Miralem Sulejmani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Miralem Sulejmani
Maklumat peribadi
Nama penuh Miralem Sulejmani
Tarikh lahir (1988-12-05) 5 Disember 1988 (umur 35)
Tempat lahir Belgrade, SFR Yugoslavia
Ketinggian 1.78 m (5 ka ​10 18 in)
Posisi permainan Sayap
Maklumat kelab
Kelab terkini
Benfica
Nombor 8
Kerjaya remaja
BSK Batajnica
2000–2005 Partizan
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2005–2006 Partizan 1 (0)
2007–2008 Heerenveen 34 (15)
2008–2013 Ajax 103 (29)
2013– Benfica 11 (1)
Pasukan kebangsaan
2007–2010 Serbia B21 19 (6)
2008– Serbia 15 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 24 Mac 2014
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 5 Mac 2014

Miralem Sulejmani (Cyril Serbia: Миралем Сулејмани; lahir 5 Disember 1988) merupakan pemain bola sepak Serbia yang kini bermain untuk kelab Portugal, Benfica dan untuk pasukan kebangsaan Serbia. Beliau bermain di posisi sayap.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Partizan[sunting | sunting sumber]

Sulejmani telah dilahirkan di Belgrade, Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Bapa beliau, Miljaim bermain di OFK Beograd, dan anak pertama beliau bermain di kelab tempatan, FK BSK Batajnica, sebelum berpindah ke FK Partizan.

Sulejmani membuat penampilan pertama untuk pasukan seniornya pada musim 2005–06, ketika baru berusia 17. Beliau telah menarik minat dari kelab Belanda, AZ Alkmaar, FC Groningen dan SC Heerenveen;

Heerenveen[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Disember 2006, Sulejmani menandatangani untuk bersama Heerenveen pada bulan Januari tahun hadapan.[1]

Sulejmani membuat debut rasmi untuk pasukan Friesland itu pada kempen 2007–08, menentang Willem II pada 17 Ogos 2007, seri 0-0. Beliau menjaringkan gol liga pertamanya di Eredivisie pada perlawanan berikutnya, tetapi pasukannya tewas 1–4 kepada AFC Ajax. Beliau menghabiskan musimnya dengan menjaringkan 15 gol untuk membantu kelabnya melonjak ke tangga kelima liga, dan memasuki perlawanan kelayakan Liga Europa UEFA.

Ajax[sunting | sunting sumber]

AFC Ajax telah mengumumkan bahawa mereka telah melengkapkan pemindahan Sulejmani. Kelab Amsterdam itu membayar [Euro|€]]16.25 juta kepada Heerenveen, memecah rekod kelab Belanda yang paling mahal. Rekod itu dipegang pemain Klaas-Jan Huntelaar sejak 2005. Beliau menandatangani kontrak selama lima tahun dan berkata,"Saya seorang pemain bola sepak dan saya hanya ingin tahu tentang bola sepak".[2]

Sulejmani menjaringkan sepuluh gol dalam tahun pertamanya bersama Ajax, termasuk dua gol dalam kempen Piala UEFA, di mana kelabnya melangkah ke pusingan-16. Pada 18 Februari 2010, dalam perlawanan Liga Europa, beliua menjaringkan gol secara solo ketika tewas 1-2 kepada Juventus, dalam pusingan ke-32.[3]

Pada 11 Ogos 2010, West Ham United bersetuju untuk mengadakan satu persetujuan bersama Ajax dan Sulejmani untuk meminjam beliau selama setahun,[4][5] tetapi ditolak pada hari berikutnya.[6] Beliau kemudian bermain secara biasa dalam dua musim berikutnya, dengan menjaringkan 19 gol dalam 54 penampilan.

Pada 4 Mac 2012, dalam satu perlawanan menentang Roda JC, Sulejmani telah mengalami kecederaan serius selepas 30 minot. Dua hari kemudian, pasukan perubatan Ajax telah memutuskan bahawa beliau perlu menjalani pembedahan meniskus, lalu beliau terpaksa berehat berpanjangan dan terlepas musim 2011-12.[7] Pada Februari tahun berikutnya, beliau telah dilaporkan menyertai S.L. Benfica sebagai ejen bebas;[8][9][10] selepas disahkan oleh jurulatih Ajax, Frank de Boer.[11]

Benfica[sunting | sunting sumber]

Benfica telah mengesahkan bahawa Sulejmani, bersama rakan senegara Filip Đuričić, melepasi ujian kesihatan dan bersetuju untuk kontrak lima tahun.[12][13]

Sulejmani membuat debut untuk Benfica dalam perlawanan Primeira Liga pada 25 Ogos, ketika menang 2-1 ke atas Gil Vicente FC. Beliau menjaringkan gol pertamanya untuk kelab barunya pada 15 Disember, menang tipis 3-2 kepada S.C. Olhanense.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sulejmani membuat debut untuk pasukan kebangsaan Serbia pada 6 Februari 2008, dalam satu perlawanan persahabatan menentang Macedonia di Skopje. Beliau menjaringkan gol antarabangsa pertama kalinya pada 12 September 2012, menentang Wales dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2014, Serbia menang besar 6-1.[14]

