Michishige Sayumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sayumi Michishige
道重 さゆみ
Michishige Sayumi, 2014
Latar belakang
Juga dikenali sebagai
Sayumin, Shige-san, Sayu, Shige-pink
Berasal dariJepun Ube, Yamaguchi, Japan
GenreJapanese pop
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2003–2014
Syarikat rakaman
Zetima
Pengkarya berkait
Morning Musume, Otomegumi, Ecomoni, H.P. All Stars
Laman sesawang
Hello! Project.com

Michishige Sayumi (道重 さゆみ, lahir pada 13 Julai,1989 di Ube,Yamaguchi,Jepun) ialah anggota generasi keenam kumpulan J-Pop, Morning Musume.Dia menyertai Morning Musume pada tahun 2003 bersama-sama Kamei Eri, Fujimoto Miki dan Tanaka Reina.

Michishige juga dimasukkan dalam unit Hello! Project, Ecomoni, bersama bekas anggota Morning Musume, Ishikawa Rika. Selepas Michishige melepasi uji bakat untuk menyertai Morning Musume, Tsunku, penerbit Morning Musume, berkata nyanyiannya adalah lemah. Selepas sesi uji bakat, Michishige mengambil kelas vokal.

Dia menggambarkan dirinya dalam rancangan televisyen, sebagai anggota kumpulan yang paling comel dalam Morning Musume dan mengatakan kecomelannya menenggelamkan kelemahan suaranya. Di dalam siaran teater Hello! Morning, dia amat terkenal dengan melakonkan watak "Ichiban Kawaii" ataupun Yang Paling Comel.

Dia juga terkenal dengan gaya "Usa-chan Peace" iaitu gaya seperti telinga arnab dimana jari telunjuk dan jari tengah dibentuk seperti "V" dan diletak di sebelah kedua-dua belah telinganya.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Secara sahnya,menyertai Morning Musume sebagai ahli Generasi ke-6 bersama-sama Kamei Eri dan Tanaka Reina. Tidak lama kemudian,dia telah dimasukkan kekumpulan unit-tambahan,Otomegumi. Sewaktu musim panas,bersama-sama ahli Generasi ke-6 yang lain,mereka membuat penglibatan konsert yang pertama sewaktu graduasi bekas ahli Morning Musume,Yasuda Kei.

Pada 16 Julai 2003,ahli Generasi ke-6 telah menghasilkan buku foto bersama,dan proses penggambaran telah dijalankan di Hawaii,sebahagian daripada Alo Hello. Pada 30 Julai 2003,dia telah dilibatkan dalam single pertama untuk ahli Generasi ke-6 iaitu Shabondama(シャボン玉). Walaupun dia tidak dapat banyak baris solo untuk dinyanyikan,namun jeritan "Shabondama" di dalam video muzik itu telah membuka mata orang ramai terhadapnya.

Pada 2004,dia dan Ishikawa Rika telah disatukan sebagai EcoMoni. Michishige juga telah menghasilkan buku foto pertamanya. Pada asalnya,Ecomoni ditubuhkan untuk memperingati tentang pemanasan global,namun setelah mereka meraih populariti,mereka telah melakonkan suara untuk Hamtaro The Movie 4th bersama-sama Matsura Aya,juga telah menghasilkan lagu tema untuk anime itu yang bertajuk Tensai! Let's Go Ayayamu (天才!Let's Go あややム, Genius! Let's Go Ayayamu).

Pada 2005,dia telah digabungkan di dalam satu buku foto,Angels,walaupun orang ramai mengatakan bahawa buku foto itu berkenaan dengan EcoMoni,namun ia langsung tidak berkaitan dengan EcoMoni. Pada tahun yang sama,dia telah ditugaskan sebagai mentor Kusumi Koharu yang merupakan ahli Generasi ke-7 yang masih mentah dengan dunia industri muzik,juga telah dibentuk sebagai duo bernama "Rainbow Pinku" pada awal 2006. Memperkenalkan diri mereka sendiri dengan nama "Shige-Pinku" dan "Koha-Pinku",kumpulan itu telah diperkenalkan sempena penghasilan album yang ke-7 iaitu Rainbow 7(レインボー7) dengan lagu Rainbow Pink (レインボーピンク, Rainbow Pink),juga di dalam album 7.5 Fuyu Fuyu Morning Musume Mini! (7.5冬冬モーニング娘。ミニ!, 7.5 Fuyu Fuyu Morning Musume Mini!?) dan Sexy 8 Beat dengan Wa~Merry Pin Xmas! (わ~MerryピンXmas!, Wa~Merry Pin Xmas!) dan Takara no Hako (宝の箱, Treasure Box).

Pada 2009, dia mula muncul dalam pelbagai rancangan TV Jepun, sama ada bersendirian atau bersama ahli-ahli yang lain, selalunya bersama Yaguchi Mari. Pada musim panas 2009, ramai orang telah mula mengenalinya dalam media Jepun apabila muncul dalam rancangan kadar tinggi seperti London Hearts, Downtown X, dan Odoru Sanma Goten, serta rancangan kurang popular. Artikel dalam TV Guide telah memuji lidah tajamnya.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Didalam hidupnya, dia selalu didapati meluangkan masa bersama ahli Generasi ke-6 yang lain, namun Takahashi Ai dan Niigaki Risa selalu mengajaknya untuk keluar makan bersama.
  • Pada mulanya, dia berasa bahawa Kamei Eri yang akan menjadi lawannya di dalam kumpulan MM,tetapi mereka sebaliknya menjadi kawan yang akrab.Kedatangan ahli Generasi ke-7 telah menggugat kedudukannya sebagai Ichiban Kawaii iaitu yang tercomel.
  • Merupakan mentor kepada Kusumi Koharu
  • Seorang yang pakar dan gemar bermain tetris, dia boleh bermain dan mengumpul mata sebanyak 60,000.
  • Mengatakan bahawa tidak akan menukar gaya rambutnya ataupun warna rambutnya.

