan, datuk bandar Maranello kemudian menamakan sebatang jalan sempena nama Schumacher. Beliau menjadi pelumba Ferrari kedua setelah almarhum Gilles Villeneuve yang namanya diabadikan sebagai nama jalan di Maranello.[65] Selain itu, PM Itali, Silvio Berlusconi, mengangkat Schumacher sebagai duta besar kehormatan Itali. Uniknya di negara asal Michael, Jerman, pemerintah setempat masih teragak-agak memberikan penghargaan bagi Schumacher, memandangkan beliau jarang tinggal di Jerman. Walaupun begitu, sebuah muzium di bandar kelahiran adik-beradik Schumacher, Kerpen, telah didirikan untuk mengenang bakti Michael dan Ralf.

[sunting] Debut perlumbaan motosikal

Pada bulan April 2008, Schumacher sempat mencuba nasib di sukan motosikal MotoGP Ducati Desmosedici di litar Jerez, Sepanyol, bersama kawan baiknya, Casey Stoner. Kemudian pada bulan Mei, Schumacher menyertai kejohanan perlumbaan Superbike di litar Oschersleben. Pada mulanya, agar tidak menarik perhatian massa, beliau memakai nama samaran Marcel Niederhausen, tetapi tidak menjadi pula atas nasihat pihak insurans, jadi terpaksalah beliau bertanding dengan nama Michael Schumacher. Para peminat dan media kemudian berbondong-bondong memenuhi litar yang berada di Jerman Timur itu. Ketika perlumbaan, Schumacher terjatuh, tetapi mujurnya beliau tidak cedera sedikit pun.[66][67] Schumacher kemudiannya menjelaskan kepada pihak akhbar, bahawa beliau hanya mencuba-cuba sahaja perlumbaan motosikal, tanpa apa-apa niat untuk menceburi sukan ini dengan serius.[68]

[sunting] Perniagaan

Kegiatan perniagaan sebenarnya bukanlah hal baru bagi Schumacher. Pada Jun 2003 beliau sempat melancarkan kad kredit edisi khas Michael Schumacher keluaran Deutsche Vermogensberatung. Dengan hanya membayar yuran tetap sebanyak 100 ribu euro, pengguna boleh berbelanja dengan kad kredit Schumacher.[69] Hal ini kemudian diteladani oleh bekas pesaingnya, Jacques Villeneuve, yang melancarkan kad kredit seumpamanya di Kanada pada Ogos 2004.[70]

Selain kad kredit, pada bulan Disember 2007, Schumacher kembali disiarkan dalam berita; kali ini beliau dikhabarkan akan membangun tujuh buah pencakar langit di tujuh negara berbeda (masing-masing satu) untuk mengenang prestasinya sebagai juara dunia F1 tujuh kali, dengan nama "Michael Schumacher World Champion Towers". Selain dijadikan premis pejabat, dioikhabarkan juga bangunan ini akan dijadikan pangsapuri dan arena sukan mewah. Kini, bangunan pertama sudah diusahakan di Abu Dhabi, dan akan disusuli oleh tapak-tapak lain di Monaco, Singapura, Turki, Jerman, Itali, dan China. Gagasan pembangunan bangunan ini berasal dari PNYG, sebuah perusahaan hartanah milik Joachim Swensson, yang juga merupakan kawan baik Schumacher. [71]

[sunting] Filem

Pertama kali Michael Schumacher muncul di dunia filem adalah ketika beliau (bersama Fernando Alonso dan Juan Pablo Montoya) tampil menjadi pelakon suara undangan dalam filem animasi Cars terbitan Pixar Studios, di mana sesi rakaman suara Schumacher, Alonso, dan Montoya diambil bersela-sela menjelang GP Amerika Syarikat 2006. Dalam filem tersebut, ketiga-tiga pelumba tersebut bertemu dengan rakan sekerja mereka dari kejohanan NASCAR seperti Dale Earnhardt Junior, Richard Petty, Matt Kenseth, Tony Stewart, dan Jimmie Johnson.

