Mike Pence

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mike Pence
ماءيک ڤين‌س
Potret rasmi, 2017
Naib Presiden Amerika Syarikat ke–48
Dalam jawatan
20 Januari 2017 – 20 Januari 2021
PresidenDonald Trump
Didahului olehJoe Biden
Digantikan olehKamala Harris
Pengerusi Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih
Dalam jawatan
26 Februari 2020 – 20 Januari 2021
Didahului olehAlex Azar
Digantikan olehPejabat dihapuskan[a]
Gabenor Indiana ke–50
Dalam jawatan
14 Januari 2013 – 09 Januari 2017
LeftenanSue Ellspermann
Eric Holcomb
Didahului olehMitch Daniels
Digantikan olehEric Holcomb
Ahli
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
dari Indiana
Dalam jawatan
03 Januari 2001 – 03 Januari 2013
Didahului olehDavid M. McIntosh (ke–2)
Dan Burton (ke–6)
Digantikan olehChris Chocola (ke–2)
Luke Messer (ke–6)
Kawasan pilihan rayadaerah ke–2 (2001–03)
daerah ke–6 (2003–13)
Butiran peribadi
LahirMichael Richard Pence
7 Jun 1959 (umur 64)
Columbus, Indiana, AS
Parti politikRepublikan
PasanganKaren Pence
Anak-anakAudrey Pence
Charlotte Pence
Michael Pence
Alma materKolej Hanover
Universiti Indiana, Indianapolis
Tandatangan
Laman web rasmiSebagai Gabenor Indiana
Peribadi

Michael Richard Pence (lahir 07 Jun 1959; Tulisan Jawi: ماءيکل ريچرد ڤين‌س) ialah seorang ahli politik, penyiar dan peguam yang berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat ke-48 dari tahun 2017 hingga 2021. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari Indiana dan Gabenor Indiana ke-50.

Beliau menarik diri dalam kempen Gabenor Indiana untuk menjadi calon Naib Presiden untuk Donald Trump pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2016 dan memenanginya. Sebagai naib presiden, beliau mempengerusikan Majlis Angkasa Negara sejak penubuhannya pada bulan Jun 2017. Beliau juga dipilih sebagai pengerusi Pasukan Petugas Coronavirus Rumah Putih dalam respon terhadap pandemik COVID-19 di Amerika Syarikat.

Tiket beliau kalah dalam pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020 kepada Joe Biden dan Kamala Harris.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pence dilahirkan di Columbus, Indiana, anak kepada Nancy Jane Cawley dan Edward J. Pence, Jr. Keluarga beliau merupakan Katolik Ireland Demokrat.

Pada 1977, Pence lulus dari Columbus North High School. Beliau memperoleh Sarjana Muda Seni dalam bidang Sejarah dari Hanover College pada 1981.[1]

Pada 06 Ogos 1984, Mike Pence telah mencadangkan perkahwinan dengan Karen Sue Batten di Meridian-Kessler, Indianapolis, Indiana. Mereka kemudiannya berkahwin pada Jun 1985.[2]

Beliau ialah Gabenor Indiana yang ke-50 dari 2013 sehingga 2017 dan Doktor Juris dari Indiana University Robert H. McKinney School of Law pada 1986.

Setelah Pence lulus sekolah undang-undang pada 1986, beliau bekerja sebagai seorang peguam dalam latihan persendirian.

Beiau terus mempelajari undang-undang berikutan kegagalan kali kedua beliau bertanding untuk kongres.

Sebagai Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

22 Januari 2004, Mike Pence sebagai Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat

Pada bulan November 2000, Pence dipilih ke Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat di Daerah Kongres Kedua Indiana selepas enam tahun penyandangnya David M. McIntosh (1995-2001) memilih untuk bertanding sebagai Gabenor Indiana.

Pada 08 November 2006, Pence mengumumkan pencalonannya untuk pemimpin Parti Republikan (pemimpin minoriti) di Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat.

Pence juga dipunyai oleh Kaukus Kongres Internet, Kaukus Pemuliharaan Antarabangsa, dan Kaukus Ahli Sukan. Selepas pilihan raya November 2010, Pence mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding untuk dipilih semula sebagai Pengerusi Persidangan Republikan.

Pada 05 Mei 2011, Pence mengumumkan bahawa beliau akan mendapatkan pencalonan Republikan untuk Gabenor Indiana pada tahun 2012. Beliau menjawat jawatan itu hingga tahun 2013.

Sebagai Gabenor Indiana[sunting | sunting sumber]

14 Januari 2013, Mike Pence mengangkat sumpah jawatan sebagai Gabenor Indiana di Indiana Statehouse, Indianapolis, Indiana

Pada 06 November 2012, Pence telah menjadi calon yang terpilih untuk menjadi Gabenor Indiana ke-50.

Pada 14 Januari 2013, Pence telah mengangkat sumpah jawatan sebagai Gabenor Indiana ke-50 di Indiana Statehouse, Indianapolis, Indiana.

Kemudian, Pence telah membuat pembaharuan cukai di Indiana, iaitu 10% kadar cukai pendapatan telah dipotong.

Pence juga menandatangani Rang Undang-Undang 101 Senat Indiana untuk menjadi undang-undang. Undang-undang yang ditandatangani itu mendapat kritikan meluas oleh orang ramai.

Sehingga Mac 2016, Pence gagal mencuba untuk menangani pelarian Syria daripada ditempatkan semula di Indiana. Pence bertanding untuk penggal kedua sebagai gabenor. Beliau menang tanpa bertanding pada 03 Mei 2016.

Pence berdepan dengan calon Demokrat, John Gregg, bekas Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Indiana dalam pemilihan semula pada 2012.

Laporan awal pada 14 Julai 2016 menunjukkan Pence mungkin akan diumumkan sebagai calon Naib Presiden Amerika Syarikat pada 15 Julai 2016.

Pence berkata jika beliau akan menjadi calon Naib Presiden Amerika Syarikat, beliau akan menarik diri daripada pemilihan gabenor.

Kempen naib presiden 2016[sunting | sunting sumber]

Pemilihan Trump[sunting | sunting sumber]

27 Februari 2015, Mike Pence sebagai calon Naib Presiden Amerika Syarikat

Pada 04 Mei 2016, Donald Trump telah mula menumpukan perhatiannya kepada pilihan raya umum 2016 dan memikirkan kemungkinan keperluan yang akan beliau cari dalam seorang naib presiden.[3]

Sebagai calon[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 2016, Donald Trump memilih beberapa calon Naib Presiden Amerika Syarikat yang akan bersama beliau untuk bertanding bersama-sama, termasuk Pence dalam finalis tersebut bersama dengan finalis lain termasuk Gabenor New Jersey Chris Christie dan bekas penceramah Dewan Perwakilan Rakyat AS Newt Gingrich.[4]

Pada 15 Julai 2016, Donald Trump secara rasmi mengumumkan di Twitter bahawa Pence akan bertanding bersama beliau pada Pilihan raya presiden Amerika Syarikat 2016.

Pesawat tergelincir[sunting | sunting sumber]

Kapal terbang kiri yang berwarna putih telah digunakan oleh Mike Pence semasa kempen presiden Donald Trump, dimiliki oleh The Trump Organization

Pada 27 Oktober 2016, Boeing 737 yang membawa Pence tergelincir dari landasan selepas mendarat dalam hujan di Lapangan Terbang Laguardia.[5] Tiada yang cedera dalam kejadian itu, yang terjadi kurang dua minggu sebelum pemilihan Presiden diadakan, hari kempen penting bagi Pence dan calon Presiden, Donald Trump.

Pence, yang juga Gabenor Indiana pada masa itu kemudiannya memuat naik sepucuk pos di Twitter dan berterima kasih kepada semua yang mendoakannya. Pegawai Pengurusan Kecemasan New York City berkata kejadian berlaku pada pukul 8:00 malam waktu tempatan.

Selepas kejadian itu, Pence telah mula menggunakan salah satu kapal terbang yang digunakan oleh The Trump Organization, yang terus mengecat semula kapal terbang itu untuk digunakan dalam kempen pilihan raya mereka.

Bakal Naib Presiden Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Pada 08 November 2016, Pence telah dipilih sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat oleh Donald Trump. Pence dijadual untuk mengangkat sumpah jawatannya itu pada 20 Januari 2017 dan menjadi orang Amerika Syarikat ke-48 dan Hoosier (Orang Indiana) keenam yang mengambil alih tugas Naib Presiden.

Kempen naib presiden 2020[sunting | sunting sumber]

Sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Pence mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden pada 20 Januari 2017

Pada 20 Januari 2017, Pence telah mengangkat sumpah sumpah jawatan sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat ke-48 pada majlis pelantikan beliau oleh Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat Clarence Thomas di Kapitol Amerika Syarikat. Pence juga menggunakan Alkitab peribadinya semasa mengangkat sumpah jawatan.

Pada 18 Disember 2020, Naib Presiden Pence telah terima Vaksin COVID-19 dari Pfizer-BioNTech untuk COVID-19[6][7] dan mengumumkan, atas penghormatan bagi pihak Presiden AS Donald Trump, semua ahli dalam Tentera Angkasa Amerika Syarikat akan dikenali sebagai "Guardians" di Eisenhower Executive Office Building, Washington, DC.[8][9]

Pence berkhidmat sebagai Naib Presiden Amerika Syarikat ke-48 sehingga 20 Januari 2021.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pasukan Petugas Koronavirus Rumah Putih diganti dengan Pasukan Respons COVID-19 Rumah Putih

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mike Pence '81 to serve as U.S. vice president". Kolej Hanover. 9 November 2016 – melalui hanover.edu.
  2. ^ Karen Pence is right at home" dari The Indianapolis Star
  3. ^ Donald Trump Teases Possible VP Requirements dari ABC
  4. ^ Team Trump Plans Public Event Friday With VP Pick dari NBC
  5. ^ "Pesawat membawa Mike Pence tergelincir dari landasan". Berita Harian. 2016-10-28.
  6. ^ Approves Emergency Use of Second Coronavirus Vaccine dari Voice of America
  7. ^ Pfizer-BioNTech COVID-19 Vaccine dari FDA
  8. ^ "'Guardians' of the galaxy: Space Force personnel get a name" dari Space.com
  9. ^ ""Remarks by Vice President Pence at the Space Force's 1st Birthday Celebration dari White House". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-12-19. Dicapai pada 2020-12-19.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]