Mid Valley Megamall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mid Valley)
Mid Valley Megamall
LokasiSeputeh, Kuala Lumpur, Malaysia
Koordinat3°7′5″N 101°40′36″E / 3.11806°N 101.67667°E / 3.11806; 101.67667Koordinat: 3°7′5″N 101°40′36″E / 3.11806°N 101.67667°E / 3.11806; 101.67667
Tarikh pembukaanNovember 20, 1999
PemajuIGB Group
PengurusanMid Valley Megamall
PemilikIGB Group
Bil. gedung dan perkhidmatan430
Bil. penyewa utama5
Keluasan lantai peruncitan420,000 m²
Bil. tingkat5 (Tidak termasuk tempat letak kereta)

Mid Valley Megamall ialah kompleks seluas 4.5 juta kaki persegi (420,000 m²) yang terdiri daripada pusat beli-belah, blok bangunan pejabat, 30 pejabat khusus dan 2 buah hotel yang terletak di Kuala Lumpur, Malaysia. Pusat ini dibuka pada November 1999. Mid Valley juga bersambung dengan sebuah lagi pusat membeli belah terkemuka iaitu The Gardens.[1]

Mid Valley Megamall mempunyai 430 ruangan kedai dalam lima setengah aras, termasuk lima penyewa utama termasuk ÆON BiG, ÆON, Golden Screen Cinemas, Metrojaya dan Harvey Norman. Mid Valley juga menempatkan pawagam 21 dewan, pusat boling yang canggih, sebuah One-Stop IT Centre, dua medan selera dan cawangan MPH Bookstores yang besar.[2]

Mid Valley mempunyai pusat konvensyen berkeluasan 48,300 kaki persegi (4,500 m²) yang didirikan berdekatan hotel saudagar 646 bilik bernama Cititel dan 30 unit pejabat khusus 11 tingkat. Sebuah hotel kedua, Boulevard, yang dibuka pada pertengahan 2005, mempunyai 390 bilik. Mega Mall ialah sebuah komponen penting Mid Valley City, salah satu projek pembangunan bandar terbesar di negara, dna juga diberi Best Shopping Complex Award 2000 oleh Tourism Malaysia dan Best Retail Development Award 2001 oleh FIABCI Malaysia. Oleh yang demikian, Mid Valley Megamall menjadi salah sebuah tumpuan pelancongan utama di Malaysia.[3][4]

Pusat beli-belah ini dihubungkan dengan stesen Mid Valley, stesen KTM Komuter yang terlingkung dalam Laluan Rawang-Seremban, dan jaraknya hanya satu hentian dari Kuala Lumpur Sentral.

Mid Valley juga merupakan hub utama bagi sistem pengangkuan bas RapidKL


.[5]

Insiden[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Mei 2017, kebakaran berlaku di tingkat dua Megamall pada jam 8:20 malam waktu tempatan. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya mengeluarkannya pada jam 8:52 malam. Siasatan berikutnya mengesan punca api ke mesin faksimili yang salah.[6][7]

Pada 17 Mei 2023, kebakaran berlaku dipercayai berpunca daripada minyak penyejuk kabel di pencawang elektrik(TNB). Kebakaran bermula kira kira 10.00-10.30 pagi, kebakaran berjaya dikawal pada jam 12.07 tengah hari dan dipadamkan sepenuhnya pada 12.44 tengah hari.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Pusat membeli-belah boleh diakses dari  KB01  Stesen Komuter Mid Valley Keretapi Tanah Melayu dan oleh  KJ17  LRT Abdullah Hukum dengan jambatan penghubung masa depan melalui KL Eco City ke Gardens Mall.

Pengangkutan Bas[sunting | sunting sumber]

  • BAS

T788 Laluan Bas: University LRT Station - Mid Valley Megamall - University Malaya (Masjid Ar-Rahman) Lokasi perhentian bas: North Court

T790 Laluan bas: LRT Taman Paramount - Jaya One - LRT Universiti - Mid Valley Megamall Lokasi perhentian bas: North Court

781 Laluan bas: Pasar Seni - Brickfields - Mid Valley Megamall - Kerinchi LRT Station Lokasi perhentian bas: North Court

822 Laluan bas: Pasar Seni - LRT Bangsar - Mid Valley Megamall - Bangsar Village - Bangsar Shopping Centre Lokasi perhentian bas: South Court

T817 Laluan bas: MRT Pusat Bandar Damansara - Bukit Bandaraya - Mid Valley Megamall Lokasi perhentian bas: South Court

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Adalah dikatakan bahawa pusat beli-belah menikmati feng shui bagus kerana bumbung atriumnya berbentuk bagua.
  • Terdapat sebuah kuil Hindu, Kuil Sri Devi Shakti, yang dihubungkan dengan pusat beli-belah di kawasan tenggaranya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mid Valley Megamall – Mid Valley City". The Star. Dicapai pada 31 January 2013.
  2. ^ "Mid Valley Megamall". The Malay Mail. Dicapai pada 31 January 2013.
  3. ^ "Propwall - FIABCI". Propwall. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-27. Dicapai pada 21 March 2017.
  4. ^ "MVEC – Mid Valley Exhibition Center". MVEC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-09-24. Dicapai pada 21 March 2017.
  5. ^ "Mid Valley Megamall in Iskandar Johor". Astro Awani. Dicapai pada 31 January 2013.
  6. ^ "Fire on second level of Mid Valley Megamall under control". The Edge Markets. 30 May 2017. Dicapai pada 1 June 2017.
  7. ^ "Fax machine causes fire at Mid Valley mall". The Malay Mail. 30 May 2017. Dicapai pada 1 June 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]