Michel Vorm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Michel Vorm
Maklumat peribadi
Nama penuh Michel Armand Vorm[1]
Tarikh lahir (1983-10-20) 20 Oktober 1983 (umur 40)
Tempat lahir IJsselstein, Belanda
Ketinggian 1.83 m (6 ka 0 in)
Posisi permainan Penjaga gol
Maklumat kelab
Kelab terkini
Tottenham Hotspur
Nombor 13
Kerjaya remaja
JSV Nieuwegein
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2011 Utrecht 136 (0)
2005–2006Den Bosch (pinjaman) 35 (0)
2011–2014 Swansea City 89 (0)
2014– Tottenham Hotspur 0 (0)
Pasukan kebangsaan
2008– Belanda 15 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 3 Mei 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 12 Julai 2014

Michel Armand Vorm (lahir 20 Oktober 1983) merupakan pemain bola sepak Belanda yang bermain di posisi penjaga gol kini bermain untuk Tottenham Hotspur.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

FC Utrecht[sunting | sunting sumber]

Vorm memulakan kerjayanya di FC Utrecht dan beliau dipinjam pada musim 2005-06 ke FC Den Bosch. Beliau membuat debut untuk Den Bosch pada 12 Ogos 2005 menentang FC Emmen. Beliau telah bermain 35 perlawanan ketika dipinjam.

Pada Ogos 2006, Vorm membuat debut untuk Utrecht menentang Willem II. Walaupun beliau sebagai penjaga gol ketiga kelab itu, aksi beliau amat dikagumi oleh pengurus Foeke Booy dan beliau mungkin akan menjadi penjaga gol pertama pada permulaan musim. Vorm telah bermain 33 perlawanan liga pada musim pertamanya. Vorm terlepas banyak perlawanan pada musim 2007-08 akibat cedera pada lutut dan bahu. Beliau meninggalkan Utrecht pada permulaan musim 2011-12 selepas bermain 136 perlawanan liga.

Swansea City[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 2011, Vorm berpindah ke Swansea City bersama bayaran £1.5 juta. Beliau diberi jersi 1 dan membuat debut ketika menentang Manchester City pada 15 Ogos 2011 dengan kekalahan 4-0. Walaupun bolos empat gol, beliau telah membuat 11 penyelamatan. Beliau menyelamatkan tendangan penalti dari Ben Watson pada minit ke-72 ketika perlawanan liga seterusnya menentang Wigan Athletic pada 20 Ogos. Pada 10 Dismber, beliau menyelamat satu lagi tendangan penalti, kali ini oleh Clint Dempsey pada minit ke-87 ketika menang bergaya 209 ke atas Fulham.

Keitka musim pertamanya di Swansea, beliau membantu 13 rekod tanpa bolos dalam 37 perlawanan liga. Persembahan beliau juga dapat memenangi tiga anugerah pada makan malam penghujung musim kelab.

Pada 27 September 2012, Vorm menandatangani kontrak empat tahun bersama Swansea. Pada 28 Oktober 2012, beliau dikeluarkan selama lapan mingggu akibat cedera pada perlawanan menentang Manchester City. Pada 3 November 2012 menentang Cardiff City, beliau dilayangkan kad merah oleh pengadil pada masa tambahan ketika membuat faul ke atas Fraizer Campbell, Cardiff City menang 1-0.

Tottenham Hotspur[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Julai 2014, Vorm menandatangani kontrak tiga tahun bersama Tottenham Hotspur bersama bayaran 3.5 juta paun sterling. Beliau membuat debut untuk Tottenham pada 24 September, pada pusingan ketiga piala liga menentang Nottingham Forest, Spurs menang 3-1. Pada 6 November 2014, Beliau kemudian bermain pada perlawanan pertamanya di pentas Eropah iaitu perlawanan Liga Europa menentang Asteras Tripoli, 2-1.[2]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Beliau membuat debut untuk pasukan kebangsaan Belanda pada 5 September 2009 pada perlawanan persahabatan menentang Jepun, menang 3-0.

Pada 27 Mei 2010, pengurus Belanda Bert van Marwijk menyenaraikan senarai akhir 23 pemain yang beraksi di Piala Dunia FIFA 2010 di Afrika Selatan. Sebelum bermulanya kejohanan, beliau terpaksa pulang ke Belanda kerana anaknya bakal dilahirkan.

Vorm termasuk dalam skuad Belanda di Euro 2012. Maarten Stekelenburg menjadi pilihan pertama penjaga gol dan bermain kesemua perlawanan peringkat kumpulan sebelum Belanda tersingkir.

Pada Piala Dunia FIFA 2014, Vorm dapat bermain ketika menggantikan Jasper Cillessen pada masa kecederaan ketika pasukannya menang 3-0 ke atas Brazil pada perlawanan penentuan tempat ketiga.

Statistik[sunting | sunting sumber]

Sehingga 12 Julai 2014
Pasukan kebangsaan Belanda
Tahun Kmncln Gol
2008 1 0
2009 2 0
2010 2 0
2011 4 0
2013 5 0
2014 1 0
Jumlah 15 0

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "2014 FIFA World Cup Brazil: List of Players" (PDF). FIFA. 11 June 2014. m/s. 25. Dicapai pada 11 June 2014.
  2. ^ Abraham, Timothy (6 November 2014). "Asteras Tripolis 1-2 Tottenham". BBC Sport. Dicapai pada 6 November 2014.