Minyak kacang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebotol minyak kacang

Minyak kacang (minyak arachis) adalah minyak bahan organik yang dihasilkan dari kacang, diketahui mempunyai sedikit bau dan rasa keluarga kekacang. Di United Kingdom ia dipasarkan sebagai 'Minyak Groundnut'.

Ia sering digunakan dalam masakan Asia Selatan dan Asia Tenggara seperti mana minyak zaitun digunakan di Mediterranean. Minyak kacang dihargai bagi titik asapnya yang tinggi berbanding minyak masak yang lain. Komponen utamanya asid lemak adalah asid palmitik, asid oleik dan asid linoleik. Minyak kacang turut mengandungi 6–8% (keseluruhan) asid arakhidik, asid arakhidonik, asid behenik, asid lignocerik dan asid lemak yang lain.

Minyak kacang merupakan sumber bahan api asal bagi enjin diesel.

Minyak kacang biasanya digunakan bagi mengoreng makanan, terutama kentang jejari dan ayam.