Kemudian Schumacher tampil lagi dalam filemaksi sebenar yang diadaptasi dari komik terkenal dari Perancis, Asterix dan Obelix. Filem itu dibuat pada tahun 2008 dengan judul Astérix aux Jeux Olympiquess ("Asterix di Sukan Olimpik). Dalam filem, ini Schumacher tampil bersama beberapa bintang sukan Perancis seperti Zinedine Zidane, dan bekas majikannya di Ferrari, Jean Todt. Muncul pula dalam film tersebut aktor Belgium, Jean Claude Van Damme.

[sunting] Rekod perlumbaan

[sunting] Ringkasan kerjaya

Musim Siri Pasukan Perlumbaan Petak pertama Kemenangan Mata Kedudukan akhir
1988 Formula Ford Eropah 1600 Eufra Racing 4 1 2 50 ke-2
Formula Ford Jerman 1600 Eufra Racing 6 1 3 124 ke-6
Formula König Hoecker Sportwagenservice 10 1 9 192 #1
1989 Formula Tiga Jerman WTS Racing 12 2 2 163 ke-3
Piala Formula Tiga Eropah WTS Racing 1 0 0 N/A NC
Grand Prix Macau WTS Racing 1 0 0 N/A NC
1990 World Sportscar Championship Team Sauber Mercedes 3 0 1 21 =ke-5
Formula Tiga Jerman WTS Racing 11 6 5 148 #1
Piala Formula Tiga Eropah WTS Racing 1 1 0 N/A NC
Grand Prix Macau WTS Racing 1 0 1 N/A #1
1991 Formula Satu Jordan 1 0 0 0 ke-14
Benetton 5 0 0 ke-4
World Sportscar Championship Team Sauber Mercedes 8 0 1 43 =ke-9
Deutsche Tourenwagen Meisterschaft Zakspeed Mercedes 4 0 0 0 NC
Formula 3000 Jepun Team Le Mans 1 0 0 6 ke-12
1992 Formula Satu Benetton 16 0 1 53 ke-3
1993 Formula Satu Benetton 16 0 1 52 ke-4
1994 Formula Satu Benetton 14 6 8 92 #1
1995 Formula One Benetton 17 4 9 102 #1
1996 Formula Satu Scuderia Ferrari 16 4 3 59 ke-3
1997 Formula Satu Scuderia Ferrari 17 3 5 78 DSQ*
1998 Formula Satu Scuderia Ferrari 16 3 6 86 ke-2
1999 Formula Satu Scuderia Ferrari 10 3 2 44 ke-5
2000 Formula Satu Scuderia Ferrari 17 9 9 108 #1
2001 Formula Satu Scuderia Ferrari 17 11 9 123 #1
2002 Formula Satu Scuderia Ferrari 17 7 11 144 #1
2003 Formula Satu Scuderia Ferrari 16 5 6 93 #1
2004 Formula Satu Scuderia Ferrari 18 8 13 148 #1
2005 Formula Satu Scuderia Ferrari 19 1 1 62 ke-3
2006 Formula Satu Scuderia Ferrari 18 4 7 121 ke-2
2010 Formula Satu Mercedes GP Petronas 19 0 0 72 ke-9
2011 Formula Satu Mercedes GP Petronas 19 0 0 76 ke-8

[sunting] Keputusan F1 lengkap

(petunjuk) (tebal: petak pertama; condong: pusingan terpantas)

