Milo Đukanović

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Milo Đukanović
Мило Ђукановић
Milo Đukanović

Tempoh berjawat
29 Februari 2008 – 21 Disember 2010
Presiden Filip Vujanović
Didahului oleh Željko Šturanović
Digantikan oleh Igor Lukšić
Tempoh berjawat
8 Januari 2003 – 10 November 2006
Presiden Filip Vujanović
Rifat Rastoder
Dragan Kujović
Filip Vujanović
Didahului oleh Dragan Đurović (pemangku)
Digantikan oleh Željko Šturanović
Tempoh berjawat
15 Februari 1991 – 5 Februari 1998
Presiden Momir Bulatović
Didahului oleh Radoje Kontić
Digantikan oleh Filip Vujanović

Tempoh berjawat
15 Januari 1998 – 25 November 2002
Perdana Menteri Filip Vujanović
Didahului oleh Momir Bulatović
Digantikan oleh Filip Vujanović

Menteri Pertahanan
Tempoh berjawat
5 Jun 2006 – 10 November 2006
Didahului oleh Jawatan dicipta
Digantikan oleh Boro Vučinić

Tarikh lahir 15 Februari 1962 (umur 50)
Tempat lahir Nikšić, SR Montenegro, Yugoslavia
Kerakyatan Montenegro
Parti politik Parti Demokratik Sosialis
Pasangan Lidija Kuč
Anak Blažo Đukanović
Alma mater Universiti Montenegro
Laman web Government Website

Milo Đukanović (Bahasa Montenegro: Мило Ђукановић, disebut [ˈmilɔ ˈdʑukanɔʋitɕ]  ( listen); lahir 15 Februari 1962) ialah bekas Presiden dan Perdana Menteri Montenegro.

Đukanović memegang jawatan Perdana Menteri selama tiga penggal berturut-turut (1991–1993, 1993–1996, dan 1996–1998); kemudian menjadi Presiden Montenegro mulai tahun 1998 hingga 2002 sebelum kembali ke jawatan Perdana Menteri pada tahun 2003 hingga 2006. Biarpun memilih untuk mengundur diri pada akhir tahun 2006, namun beliau kembali memegang jawatan Perdana Menteri pada Februari 2008. Parti campurannya memenangi pilihan raya awal pada tahun 2009 dengan majoriti mutlak, sekaligus memberikan penggal keenam kepadanya. Beliau meletak jawatan selaku Perdana Menteri pada Disember 2010.[1] Đukanović juga Presiden jangka panjang Parti Demokratik Sosialis Montenegro, dahulunya cawangan Montenegro untuk Parti Komunis Yugoslavia, yang mentadbir Montenegro semenjak bermulanya sistem berbilang parti.

Apabila Đukanović menceburi bidang politik sewaktu muda, beliau bersekutu rapat dengan Slobodan Milošević.[2] Bagaimanapun, pada tahun 1996, beliau membelot Milošević dan melepaskan wawasan kesatuan Serbia dan Montenegro demi ideologi kedaulatan. Beliau menyaksikan Republik Persekutuan Yugoslavia berubah menjadi Kesatuan Negeri Serbia dan Montenegro, kemudian Montenegro semakin berpecah dari Serbia ekoran kemenangan dalam pungutan suara kemerdekaan pada tahun 2006.

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain