Mini

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kereta Mini Mk I
Mini Cooper S lebih sporty

Kereta Mini adalah sebuah kereta kecil yang dikeluarkan oleh British Motor Corporation dari tahun 1959 sehingga tahun 2000. Kereta mini menjadi kereta buatan British yang paling popular. Kereta ini kini digantikan dalam tahun 2001 oleh kereta New Mini buatan BMW.

Kereta mini asal dilihat sebagai ikon tahun-tahun 1960-an, [1][2][3] dan mempunyai reka bentuk yang menjimatkan ruang dengan menggunakan enjin pacuan roda depan (kebanyakan kenderaan ketika itu menggunakan pacuan roda belakang). Tatarajah pacuan ini menjadi ikutan oleh pengeluar kerat yang lain. Kereta Mini menduduki tempat kedua dalam senarai kereta-kereta paling mempengaruhi dalam abad ke-20, dan dikalahkan hanya oleh kereta Model T Ford.

Reka bentuk revolusioner kereta ini dengan rekaan dua pintu dihasilkan untuk oleh British Motor Corporation oleh Sir Alec Issigonis (1906–88) [4][5]. Kereta Mini dibuat di kilang-kilang Longbridge dan Cowley dan kemudiannya dibuat juga di Australia, Belgium, Chile, Itali, Portugal, Afrika Selatan, Sepanyol, Uruguay, Venezuela dan Yugoslavia. Kereta ini juga dipasang di Malaysia dan mendapat sambutan ramai.

Kereta Mini ini dibina dalam beberapa model utama; kereta Mini Mk I (dengan tiga perubahan besar), Mini Mk II, Mini Clubman dan Mini Mk III. Terdapat juga kereta estet, kereta pick-up, model van dan model Mini Moke – yang seperti sebuah jeep. Versi Mini Cooper dan Cooper S adalah versi kereta sport yang digunakan juga dengan jayanya sebagai kereta rali dan memenangi Rali Monte Carlo sebanyak 3 kali.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Reed, Chris. Complete Classic Mini 1959-2000. ISBN 1-899870-60-1. 
  2. Reed, Chris. Complete Mini: 35 Years Of Production History, Model Changes, Performance Data. ISBN 0-947981-88-8. 
  3. Clausager, Anders. Essential Mini Cooper. ISBN 1-870979-86-9. 
  4. Wood, Jonathan (2005). Alec Issigonis: The Man Who Made the Mini. Breedon Books Publishing. ISBN 1-85983-449-3. 
  5. Nahum, Andrew (2004). Issigonis and the Mini. Icon Books. ISBN 1-84046-640-5.