Litar bersepadu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mikrocip)
Litar bersepadu

Litar bersepadu,[1] litar terkamil[2][3] (bahasa Inggeris: integrated circuit, disingkatkan kepada IC), kadangkala disebut sebagai litar mikro, mikrocip atau cip mikro adalah cip berlitar elektronik kecil biasanya 1 sm2 atau lebih nipis dalam dasar berasaskan bahan mengalir separa seperti silikon[2] dilengkapi beribu atau berjuta perkakasan semikonduktor saling bersambung, kebanyakannya transistor, termasuk juga komponen pasif seperti perintang. Litar bersepadu paling maju adalah mikropemproses, yang mengendali semua perkara dari komputer kepada telefon selular kepada ketuhar mikrogelombang. Cip ingatan komputer adalah keluarga cip bersepadu yang amat penting dalam masyarakat moden.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Geoffrey W.A. Dummer, seorang ahli sains radar di Kementerian Pertahanan Kerajaan British merupakan pencetus idea untuk "litar elektrik sepadu" pada 7 Mei 1952. Pada tahun 1956, beliau cuba membina litar tersebut, tetapi malangnya tidak berjaya dalam pelaksanaannya.

Litar bersepadu yang pertama dihasilkan pada 6 Februari 1959 oleh Jack Kilby daripada syarikat Texas Instruments. Pada masa itu, litar itu diperbuat daripada germanium. Kilby menerima paten untuk ciptaannya, iaitu US3138743, US3138747, US3261081, dan US3434015. Robert Noyce dari syarikat Fairchild Semiconductor pula telah dianugerahkan hak cipta asal (paten) pada 25 April 1961 untuk sebuah unit litar bersepadu yang lebih kompleks yang diperbuat daripada silikon.

Terdapat beberapa jenis dan generasi litar bersepadu:

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Kamus Inggeris-Melayu Dewan: an English-Malay dictionary, Dewan Bahasa dan Pustaka, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992 - 1945 pages
  2. ^ a b G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "litar terkamil". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 33-34. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  3. ^ Istilah Fizik Pengajian Tinggi, Bahasa Inggeris-bahasa Malaysia, Bahasa Malaysia-bahasa Inggeris, Volume 1, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Malaysia, 1983 - English language

Pautan luar[sunting | sunting sumber]