Minutes to Midnight

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Minutes To Midnight
Album studio oleh
Dilancarkan padaTemplat:Country data World 14 Mei, 2007
Amerika Syarikat Kanada Republik China India 15 Mei 2007
Dirakamkan padaFebruari 2006 – Januari 2007 di The Mansion
TempatAmerika Syarikat Edit the value on Wikidata
GenreRock alternatif
Panjang43:30
BahasaBahasa Inggeris Edit the value on Wikidata
SyarikatWarner Bros., Machine Shop Recordings
PenerbitRick Rubin, Mike Shinoda (pembantu penerbit)
Ulasan profesional
Kronologi Linkin Park
Collision Course
(2004)
Minutes to Midnight
(2007)
Live from SoHo
(2008)
Single daripada Minutes To Midnight
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Minutes To Midnight (Seminit ke Tengah Malam) adalah album studio ketiga bagi kumpulan nu metal popular Amerika Syarikat, Linkin Park selepas album Meteora. Mula diedarkan pada 15 Mei 2007, album tersebut membawa kelainan berbanding album sebelumnya disebabkan pengurangan ketara unsur muzik nu metal di dalamnya.

Asal usul nama album[sunting | sunting sumber]

Tajuk album kali ini merujuk kepada Doomsday Clock (Jam Hari Kiamat), iaitu muka jam rekaan ahli lembaga pengarah bagi majalah Bulletin of the Atomic Scientists di Universiti Chicago, Amerika Syarikat sejak tahun 1947. Jam tersebut adalah simbolik kepada hampirnya dunia kepada kemusnahan kesan daripada perlumbaan senjata nuklear oleh kuasa-kuasa besar. Istilah "minutes to midnight" (minit sebelum tengah malam) merujuk kepada betapa hampirnya dunia kepada kemusnahan akibat perang nuklear. Minit khayalan tersebut boleh jadi diawalkan atau dilewatkan bergantung kepada aktiviti teknologi senjata nuklear. Pada tahun 1947, jam tersebut disetkan pada pukul 11.53 pm dan pada tahun 2007 jam tersebut telah disetkan pada pukul 11.55 pm.

Sesuai dengan pemilihan Minutes to Midnight sebagai judul album ini, terdapat banyak lagu-lagu ciptaan Linkin Park yang mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan ketamakan kuasa-kuasa besar dunia yang cenderung kepada peperangan, termasuklah pemimpin negara mereka sendiri.

Gaya muzik[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan lagu di dalam album Minutes to Midnight tidak lagi mengetengahkan muzik nu metal yang sebelum ini pernah membawa kepada kejayaan Linkin Park. Sebaliknya, menurut vokalis utama Linkin Park iaitu Chester Bennington, album tersebut kali ini menggabungkan muzik rock klasik, punk, serta sedikit rentak hip-hop. Perubahan ketara juga berlaku pada peranan Mike Shinoda sebagai penyanyi rap, iaitu hanya 2 sahaja lagu yang mengandungi nyanyian rap oleh Shinoda, iaitu lagu Bleed It Out dan Hands Held High. Peminat juga berpeluang untuk mendengar nyanyian vokal Mike Shinoda buat kali pertama melalui lagu In Between.

Album ini turut memuatkan lagu terpanjang pernah dicipta oleh Linkin Park iaitu The Little Things Give You Away, dengan durasi 6:23. Sebelum ini, lagu terpanjang yang pernah dicipta oleh Linkin Park (tidak termasuk versi remix di dalam album Reanimation) ialah My December iaitu selama 4:12.

Sejak Linkin Park mula memasuki studio rakaman bagi proses rakaman album ini, mereka telah menulis lebih 100 buah lagu, tetapi akhirnya hanya 12 lagu terbaik sahaja yang dipilih di dalam album ini. Satu lagi perubahan ketara pada album ini ialah album Minutes to Midnight turut boleh didapati dalam versi eksplisit bagi edaran Amerika Syarikat. Versi kedua iaitu versi bertapis dijual di kebanyakan negara lain termasuklah Malaysia.

Senarai lagu Minutes to Midnight[sunting | sunting sumber]

  1. Wake - 1:40
  2. Given Up - 3:09
  3. Leave Out All The Rest - 3:29
  4. Bleed It Out - 2:44
  5. Shadow Of The Day - 4:49
  6. What I've Done – 3:28
  7. Hands Held High - 3:53
  8. No More Sorrow - 3:41
  9. Valentine's Day - 3:16
  10. In Between - 3:16
  11. In Pieces - 3:38
  12. The Little Things Give You Away - 6:23

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Stephen Thomas Erlewine. "allmusic ((( Minutes to Midnight > Overview )))". Dicapai pada 2008-08-14.
  2. ^ Chris Willman. "Minutes to Midnight". Dicapai pada 2008-08-14. Text "Music Review" ignored (bantuan); Text "Entertainment Weekly" ignored (bantuan)
  3. ^ http://pics.livejournal.com/privatelyricist/pic/004dsebp.jpg
  4. ^ Spence D. (May 15, 2007). "Linkin Park - Minutes To Midnight". IGN. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-22. Dicapai pada 2008-11-01.
  5. ^ Dan Silver (May 16, 2007). "Linkin Park - Album Reviews". NME. Dicapai pada 2008-08-14.
  6. ^ "Linkin Park: Minutes to Midnight < Music". Dicapai pada 2008-08-14. Text "PopMatters" ignored (bantuan)
  7. ^ DAVID FRICKE (2007). "Linkin Park: Minutes To Midnight : Music Reviews : Rolling Stone". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-05-17. Dicapai pada 2008-08-14.
  8. ^ "Linkin Park, 'Minutes to Midnight' (Warner Bros./ Machine Shop)". Dicapai pada 2008-08-14. Text "Spin Magazine Online" ignored (bantuan)
  9. ^ "Billbord.com-discography-Linkin Park-Bleed it out". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-16. Dicapai pada 2007-06-29.