Miopia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Penglihatan normal. Ehsan National Eye Institute
Pandangan sama oleh mereka yang mempunyai rabun jauh.
Rabun jauh disebabkan titik fokus imej terbentuk di hadapan kornea boleh diatasi dengan menggunakan cermin mata.

Miopia, atau rabun jauh, adalah apabila mata tidak dapat menumpu dengan baik yang menyebabkan objek jauh kelihatan kabur.

Ia adalah satu masalah normal bagi mata di mana cahaya terkolimat menghasilkan titik tumpuan imej di hadapan retina. Mereka yang ada miopia lazimnya boleh melihat objek yang dekat dengan jelas tetapi objek jauh kelihatan kabur. Kecacatan bertentangan dengan miopia adalah hiperopia atau rabun dekat, di mana kornea menjadi terlalu leper atau mata terlalu dekat.

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Miopia telah dikelaskan dalam pelbagai cara.[1][2][3]

Sebab[sunting | sunting sumber]

Seseorang yang mengalami rabun jauh boleh melihat objek dekat dengan jelas berbanding objek jauh yang kabur. Kerana itu, mereka yang rabun jauh cenderung untuk mengecilkan mata untuk melihat objek jauh. Penglihatan kabur ini disebabkan imej ditumpukan di hadapan retina, bukannya tepat di retina.

Rabun jauh berlaku apabila mata lebih besar dan panjang daripada mata mereka yang normal. Rabun jauh adalah proses semula jadi yang terbentuk dengan pantas terutamanya ke atas kanak-kanak sekolah atau remaja, dan terus berlaku semasa proses membesar. Ini menyebabkan mereka perlu memakai kaca mata atau kanta sentuh. Proses ini akan berhenti apabila umur meningkat dalam usia 20-an.[petikan diperlukan]

Rabun jauh berlaku kepada lelaki dan wanita. Mereka yang mempunyai keturunan rabun jauh lebih berkemungkinan menghadapinya.[petikan diperlukan] Kebanyakan mata dengan rabun jauh adalah normal tetapi sebilangan daripada mereka yang rabun mungkin mengalami komplikasi kelekangan lapisan retina. Ini berlaku apabila retina lekang daripada lapisan koroid, menyebabkan gangguan fungsi retina dan menyebabkan buta jika tidak dirawat. Kelekangan retina boleh berlaku kepada seseorang yang rabun jauh. Pesakit mungkin akan mengalami kehilangan penglihatan di medan penglihatan sebelah bawah.

Simptom[sunting | sunting sumber]

Antara simptom-simptom rabun jauh adalah:

  • penglihatan kabur atau terpaksa mengecilkan mata untuk melihat objek jauh
  • keletihan pada mata
  • sakit kepala (jarang)

Rawatan[sunting | sunting sumber]

Rabun jauh boleh diatasi dengan memakai cermin mata atau kanta sentuh yang memindahkan titik tumpu ke retina. Terdapat juga beberapa pembedahan yang dapat membentuk kornea yang memindahkan titik tumpu dari hadapan retina ke retina.[petikan diperlukan]

Keratomi radial merupakan pembedahan yang popular pada masa dahulu. Sekarang, ia digantikan dengan LASIK, iaitu penggunaan laser untuk membentuk semula kornea.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Grosvenor T. "A review and a suggested classification system for myopia on the basis of age-related prevalence and age of onset." Am J Optom Physiol Opt. 1987 Jul;64(7):545-54. PMID 3307441
  2. Borish, Irvin M. (1949). Clinical Refraction. Chicago: The Professional Press.
  3. Duke-Elder, Sir Stewart (1969). The Practice of Refraction (8th ed.). St. Louis: The C.V. Mosby Company. ISBN 0-7000-1410-1.