Penglibatan[sunting | sunting sumber]

Buku Foto/Photobook[sunting | sunting sumber]

# Tajuk Tarikh Dipasaran Penerbit ISBN Informasi Buku Foto
Hello Hello! Morning Musume Sixth Generation Member Shashinshū
(Jepun: ハロハロ! モーニング娘。6期メンバー写真集)
2003-07-15 Kadokawa Shoten ISBN 978-4048942515 Buku Foto Hello! bersama Kamei Eri dan Reina Tanaka
1 Michishige Sayumi Shashinshū "Michishige Sayumi"
(Jepun: 道重さゆみ写真集「道重さゆみ」)
2004-10-30 Wani Books ISBN 978-4847028335 Buku Foto Solo Pertama
Ishikawa Rika & Michishige Sayumi "Angels"
(Jepun: 石川梨華&道重さゆみ写真集「エンジェルス」)
2005-11-16 Wani Books ISBN 978-4847028953 Buku Foto Bersama Ishikawa Rika
2 Michishige Sayumi Shashinshū "Dokei"
(Jepun: 道重さゆみ写真集「憧憬」)
2007-01-15 Wani Books ISBN 978-4847029875 Buku Foto Solo ke-2
3 17 ~Love Hello! Michishige Sayumi
(Jepun: 17~ラブハロ!道重さゆみ写真集~)
2007-06-30 Kadokawa Group Publishing ISBN 978-4048944953 Love Hello Buku Foto Pertama
(Di Guam)
4 Sousou~ Sousou~
(Jepun: 蒼蒼~そうそう~)
09-12-2007 Photobook solo keempat
5 LOVE LETTER 25-09-2008 Photobook solo kelima
6 20sai 7gatsu 13nichi
(20歳7月13日)
11-07-2009 Photobook solo keenam
7 La 26-04-2010 Photobook solo ketujuh

DVD[sunting | sunting sumber]

# Tajuk Tarikh Pemasaran Informasi DVD
1 Hello Hello! (Jepun: ハロハロ!) 2003-07-16 DVD bersama Eri Kamei dan Reina Tanaka
2 Love Hello! Michishige Sayumi DVD (Jepun: ラブハロ!道重さゆみDVD) 2007-07-18 DVD Love hello Pertama
3 LOVE STORY 01-10-2008 DVD Kedua
4 20's time 22-07-2009 DVD Ketiga
5 Sayu 28-04-2010 DVD Keempat

Filem[sunting | sunting sumber]

Teater[sunting | sunting sumber]

  • [2006] Ribbon no Kishi The Musical (リボンの騎士 ザ・ミュージカル)
  • [2008] Cinderella The Musical (シンデレラ The ミュージカル)
  • [2009] Ojigi de Shape Up! (おじぎでシェイプアップ!)
  • [2010] FASHIONABLE

Siaran TV[sunting | sunting sumber]

Siaran Tarikh Mula Tarikh Akhir
Hello! Morning (Jepun: ハロー!モーニング。) 2003-01-26 2007-04-01
Sore Yuke! Gorokkies (Jepun: それゆけ!ゴロッキーズ) 2003-09-29 2003-12-26
M no Mokushiroku (Jepun: Mの黙示録) 2003-10-07 2004-09-09
Futarigoto (Jepun: 二人ゴト) 2004-06-16 2004-06-25
2004-07-14 2004-07-22
Majokko Rika-chan no Magical v-u-den (Jepun: 魔女っ娘。梨華ちゃんのマジカル美勇伝) 2004-10-21 2004-12-15
Musume Dokyu! (Jepun: 娘。Dokyu!) 2005-04-05 Masih Diudarakan
Haromoni@ (Jepun: ハロモニ@, Hepburn: Haromoni) 2007-04-08 Masih Diudarakan

Radio[sunting | sunting sumber]

Siaran Tarikh Mula Tarikh Akhir
TBC Fun Fīrudo Mōretsu Mōdasshu (Jepun: TBC Funふぃーるど・モーレツモーダッシュ) 2005-05-02 2005-05-13
2005-05-30 2005-06-10
2005-07-25 2005-08-05
Hello Pro Yanen!! (Jepun: ハロプロやねん!!) 2005-06-10 2005-06-24
B.B.L. 2005-11-06 2005-11-13
Hypernight - Michishige Sayumi Konya mo Usa-chan Peace
(Jepun: ハイパーナイト モーニング娘。道重さゆみの今夜も♥うさちゃんピース)
2006-10-05 Masih Diudarakan
MBS Young Town Dōyōbi (Jepun: MBSヤングタウン土曜日) June 9 2007 Masih Diudarakan

Internet[sunting | sunting sumber]

  • Hello Pro Hour #05 (Jepun: ハロプロアワー#05) (MC) – 2006-04-28
  • Hello Pro Hour #06 (Jepun: ハロプロアワー#06) (MC) – 2006-05-12
  • Hello Pro Hour #15 (Jepun: ハロプロアワー#15) (MC) – 2006-09-15
  • Hello Pro Hour #19 (Jepun: ハロプロアワー#19)2006-11-10
  • Bow 30°Siri 1 dan 3 (Jepun: おじぎ30度) – 2006, 2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]