Mikoyan-Gurevich MiG-21

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mikoyan MiG-21)
MiG-21
MiG-21bis milik Tentera Udara Poland.
Peranan Fighter
Pengeluar Mikoyan-Gurevich OKB
Penerbangan sulung 14 Jun 1956
Diperkenalkan 1959
Dihentikan 1985 (Kesatuan Soviet)
Pengguna utama Tentera Udara Soviet
Tentera Udara India
Tentera Udara Romania
Tentera Udara Rakyat Vietnam
Jumlah dibina 10,352[1]
(10,158 dibina di Kesatuan Soviet, dan 194 di Czechoslovakia)
Kelainan Chengdu J-7

Mikoyan-Gurevich MiG-21 (Rusia: Микоян и Гуревич МиГ-21) (nama pengenalan NATO "Fishbed") merupakan sebuah pesawat pejuang berkelajuan supersonik yang direka oleh Biro Rekabentuk Mikoyan-Gurevich dari Kesatuan Soviet. Nama gelaran popularnya adalah "balalaika", kerana pelantar pesawat ini menyerupai alat muzik bertali terkenal dari Rusia iaitu Balalaika atau ołówek (Melayu: pensil) oleh juruterbang Poland disebabkan rekabentuk fiuslaj pesawat ini.[2] Versi-versi awal dianggap sebagai jet pejuang generasi kedua. Sementara versi terkemudiannya dianggap sebagai jet pejuang generasi ketiga. Lebih 50 negara dari 4 benua telah menerbangkan MiG-21. Selepas separuh abad selepas penerbangan sulungnya, MiG-21 masih digunakan sehingga kini. Pesawat ini memegang beberapa rekod penerbangan, antaranya pesawat jet supersonik paling banyak dikeluarkan, pesawat pejuang paling banyak dikeluarkan selepas Perang Korea, dan pesawat pejuang paling lama dikeluarkan. Dianggarkan lebih daripada 10,000 buah MiG-21 telah dikeluarkan.[3]

Spesifikasi (Mikoyan-Gurevich MiG-21bis)[sunting | sunting sumber]

Orthographic projection of the Mikoyan-Gurevich MiG-21.
Orthographic projection of the Mikoyan-Gurevich MiG-21.

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 15.76 m termasuk prob (51 kaki 8 in)
  • Rentang sayap: 7.15 m (23 kaki 5 in)
  • Tinggi: 4.12 m (13 kaki 6 in)
  • Sayap luas: 23 m² (247.5 kaki²)
  • Berat kosong: 5,350 kg (11,800 lb)
  • Berat berisi: 8,726 kg (19,200 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 9,660 kg (21,300 lb)
  • Loji kuasa:Tumansky R-25-300 turbin jet pembakaran lanjut, 55 kN (12,370 lb)[4] kering, 70 kN (97 kN dengan pembakar lanjut maksimum) (15,700 lbf)

Prestasi

  • Kelajuan maksimum: 2230 km/j (1385 bsj) (Mach 2.1)
  • Jarak: 1,160 km ()
  • Jarak maksimum: 1,800 km dengan tiga tangki minyak luar ()
  • Lelangit khidmat 19,000 m (62,300 kaki)
  • Kadar kenaikan: 225 m/s (23,600 kaki/min tetapi dengan 50% minyak dan dua peluru berpandu AA-2 "Atoll", MiG-21 boleh mencecah 58,000 kaki (17,600 meter) dalam masa satu minit yang memberikan purata 293 m/s pada aras berbeza, dalam cuaca baik.)
  • Beban sayap: 379 kg/m² (77.8 lb/kaki²)
  • Tujahan/berat: 1.02 dengan berat berlepas maksimum, 1.13 dengan berat muatan dan pembakar lanjut maksimum

Persenjataan

MiG-21MF di[persenjatai dengan peluru berpandu udara ke udara R-3 (AA-2) dan pelancar UB-16 untuk roket S-5.
  • 1x meriam laras berkembar GSh-23 berkaliber 23 mm , 200 butir peluru (versi PFM, MF, SMT, dan bis) atau meriam berlaras tunggal NR-30 ,60 butir peluru (versi F-13).
  • Sehingga 2,000 kg (4,400 lb) persenjataan udara ke udara dan udara ke darat pada dua atau empat tenggekan di bawah sayap, bergantung pada versi. Model awal membawa dua peluru berpandu udara ke udara Vympel K-13 (AA-2 'Atoll') di bawah pilon sayap. Model-model terkemudian membawa dua K-13 dan dua tangki minyak di bawah pilon sayap atau kombinasi empat peluru berpandu panduan inframerah dan panduan radar K-13. Enam buah Molniya R-60 (nama pengenalan NATO AA-8 'Aphid') juga dibawa dengan menggunakan pilon berbilang. Kebanyakkan pesawat membawa satu tangki minyak dengan muatan 450 liter (119 gelen) pada pilon tengah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MIG-21 Fishbed from Russian Military Analysis
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-06. Dicapai pada 2009-01-25.
  3. ^ MiG-21 FISHBED, GlobalSecurity.org
  4. ^ Globalsecurity.org: War in Afghanistan

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Gordon, Yefim. Mikoyan-Gurevich MiG-15: The Soviet Union's Long-Lived Korean War Fighter. Hinckley: Midland, 2001. ISBN 1-85780-105-9.
  • Gordon, Yefim. Mikoyan MiG-21 (Famous Russian aircraft). Hinckley: Midland, 2007. ISBN 1-85780-257-8.
  • Toperczer, István. MiG-21 Units of the Vietnam War (Osprey combat aircraft, 29). Oxford: Osprey Pub, 2001. ISBN 1-84176-263-6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]