Minyak syal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Minyak syal merupakan satu istilah am yang diberikan kepada sekumpulan syal berwarna hitam ke perang yang mempunyai kandungan bahan organik (dipanggil kerogen) yang cukup banyak untuk menghasilkan petroleum selepas disuling. Kerogen boleh ditukar menjadi minyak melalui proses pirolisis. Dalam proses ini minyak syal dipanaskan ke 450-500 °C tanpa udara, kerogen akan berubah kepada minyak dan dikeluarkan melalui "proses retort". Minyak syal juga boleh dibakar terus sebagai bahan bakar berkualiti rendah.

Pejabat Simpanan Petroleum Lautan dan Minyak Syal Amerika Syarikat menganggarkan simpanan minyak syal di dunia adalah sekitar 1.6 trilion tong dengan 1-1.2 trillion daripadanya adalah di AS. Jumlah ini lebih kurang sama dengan anggaran simpanan petroleum.

Estonia, Russia, Brazil, dan China melombong minyak syal. Walau bagaimanapun, pengeluaran kini menurun akibat faktor ekonomi dan persekitaran.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.