Mila Jirin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mila Jirin
Kelahiran
Norsyarmilla binti Jirin

(1988-09-05) 5 September 1988 (umur 35)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, usahawan
PasanganAhmad Ailis Mohamed Mustapha (k. 2015)
Anak-anak1
IbuZarinah
BapaHaron Jirin Borhan
Kerjaya muzik
InstrumenVokal
Tahun aktif2007–kini
Pengkarya berkait
Akim
Nubhan

Norsyarmilla Jirin atau lebih dikenali sebagai Mila Jirin (lahir 5 September 1988) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim kelima. Beliau berasal dari Perlis.

Dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Teknik Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Air Hitam, Pulau Pinang.

Akademi Fantasia 5[sunting | sunting sumber]

Mila atau nama penuhnya Norsyarmilla binti Jirin diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim kelima dan beliau adalah salah seorang daripada enam belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.

Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya menuju peringkat akhir untuk musim kelima bersama Ebi, Aswad, Heliza, dan Candy. Pada 19 Mei 2007, beliau telah dinobatkan selaku juara Akademi Fantasia Musim 5 sekaligus memecah tradisi juara AF yang sering didominasi penuh oleh kaum lelaki iaitu Vince, Zahid, Mawi, dan Faizal juga menjadi pelajar wanita pertama menjadi juara AF. Beliau menjadi wakil utama Pulau Pinang yang berjaya melangkah ke konsert akhir disebabkan tiada seorang pelajar dari Pulau Pinang yang pernah berjaya melangkah ke konsert Akhir untuk musim-musim Akademi Fantasia yang lalu lagi. Wakil itu diikuti oleh Aswad.

Dia turut mengusahakan produk kecantikan, LuvMILA yang diselenggara LuvMILA Corporation Sdn Bhd (www.luvmila.com.my)

Lagu-lagu di Akademi Fantasia[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF yang seterusnya:

Konsert Lagu (penyanyi asal) Ked
Minggu 1 "Bersamamu" (Siti Sarah) 13
Minggu 2 "Gotta Tell You" (Samantha Mumba) 13
Minggu 3 "Melukut Di Tepi Gantang" (Aishah) 13
Minggu 4 "Benci Tapi Rindu" (Diana Nasution) 10
Minggu 5 "Puncak Kasih" (Ziana Zain) 6
Minggu 6 "Drama" (Ning Baizura, Nikki & Yanie) 3
Minggu 7 "Dondang Dendang" (Noraniza Idris) 2
Minggu 8 "Aku Takkan Bersuara" (Nike Ardilla) 1
Minggu 9 "Pudar" (Rossa) 1
"My Heart" (Irwansyah & Acha Septriasa)
Minggu 10 "Persis Mutiara" (Mila)
(Lagu: Ajai / Lirik: Loloq)
Juara
"Cinta Pura-Pura" (Ezlynn)

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  1. Persis Mutiara (2008)
  2. Mila Jirin (2011)

Album Kompilasi/Live[sunting | sunting sumber]

  1. Best Of Mila (2007)

Album lain[sunting | sunting sumber]

  1. Persis Mutiara Karaoke (2008)
  2. Single Album: Siapa Tak Perlu Cinta (2009)
  3. Single Album: Jika Kau Ubah Fikiran (2010)

Single[sunting | sunting sumber]

Solo
Tahun Judul Album
2007 "Persis Mutiara" Persis Mutiara
"Mila Bila Cinta"
2008 "Aku Lebih Tahu"
Ilham Dimatamu"
2009 "Gila"
"Jika Kau Ubah Fikiran" Era Muzik Hits Terkini
2011 "Bertemu Cinta" OST Nur Kasih The Movie
"Malu Malu" Mila Jirin
"Bebas"
"Siapa Tak Perlu Cinta"
2024 "Sandera" OST Khunsa
Duet
Tahun Judul Bersama Album
2010 "Kau Dan Aku" Akim OST Kau & Aku
2013 "Cinta Kasih" Nubhan OST Cinta Qaseh

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2009 Jumbo Gajah Biru Luna Alih suara versi BM
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Aisyah
2014 Kami Histeria Airin

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009–2010 Kau & Aku (Musim 1) Mila Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2009 Meriam Buluh Astro Prima
2010 Aidilfitri Abang Kassim Pon Pon
2013 Raya Nora Jambu Astro Ria

High School Musical[sunting | sunting sumber]

Mila membekal suara watak Gabriella untuk versi bahasa Melayu High School Musical dan High School Musical 2

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

  • Juara Akademi Fantasia Musim Ke 5
  • Anugerah ERA 2007
    • Kategori Artis Harapan Pilihan : Pemenang
    • Kategori Lagu Pop Pilihan ~ Persis Mutiara : Pemenang
  • Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007
    • Kategori Artis Baru Wanita Popular : Pemenang
    • Kategori Penyanyi Wanita Popular : Tersenarai 5 teratas
  • Nominasi Anugerah Planet Muzik 2008 :
    • Kategori Artis Baru Terbaik (Wanita) : Tersenarai 5 teratas
    • Artis Wanita Paling Popular : Tersenarai 12 teratas
  • Festival Muzik Pop Peringkat Antarabangsa XVII 2008 di Bulgaria :
    • Kategori Lagu Terbaik – Ilham dimatamu oleh Mila, komposer oleh Ajai dan Loloq : Juara
    • Kategori Anugerah Istimiewa oleh Komuniti Penganjur : "Most Talented Young Artist"
    • Kategori Miss Tourism Bulgaria Award Mila - Malaysiav
    • Untuk keterangan lanjut, layari laman berikut : http://discoveryfest.com/pages_2008/win_eng.php

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]