Tahun Pasukan Casis Enjin 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 WDC Mata
1991 Team 7UP Jordan Jordan 191 Ford HBB 4 3.5 V8 USA BRA SMR MON CAN MEX FRA GBR GER HUN BEL
Ret
12th 4
Camel Benetton Ford Benetton B191 Ford HBA 5 3.5 V8 ITA
5
POR
6
ESP
6
JPN
Ret
AUS
Ret
1992 Camel Benetton Ford Benetton B191B Ford HB 3.5 V8 RSA
4
MEX
3
BRA
3
3 53
Benetton B192 ESP
2
SMR
Ret
MON
4
CAN
2
FRA
Ret
GBR
4
GER
3
HUN
Ret
BEL
1
ITA
3
POR
7
JPN
Ret
AUS
2
1993 Camel Benetton Ford Benetton B193 Ford HB 3.5 V8 RSA
Ret
BRA
3
4 52
Benetton B193B EUR
Ret
SMR
2
ESP
3
MON
Ret
CAN
2
FRA
3
GBR
2
GER
2
HUN
Ret
BEL
2
ITA
Ret
POR
1
JPN
Ret
AUS
Ret
1994 Mild Seven Benetton Ford Benetton B194 Ford Zetec-R 3.5 V8 BRA
1
PAC
1
SMR
1
MON
1
ESP
2
CAN
1
FRA
1
GBR
DSQ
GER
Ret
HUN
1
BEL
DSQ
ITA
POR
EUR
1
JPN
2
AUS
Ret
#1 92
1995 Mild Seven Benetton Renault Benetton B195 Renault RS7 3.0 V10 BRA
1
ARG
3
SMR
Ret
ESP
1
MON
1
CAN
5
FRA
1
GBR
Ret
GER
1
HUN
Ret
BEL
1
ITA
Ret
POR
2
EUR
1
PAC
1
JPN
1
AUS
Ret
#1 102
1996 Scuderia Ferrari S.p.A. Ferrari F310 Ferrari 046 3.0 V10 AUS
Ret
BRA
3
ARG
Ret
EUR
2
SMR
2
MON
Ret
ESP
1
CAN
Ret
FRA
DNS
GBR
Ret
GER
4
HUN
9
BEL
1
ITA
1
POR
3
JPN
2
ke-3 59
1997 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F310B Ferrari 046/2 3.0 V10 AUS
2
BRA
5
ARG
Ret
SMR
2
MON
1
ESP
4
CAN
1
FRA
1
GBR
Ret
GER
2
HUN
4
BEL
1
ITA
6
AUT
6
LUX
Ret
JPN
1
EUR
Ret
DSQ* 78
1998 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F300 Ferrari 047 3.0 V10 AUS
Ret
BRA
3
ARG
1
SMR
2
ESP
3
MON
10
CAN
1
FRA
1
GBR
1
AUT
3
GER
5
HUN
1
BEL
Ret
ITA
1
LUX
2
JPN
Ret
ke-2 86
1999 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F399 Ferrari 048 3.0 V10 AUS
8
BRA
2
SMR
1
MON
1
ESP
3
CAN
Ret
FRA
5
GBR
Ret
AUT
GER
HUN
BEL
ITA
EUR
MAL
2
JPN
2
ke-5 44
2000 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F1-2000 Ferrari 049 3.0 V10 AUS
1
BRA
1
SMR
1
GBR
3
ESP
5
EUR
1
MON
Ret
CAN
1
FRA
Ret
AUT
Ret
GER
Ret
HUN
2
BEL
2
ITA
1
USA
1
JPN
1
MAL
1
#1 108
2001 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F2001 Ferrari 050 3.0 V10 AUS
1
MAL
1
BRA
2
SMR
Ret
ESP
1
AUT
2
MON
1
CAN
2
EUR
1
FRA
1
GBR
2
GER
Ret
HUN
1
BEL
1
ITA
4
USA
2
JPN
1
#1 123
2002 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F2001 Ferrari 050 3.0 V10 AUS
1
MAL
3
#1 144
Ferrari F2002 Ferrari 051 3.0 V10 BRA
1
SMR
1
ESP
1
AUT
1
MON
2
CAN
1
EUR
2
GBR
1
FRA
1
GER
1
HUN
2
BEL
1
ITA
2
USA
2
JPN
1
2003 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F2002 Ferrari 051 3.0 V10 AUS
4
MAL
6
BRA
Ret
SMR
1
#1 93
Ferrari F2003-GA Ferrari 052 3.0 V10 ESP
1
AUT
1
MON
3
CAN
1
EUR
5
FRA
3
GBR
4
GER
7
HUN
8
ITA
1
USA
1
JPN
8
2004 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F2004 Ferrari 053 3.0 V10 AUS
1
MAL
1
BHR
1
SMR
1
ESP
1
MON
Ret
EUR
1
CAN
1
USA
1
FRA
1
GBR
1
GER
1
HUN
1
BEL
2
ITA
2
CHN
12
JPN
1
BRA
7
#1 148
2005 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari F2004M Ferrari 054 3.0 V10 AUS
Ret
MAL
7
ke-3 62f
Ferrari F2005 Ferrari 055 3.0 V10 BHR
Ret
SMR
2
ESP
Ret
MON
7
EUR
5
CAN
2
USA
1
FRA
3
GBR
6
GER
5
HUN
2
TUR
Ret
ITA
10
BEL
Ret
BRA
4
JPN
7
CHN
Ret
2006 Scuderia Ferrari Marlboro Ferrari 248 F1 Ferrari 056 2.4 V8 BHR
2
MAL
6
AUS
Ret
SMR
1
EUR
1
ESP
2
MON
5
GBR
2
CAN
2
USA
1
FRA
1
GER
1
HUN
8
TUR
3
ITA
1
CHN
1
JPN
Ret
BRA
4
ke-2 121
2010 Mercedes GP Petronas F1 Team Mercedes MGP W01 Mercedes FO 108X 2.4 V8 BHR
6
AUS
10
MAL
Ret
CHN
10
ESP
4
MON
12
TUR
4
CAN
11
EUR
15
GBR
9
GER
9
HUN
11
BEL
7
ITA
9
SIN
13
JPN
6
KOR
4
BRA
7
ABU
Ret
ke-9 72
2011 Mercedes GP Petronas F1 Team Mercedes MGP W02 Mercedes FO 108Y 2.4 V8 AUS
Ret
MAL
9
CHN
8
TUR
12
ESP
6
MON
Ret
CAN
4
EUR
17
GBR
9
GER
8
HUN
Ret
BEL
5
ITA
5
SIN
Ret
JPN
6
KOR
Ret
IND
5
ABU
7
BRA
15
8th 76

* Schumacher ditarik keluar dari kejohanan 1997 kerana memandu secara berbahaya di Grand Prix Eropah, di mana beliau menyebabkan kemalangan dengan Villeneuve yang boleh dielakkan. Jumlah matanya sepatutnya meletakkan beliau di tempat kedua keseluruhan tahun itu.[35]

[sunting] Rekod F1

Pada akhir musim F1 2008, Michael Schumacher memegang rekod-rekod F1 yang berikut:

Rekod Bilangan
Gelaran juara 7 (1994, 1995, 2000, 2001, 2002, 2003, 2004)
Gelaran berturut-turut 5 (20002004)
Kemenangan perlumbaan 91
Kemenangan berturut-turut[1] 7 (2004, EropahHungary)
Kemenangan bersama satu pasukan 72 (Ferrari)
Kemenangan di GP yang sama 8 (Perancis)
Kemenangan di GP yang berlainan 22
Masa terpanjang dari kemenangan pertama hingga terakhir 14 tahun, 1 bulan dan 2 hari
Tempat kedua 43
Podium (3 teratas) 154
Kedudukan podium berturut-turut 19 (AS 2001Jepun 2002)
Perlumbaan bermata 190
Perolehan mata berturut-turut 24 (Hungary 2001Malaysia 2003)
Pusingan di hadapan 4741 (22,155 km)[72]
Petak pertama 68
Permulaan baris hadapan 115
Pusingan terpantas 76
Petak pertama dan kemenangan dalam perlumbaan sama 40
Petak pertama, kemenangan dan pusingan terpantas dalam perlumbaan sama 22
Jumlah mata sepanjang kerjaya 1,369
Mata terbanyak naib juara dalam satu musim 121 (2006)
Kemenangan terbanyak naib juara dalam satu musim[2] 7 (2006)
Kemenangan di Indianapolis (mana-mana kelas perlumbaan) 5
Kemenangan di Monza (Formula Satu) 5
Kemenangan dalam satu musim 13 (72%) (2004)
Pusingan terpantas dalam satu musim[3] 10 (2004)
Mata dalam satu musim 148 (82% daripada mata maksimum yang ada) (2004)
Kedudukan podium dalam satu musim 17 (100%) (2002)
Kejohanan dimenangi dengan perlumbaan terbanyak yang tinggal 6 (2002)
Tahun berturut-turut memenangi perlumbaan 15 (19922006)
Hari berturut-turut sebagai juara 1813 (dari 8 Oktober 2000 – 25 September 2005)

