Minokok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Minokok
Sungai Minokok/Dusun Minokok
Jumlah penduduk
10,000
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
(Sabah)
Bahasa
Bahasa Minokok, Bahasa Melayu
Agama
Kristian dan Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Sukang, Orang Sungai, Kadazandusun

Minokok atau Vinokok juga disebut Sungai Minokok atau Dusun Minokok merupakan kumpulan etnik asli yang tinggal di Hulu Kinabatangan, Sabah, Malaysia Timur di pulau Borneo.

Penempatan[sunting | sunting sumber]

Penempatan asal Suku Minokok dikatakan bermula di Mukim Lalampas yang merangkumi 16 perkampungan kecil di Hulu Kinabatangan dalam Daerah Tongod.

Pada hari ini, hanya terdapat enam buah sahaja kampung suku Minokok di Daerah Tongod, Iaitu Kampung Simpang Entilibon, Kampung Sanan, Kampung Linayukan, Kampung Menanam, Kampung Maliau dan Kampung Namukon, manakala empat buah kampung lagi terletak di Daerah Keningau iaitu Kampung Sinaron, Kampung Batu Lunguyan, Kampung Mandagat dan Kampung Kipaliu.

Selain itu terdapat sebilangan kecil Suku Minokok berhijrah serta menetap di Daerah Kinabatangan dan Daerah Sandakan.