Mikroskop optik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mikroskop tahun 1852.

Mikroskop optik merupakan mikroskop berasaskan kanta optikal. Ahli sains yang berkait rapat dengan pembangunan mikroskop optik adalah Anton van Leeuwenhoek.


Isi kandungan

[sunting] Mikroskop mudah

Mikroskop Leeuwenhoek terdiri daripada kanta optik kecil tunggal dilekatkan pada kepingan logam dengan pemegang untuk memegang bahan untuk dikaji. Penggunaan kanta cembung tunggal dikenali sebagai mikroskop mudah, yang termasuk kanta pembesar, kanta tangan, dan cermin pembesar tukang emas

[sunting] Mikroskop ganda

1. kanta okular atau kanta mata 2. turet kanta 3. kanta objektif 4. tombol pelaras kasar 5. tombol pelaras halus 6. pemegang 7. cermin 8. diafragma dan kondenser

Gambarajah di bawah menunjukkan mikroskop majmuk. Dalam bentuk termudah sebagaimana digunakan oleh Robert Hooke, mikroskop ganda mempunyai kanta kaca dengan jarak fokus dekat sebagai objectif, dan kanta kaca tunggal sebagai bahagian mata atau okular.

[sunting] Unsur utama mikroskop asas

Mikroskop jenis ini biasanya lebih rumit dengan komponen kanta majmuk di kedua objektif dan bahagian mata. Kanta komponent majmuk ini bertujuan untuk mengurangkan herotan, terutamanya herotan khromatik dan herotan spherical. Dalam mikroskop moden, cermin digantikan dengan unit lampu yang membekalkan cahaya yang boleh dikawal dan stabil. Mikroskop majmuk biasanya digunakan untuk mengkaji spesimen nipis disebabkan ia mempunyai depth of field yang terhad. Biasanya ia digunakan untuk memeriksa lumuran, penyediaan penyek, atau hirisan nipis sesuatu bahan. Biasanya ia bergantung kepada cahaya melalui contoh dari bawah, dan teknik khusus diperlukan untuk meningkatkan perbezaan dalam imej kepada tahap berguna (lihat Kaedah perbezaan di bawah).

Disebabkan oleh diffraction, mikroskop optik terbaik terhad kepada resolusi 0.2 mikrometer.

[sunting] Mikroskop binokular

Peralatan ini direka berbeza dengan diagram di atas, dan digunakan untuk tujuan berbeza sedikit. Ia menggunakan dua bahagian mata (atau kadang kala dua mikroskop lengkap) untuk memberikan sudut pandangan berbeza sedikit kepada mata kiri dan kanan. Dengan cara ini ia menghasilkan pandangan tiga dimensi (3-D) contoh yang dikaji.

Mikroskop binokular sering digunakan untuk mengkaji permukaan spesimen pepejal.

[sunting] Reka bentuk khusus

Jenis mikroskop lain termasuk

[sunting] Kaedah pebezaan

Untuk melihat secara terperinci dalam spesimen nipis, biasanya perlu bagi meningkatkan lagi perbezaan. Kaedah digunakan termasuk.

Kadang kala gabungan beberapa kaedah di atas digunakan pada masa yang sama kerana setiap kaedah menonjolkan ciri berlainan dalam contoh.

microscopy, mikroskopi bright field microscopy, mikroskopi medan cerah dark field microscopy, mikroskopi medan gelap dark-field microscopy, mikroskopi medan gelap double-image microscopy, mikroskopi imej ganda dua electron microscopy, mikroskopi elektron interference contrast microscopy, mikroskopi beza-jelas gangguan microscopy, mikroskopi phase microscopy, mikroskopi fasa polarised light microscopy, mikroskopi cahaya terkutub scanning electron microscopy, mikroskop elektron pengimbasan transmission electron microscopy, mikroskopi elektron penghantaran ultramicroscopy, ultramikroskopi dark field microscopy, mikroskopi medan gelap dark position (microscopy), kedudukan gelap ore microscopy, mikroskopi bijih polazation microscopy, mikroskopi pengutuban

[sunting] Microscope Gallery

[sunting] Mechanical part of microscope

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain