Milenium ke-7

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
 Milenium:  Milenium ke-6Milenium ke-7Milenium ke-8
 Abad:   Abad ke-61Abad ke-62Abad ke-63Abad ke-64Abad ke-65Abad ke-66  
Abad ke-67Abad ke-68 Abad ke-69Abad ke-70


Milenium ke-7 ialah tempoh yang bermula dari 1 Januari 6001 dan berakhir pada 31 Disember 7000.


Peristiwa astronomi[sunting | sunting sumber]

Tarikh-tarikh berikut merupakan tarikh astronomi dan diberikan dalam format astronomi, iaitu Tahun Bulan Hari, yang membenarkan tarikh-tarikh tersebut disusun.

Budaya pop[sunting | sunting sumber]

Cereka sains[sunting | sunting sumber]

  • Peristiwa-peristiwa dalam siri permainan video Xenosaga berlaku pada awal 6000-an. Disebabkan kekaburan tarikh yang diberikan dalam Episod 1 siri ini ('20xx' diikuti oleh '4000 tahun pada masa depan'), peristiwa-peristiwa itu mungkin berlanjutan hingga abad ke-62 (walaupun berbeza dengan permainan pada dirinya, tarikh-tarikh yang diberikan dalam Kerja Sempurna Xenogears menetapkan peristiwa-peristiwa Xenosaga pada tahun 7277 dalam kalendar Masihi). Haruslah diperhatikan bahawa Kerja Sempurna Xenogears mungkin tidak berkait dengan cerita Xenosaga kerana banyak penulis siri Xenogears tidak lagi terlibat dalam projek Xenosaga.

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

  • Tahun 6009 merupakan tahun pertama sejak tahun 1961 yang penulisan angka tahun ini melalui sistem angka Hindu-Arab boleh disongsang untuk memberikan angka yang sama; ini boleh dijadikan untuk banyak fon sans-serif, tulisan tangan, dan untuk paparan tujuh segmen bagi peranti elektronik.
  • Pada tahun 6939, kapsul masa bagi tahun 1939 dan 1965 akan dibuka selepas 5,000 tahun. Kapsul masa Pameran Dunia New York yang dicipta pada tahun 1939 oleh Westinghouse sebagai sebahagian pamerannya berukuran 90", dengan diameter dalamannya 6.5 inci dan beratnya 800 paun. Westinghouse menamakan aloi nikel dan peraknya sebagai Cupaloy, dan mendakwa bahawa aloi ini adalah lebih keras daripada keluli. Kedua-dua kapsul itu dikebumikan 50 kaki di bawah Taman Flushing Meadows yang merupakan tapak untuk pameran tersebut. Kapsul pertama mengandungi barang-barang harian seperti segelendong benang dan sebuah anak patung, serta juga senaskah Buku Rekod, sebebuli biji-bijian ruji, dan sebuah mikroskop. Gelendong-gelendong mikrofilem memadatkan kandungan-kandungan katalog Sears Roebuck, kamus, almanak, dan teks-teks lain. Filem Berita RKO Pathe Pictures yang panjangnya 15 minit juga dimasukkan.
  • Zaman Kapricorn dikatakan akan tamat tempoh pemerintahannya selama 2000 tahun.

Rujukan[sunting | sunting sumber]