^  Rekod dikongsi dengan Alberto Ascari (1952 Belgium GP1953 Argentina GP). Sesetengah sumber menyatakan Ascari menang sembilan kali, tanpa mengira perlumbaan 1953 Indianapolis 500 yang tidak disertai oleh Ascari. Perlumbaan di Amerika Syarikat itu terangkum dalam kejohanan dunia, tetapi tidak sama peraturannya dengan perlumbaan-perlumbaan lain, apatah lagi jarang disertai oleh pelumba kejohanan dunia.

^  Rekod dikongsi bersama Kimi Räikkönen (2005) dan Alain Prost (1984 dan 1988)

^  Rekod dikongsi bersama Kimi Räikkönen (2005 dan 2008). [73]

[sunting] Rujukan

  1. 1.0 1.1 "Hall of Fame - World Champions: Michael Schumacher". The Official Formula 1 Website. 2006. http://www.formula1.com/teams_and_drivers/hall_of_fame/7/. Capaian 2006-10-05. 
  2. "Michael Schumacher - the end of an era", The Official Formula 1 Website, 2006-09-10. Dicapai pada 2006-10-24. 
  3. "Schumacher tops F1 supporter poll", BBC Sport, 2006-09-27. Dicapai pada 2006-10-25. 
  4. "It's official: Schumi to retire", ITV, 2006-09-11. Dicapai pada 2006-10-24. 
  5. 5.0 5.1 "Schumi memang akan kembali", Tempo Interaktif, 20 Disember 2009. Dicapai pada 20 Disember 2009. 
  6. "The Celebrity 100". Forbes.com. 2005. http://www.forbes.com/lists/2005/53/Rank_1.html. Capaian 2006-10-25. 
  7. Buku Pintar Seri Senior, editor: Iwan Gayo, edisi 2005, artikel: Daftar 100 Orang Terkenal di Dunia
  8. "Schumacher urged to lace up his boots", Wheels24, 2006-10-25. Dicapai pada 2006-11-01. 
  9. "Thoughts on Schumacher", BBC Sport, 2006-09-10. Dicapai pada 2006-10-25. 
  10. Majalah F1 Racing Indonesia Julai 2000, artikel: Special The Schumachers – halaman 34-40
  11. Tabloid Media Olahraga GO, edisi 15 April 2003, kolom: Celoteh Schumacher - halaman 4
  12. Holt, Sarah. "Who is the real Schumacher?", BBC Sport, 2006-10-22. Dicapai pada 2006-10-22. 
  13. Rossi, Valentino (2005). Valentino Rossi: Andai aku tak pernah mencubanya…, pp. 282-292, UFUK Press. ISBN 979-333-003-1.
  14. Bapallaz, Tom (2008). Casey Stoner Biography, p. 166, B-First. ISBN 978-979-24-3828-4.
  15. "MOT: Schumacher slaps $11.9 m price on his head", AAP Sports News, 1999-11-11. Dicapai pada 2006-10-24. 
  16. "Schumacher's penaja extends contract", F1Racing.net, 2005-08-31. Dicapai pada 2006-10-24. 
  17. "Michael Schumacher, a UNESCO champion". UNESCO. 2002. http://portal.unesco.org/en/ev.php-URL_ID=6691&URL_DO=DO_TOPIC&URL_SECTION=201.html. Capaian 2006-10-25. 
  18. "The Beginning". mschumacher.com. Crash.net. 2006. http://www.mschumacher.com/history.html. Capaian 2007-04-23. 
  19. 19.0 19.1 Domenjoz, Luc (2002). Michael Schumacher : Rise of a genius, pp. 10-12, 170-171, Parragon. ISBN 0-75259-228-9.
  20. Hilton, Christopher (2006). Michael Schumacher: The whole story, pp.48-53, Haynes. ISBN 1-84425-008-3.
  21. Collings, Timothy (2004). The Piranha Club, p.17, Virgin Books. ISBN 0-7535-0965-2.
  22. "1991 Belgian Grand Prix". Results Archive. The Official Formula 1 Website. http://www.formula1.com/results/season/1991/209/. Capaian 2006-10-24. 
