Miksomatosis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Seekor Arnab Eropah yang dijangkiti penyakit Myxomatosis di Shropshire, England

Miksomatois ialah sejenis penyakit yang menyerang arnab dan disebabkan oleh virus Myxoma. Ia mula-mula diperhatikan pada arnab makmal di Uruguay pada akhir abad ke-19. Penyakit ini diperkenalkan di Australia pada 1950 untuk cubaan mengawal populasi arnab perosak. Ia juga diperkenalkan di UK untuk cuba mengurangkan bilangan arnab selepas Perang Dunia II.

Kesan penyakit[sunting | sunting sumber]

Bagi arnab dalam genus Sylvilagus, miksomatosis hanya menyebabkan tumor kulit setempat-setempat, tetapi bagi arnab Eropah (Oryctolagus cuniculus) pula lagi parah.[1] Pada mulanya, penyakit ini biasanya sudah kelihatan dengan gumpalan (myxomata) dan bengkak di sekitar kepala dan alat kelamin. Kemudian, ia menyebabkan konjunktivitis mendadak dan mungkin juga kehilangan deria penglihatan; tetapi ini mungkin juga boleh menjadi tanda-tanda awal penyakit. Arnab yang terjangkit menjadi lesu, hilang selera, dan mengalami demam. Jangkitan bakteria sekunder selalu berlaku dan menyebabkan pneumonia dan keradangan bernanah dalam paru-paru. Arnab yang menghidap penyakit ini boleh mati dalam masa 14 hari.[2]

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Adalah penting untuk mengelakkan kesilapan mendiagnosis miksomatosis dengan pasteurelosis[3], iaitu jangkitan bakteria yang boleh dirawat dengan antibiotik. Arnab yang dirawat kerana pasteurelosis mesti dirawat dengan antibiotik selama beberapa minggu atau beberapa bulan. Sesetengah arnab mungkin perlu dibedah untuk menanggalkan tisu dan abses yang bernanah.[4] Sungguhpun pasteurelosis sudah cukup dipastikan, namun arnab tidak dijamin akan berjaya mengharungi penyakit ini. Berbeza pula bagi miksomatosis yang tiada rawatannya untuk arnab, selain jagaan pelega untuk mengurangkan penderitaan haiwan ini, serta rawatan untuk jangkitan sekunder atau oportunis,[2] dengan harapan supaya arnab akan kembali sihat jua.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Carter, G.R.; Wise, D.J. (2006). "Poxviridae". A Concise Review of Veterinary Virology. http://www.ivis.org/advances/Carter/Part2Chap10/chapter.asp?LA=1. Capaian 2006-06-13. 
  2. 2.0 2.1 "Myxomatosis in Rabbits". Exoticpets.about.com. 2009-12-14. http://exoticpets.about.com/od/rabbitshealth/p/myxomatosis.htm. Capaian 2010-06-03. 
  3. "Pasteurellosis". Lbah.com. http://www.lbah.com/rabbits/pasteurella.htm. Capaian 2010-06-03. 
  4. "Pasteurellosis". Lbah.com. http://www.lbah.com/rabbits/pasteurella.htm#trt. Capaian 2010-06-03.