Minyak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Untuk kegunaan lain, sila lihat Minyak (nyahkekaburan).
Minyak masak asli (zaitun)
Minyak motor sintetik

Minyak adalah satu bentuk umum sebatian kimia yang tidak boleh bercampur dengan air, dan ia berada di dalam keadaan cecair pada suhu biasa persekitaran. Bahan tersebut dikatakan juga sebagai hidrofobik or lipofilik.

Minyak terbina daripada satu atau lebih cecair hidrokarbon sebatian. Mereka adalah berbeza daripada hidrokarbon lain, seperti alkohol, keton dan eter oleh ketidakkutubannya. Perbezaan mereka daripada lemak dan lilin adalah dari segi panjang rantai molekul.

Emulsi membenarkan minyak bercampur dengan air.

Jenis[sunting | sunting sumber]

Biologi[sunting | sunting sumber]

Mineral[sunting | sunting sumber]

Sintetik[sunting | sunting sumber]

Aplikasi/Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Minyak Masak

Minyak makan, sayuran dan minyak binatang biasanya digunakan dalam masakan, disebabkan kebolehan mereka untuk mencapai suhu yang lebih tinggi daripada air. Mereka juga bertindak sebagai perasa dan juga medium penyokong untuk vitamin dan bau-bauan.

Minyak Bahanapi

Minyak mengandungi tenaga tersimpan yang tinggi, yang mana ia boleh digunakan untuk pemanasan dan juga memperkasakan pembakaran enjin. Minyak digunakan untuk tujuan ini biasanya diambil daripada petroleum, tetapi sumber-sumber tenaga biologi boleh dinilai sebagai satu alternatif kepada minyak mentah yang semakin mahal.

Pelinciran

Disebabkan oleh sifat ketidakkutubannya, minyak susah untuk melekat kepada bahan lain. Sifat ini menyebabkan ia berguna sebagai satu pelincir untuk pelbagai tujuan kejuruteraan. Minyak yang sesuai biasanya dijumpai dalam spektrum mineral, secara biologinya minyak akan terurai dalam kebanyakan keadaan persekitaran.

Petrokimia

Petrokimia adalah satu proses penyaringan minyak mentah kepada bahan mentah lain yang lebih berguna, plastik, dan minyak-minyak yang lain.

Pemindahan Tenaga

Kebanyakan minyak mempunyai takat didih yang lebih tinggi daripada air dan juga pengalir eletrik yang rendah, membolehkan ia digunakan dalam sistem penyejukan cecair , terutamanya di mana eletrik digunakan.

Lukisan

Pigment warna mudah melarut dalam minyak, membuatkan minyak sesuai sebagai medium penyokong untuk cat. Proses pengeringan yang perlahan kebolehan minyak untuk bercampur menghasilkan satu stail yang realistik. Kaedah ini telah lama digunakan semenjak abad ke-15.

Minyak Tar

Kebanyakan rumah mandi di Baghdad, Iraq pada zaman dahulu kala menggunakan minyak tar untuk melapisi dindingnya kerana sifatnya yang kalis air. Orang zaman dahulu juga menggunakan minyak tar untuk melapisi dinding kapal untuk mencegahnya daripada kebocoran.