  23. Hilton, Christopher (2003). Michael Schumacher : The greatest of all, pp.131-132, Haynes. ISBN 1-84425-044-X.
  24. Hardcastle, Jonathon. "Michael Schumacher". http://www.artwoo.com/article/michael-schumacher. Capaian 2007-07-12. 
  25. "Schumacher races to victory", BBC Sport, 2001-03-18. Dicapai pada 2006-10-24. 
  26. "Michael Schumacher - Master of the F1 Circuit". Auto Racing. http://www.autoracing.com/formula-1/drivers/michael-schumacher/. Capaian 2007-07-12. 
  27. Majalah F1 Racing Indonesia Mei 2001, artikel: Mengenang Ayrton Senna, halaman 86-91
  28. Kopu, Ville, Nottmeier, Jan. "Schumacher 500: Has the King Lost His Crown?", AutoSport. Dicapai pada 2006-10-24. 
  29. Cooper, Steve (August 2007). "McLaren dream team turns into nightmare". Autosport 189 (6): pp.6–8. 
  30. Bewers, Matthew. "Ross Brawn Profile". theScuderia.net. http://www.thescuderia.net/rossbrawn.shtml. 
  31. "Schumacher confirms retirement". MSN Cars. 2006-09-11. http://crashnet.cars.msn.co.uk/news_view.asp?cid=1&id=137166. Capaian 2006-09-28. 
  32. Benson, Andrew. "Schumacher 'made Ferrari great'", BBC Sport, 2006-10-18. Dicapai pada 2006-11-06. 
  33. "Ferrari: Formula 1's Most Successful Team Enters a New Era". about.com. http://formula1.about.com/od/teams/p/Ferrari.htm. Capaian 2007-06-12. 
  34. Benson, Andrew (2006-05-28). "Schumacher's chequered history". BBC Sport. http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/motorsport/formula_one/5024532.stm. Capaian 2006-11-08. 
  35. 35.0 35.1 "FIA World Motor Sport Council - 11 November 1997" (PDF), FIA, 1997-11-11. Dicapai pada 2006-10-29. 
  36. "The lost honor of Michael Schumacher", GrandPrix.com, 1997-11-03. Dicapai pada 2006-10-24. 
  37. "Schumacher out of action", GrandPrix.com, 1999-07-12. Dicapai pada 2006-10-25. 
  38. "DRIVERS: MICHAEL SCHUMACHER". www.grandprix.com. http://www.grandprix.com/gpe/drv-schmic.html. Capaian 2006-11-30. 
  39. Majalah F1 Racing Indonesia Disember 2000, artikel: I Had a Dream – halaman 34-42
  40. Benson, Andrew (2004-04-21). "A death that shocked the world". BBC. http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/motorsport/formula_one/3605579.stm. Capaian 2007-04-21. 
  41. Majalah F1 Racing Indonesia Oktober 2000, Pitpass: Sehat ala Schumacher – halaman 22
  42. "Send your tributes to Schumacher". BBC. http://news.bbc.co.uk/sport1/low/sports_talk/1520663.stm. Capaian 2007-02-03. 
  43. Majalah F1 Racing Indonesia Mei 2002, artikel: Laporan GP Brazil – halaman 103-107
  44. Majalah F1 Racing Indonesia September 2002, artikel: Lima Kali! – halaman 34-39
  45. "Coulthard takes Melbourne thriller", BBC Sport, 2003-03-09. Dicapai pada 2006-11-03. 
  46. "Raikkonen claims maiden win", BBC Sport, 2003-03-23. Dicapai pada 2006-11-03. 
  47. "Raikkonen wins chaotic race", BBC Sport, 2003-04-06. Dicapai pada 2006-11-03. 