Pasukan kebangsaan Serbia
Tahun Pmncln Gol
2008 3 0
2009 3 0
2010 1 0
2011 0 0
2012 5 1
2013 3 0
2014 1 0
Jumlah 16 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Arena Lawan Skor Keputusan Kejohanan
1. 11 September 2012 Stadium Karađorđe, Novi Sad, Serbia  Wales 6–1 6–1 Kelayakan Piala Dunia 2014

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Eropah1 Lain2 Jumlah
Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol Pmncln Gol
Partizan 2005–06 1 0 0 0 0 0 1 0
Jumlah 1 0 0 0 0 0 1 0
Heerenveen 2006–07 0 0 0 0 0 0 0 0
2007–08 34 15 2 1 2 0 0 0 38 16
Jumlah 34 15 2 1 2 0 38 16
Ajax 2008–09 27 8 0 0 7 2 34 10
2009–10 17 2 4 0 10 1 31 3
2010–11 32 8 6 3 14 2 1 0 53 13
2011–12 22 11 1 0 8 1 1 0 32 12
2012–13 5 0 2 0 1 0 0 0 8 0
Jumlah 103 29 13 3 40 6 2 0 158 38
Benfica 2013–14 11 1 2 1 10 0 3 1 26 3
Jumlah 11 1 2 1 10 0 3 1 26 3
Jumlah kerjaya 149 45 17 5 52 6 5 1 223 57

1 Termasuk perlawanan Liga Juara-Juara UEFA dan Piala UEFA / Liga Europa. 2 Termasuk perlawanan Perisai Johan Cruijff dan Taça da Liga.

Penghargaan[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Ajax
Benfica

Individu[sunting | sunting sumber]

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

Sulejmani dilahirkan di Batajnica, Belgrade dan merupakan keturunan etnik Gorani (dari Gora di selatan Kosovo). Keluarganya berpindah ke Batajnica pada tahun 1948. Bapa beliau juga bermain bola sepak, untuk OFK Beograd dan GSP Poleta. Pemain kegemaran beliau ialah Thierry Henry dan Cristiano Ronaldo. Kawan baik beliau pula ialah Danko Lazović.[16] Pada 2010, beliau telah memiliki teman wanita yang bernama Vesna Mušović.[17] He became a father to a son in October, 2011.[18]

References[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "De Sulejmani Code" (dalam bahasa Dutch). Voetbal Zone. 2 September 2012. Dicapai pada 15 June 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Miralem Suljemani krijgt rugnummer Luque" (dalam bahasa Dutch). Voetbal Plus. 9 July 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-15. Dicapai pada 15 June 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ "Ajax verliest met 2–1 van Juventus" (dalam bahasa Dutch). Ajax's official website. 18 February 2010. Dicapai pada 15 June 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Club update on Sulejmani". West Ham United. 11 August 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-16. Dicapai pada 11 August 2010.
  5. ^ "Hammers scrap Sulejmani loan after work permit failure". BBC Sport. 13 August 2010. Dicapai pada 13 August 2010.
  6. ^ "West Ham move for Sulejmani hit by red tape as Fulham denied chance to sign Chelsea starlet". United Kingdom: Daily Mail. 12 August 2010. Dicapai pada 12 August 2010.
  7. ^ "Ajax's Sulejmani may miss the remainder of the season". Goal.com. 6 March 2012. Dicapai pada 14 June 2013.
  8. ^ "Sulejmani: Benfica contrata médio criativo do Ajax" (dalam bahasa Portuguese). Mais Futebol. 14 February 2013. Dicapai pada 14 February 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ "Miralem Suljmani. Um jogador de extremos" (dalam bahasa Portuguese). IOnline. 15 February 2013. Dicapai pada 15 February 2013. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  10. ^ "Ex-West Ham and Newcastle target on verge of Benfica switch". Talk Sport. 14 February 2013. Dicapai pada 15 February 2013.
  11. ^ Sulejmani marca pelas reservas (Sulejmani scores for reserves); Record, 20 February 2013 (Portugis)
  12. ^ Benfica: Sulejmani e Djuricic assinam por cinco anos (Benfica: Sulejmani and Djuricic sign for five years); Diário Digital, 23 February 2013 (Portugis)
  13. ^ "Official: Benfica complete Sulejmani signing". Goal.com. 11 June 2013. Dicapai pada 14 June 2013.
  14. ^ "Serbia 6–1 Wales". BBC Sport. 12 September 2012. Dicapai pada 14 June 2013.
  15. ^ "Spot-on Sevilla leave Benfica dreams in tatters". UEFA.com. 14 May 2014. Dicapai pada 15 May 2014.
  16. ^ "Ličnost Danas: Miralem Sulejmani". 2009.
  17. ^ "Sulejmani: Krivo mi je što sam otišao".
  18. ^ "Sulejmani dobio sina". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-12-07.