  48. "A tribute to Michael Schumacher". f1technical.net. 2006. http://www.f1technical.net/news/3949. Capaian 2007-12-01. 
  49. "Schumacher takes hollow USGP victory", Crash.net, 2005-06-19. Dicapai pada 2007-06-19. 
  50. Majalah F1 Racing Indonesia Oktober 2005, artikel: Ferrari Change? – halaman 44-50
  51. "FIA announce rule changes for 2005 and 2006", The Official Formula 1 Website, 2004-10-22. Dicapai pada 2007-04-13. 
  52. 52.0 52.1 Ferrari S.p.A. (2006-09-10). Michael Schumacher will retire from race driving at the end of the 2006 World Championship. (PDF). Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2006-10-24.
  53. Tabloid Bola edisi 12 Oktober 2006, artikel: Schumacher Mengundurkan Diri dari F1 – halaman 4
  54. "Schumacher suffers in qualifying", BBC Sport, 2006-10-21. Dicapai pada 2007-08-01. 
  55. "Fisi did cause Schu puncture", itv.com/f1, 2006-10-23. Dicapai pada 2006-10-23. 
  56. "Superb Schumacher signs off in style", BBC Sport, 2006-10-22. Dicapai pada 2006-11-03. 
  57. Majalah F1 Racing Indonesia Disember 2006, artikel: One for the Road – halaman 81-83
  58. Tabloid Bola edisi 24 Oktober 2006, artikel: Laporan GP Brazil: Aksi Pamungkas Schumacher – halaman 4-5
  59. Jochen Rindt yang kelahiran Jerman, memenangi Kejohanan Dunia F1 sebagai warga Austria.
  60. Sapa (2006-09-11). "The greatest driver of all time!". SuperWheels. http://www.superwheels.co.za/default.asp?id=4846&des=sportstalk. Capaian 2006-10-24. 
  61. Schumi sangat mungkin kembali, Fajar Online URL diakses: 20 Desember 2009.
  62. "Mercedes want Michael Schumacher to drive in F1 team". BBC Sport. 20 November 2009. http://news.bbc.co.uk/sport1/hi/motorsport/formula_one/8368107.stm. Capaian 20 November 2009. 
  63. Montezemolo pastikan Schumi kembali ke F1 tahun 2010, VivaNews URL diakses: 20 Desember 2009.
  64. "Schumacher to help Ferrari select drivers". autosport.com. 2007-10-29. http://www.autosport.com/news/report.php/id/55462. Capaian 2007-11-30. 
  65. Majalah F1 Racing Indonesia September 2008, artikel: Senjata Rahasia Ferrari – halaman 48-49
  66. Majalah F1 Racing Indonesia Julai 2008, Pitpass: Schumacher Jatuh dari Motor! – halaman 28
  67. Schumacher slips up in Superbike race www.itv-f1.com Diterima pada 5 Julai 2008
  68. Motorcycle Sport and leisure magazine, Nov 2008 (interview with Randy Mamola)
  69. Majalah F1 Racing Indonesia Julai 2003, pitpass: Schumacher Masuk Dunia Keuangan – halaman 32
  70. Majalah F1 Racing Indonesia Oktober 2004, artikel: JV Kembali! – halaman 76
  71. Majalah F1 Racing Indonesia Oktober 2008, Pitpass: Schumacher Membangun Gedung Pencakar Langit Mewah – halaman 16-17
  72. "Michael Schumacher". The Formula One Database. www.f1db.com. 2006. http://www.f1db.com/f1/page/Michael_Schumacher. Capaian 2006-10-25. 
  73. Segala keputusan perlumbaan dan kejohanan (1991 - 2006) dipetik dari tapak web rasmi F1. 1991 Season review onwards. www.formula1.com. Diterima pada 23 Mei 2007

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain