Mislina Mustaffa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mislina Mustaffa
Kelahiran Mislina binti Mustaffa
23 April 1971 (43 tahun)
Ipoh,Perak, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pendidikan Sarjana lakonan
Pusat pendidikan Universiti Sains Malaysia
Pekerjaan Pelakon
Terkenal kerana Membotakkan kepala dalam lakonan sebagai Zaiton Sameon


Mislina Mustaffa adalah seorang pelakon filem dan aktivis teater yang bergiat aktif di Malaysia. [perlu rujukan] Mislina berkelulusan sarjana dalam bidang lakonan daripada Universiti Sains Malaysia.[perlu rujukan]

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Kemunculan pertamanya di layar lebar adalah menerusi filem digitalBukak Api arahan Osman Ali dan disusuli karya Osman yang seterusnya, Malaikat Di Jendela sebuah filem pendek. Beliau banyak berlakon dalam filem-filem bebas ketika awal kemunculan yang mana kebanyakkannya berformat digital. Antara naskhah yang popular adalah Bernafas Dalam Lumpur arahan James Lee & Lampu Merah Hati (Monday Morning Glory) yang diterbitkan pada tahun 2005.

Puaka Tebing Biru, cereka pertama arahan Osman menjadi filem debut Mislina di layar lebar. Beliau diberi peranan dalam watak pembantu dan berganding bersama aktres popular Umie Aida. Seterusnya beliau muncul dalam filem arahan Liew Seng Tat berjudul Flower In The Pocket.

Hanya menerusi kemunculannya dalam filem Mukhsin arahan pengarah tersohor Allahyarham Yasmin Ahmad, nama Mislina mula meniti bibir peminat. Biarpun sering diberi peranan pembantu namun kemunculannya sentiasa mencuit perhatian. Mislina terus bekerjasama dengan Yasmin untuk filem terakhirnya berjudul Talentime. Lakonan Mislina dalam filem Mukhsin mendapat pujian pengkritik dan penontonan awam.

Pada tahun 2009 Mislina berpeluang bekerjasama dengan pengarah muda Chris Chong dalam filem Karaoke yang mana telah terpilih untuk ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Cannes. Mislina membawa watak Kak Ina, seorang ibu tunggal yang mengusahakan pusat karaoke di kawasan ladang kelapa sawit bersama anak lelakinya yang lama menghilang lakonan Zahiril Adzim. Lakonan Mislina dalam filem itu mendapat perhatian pengkritik dan dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke-23 untuk kategori Pelakon Wanita Terbaik (FFM). Pun begitu, biarpun disifatkan sebagai calon faveret, Mislina tewas kepada aktres jelita Lisa Surihani yang menonjolkan transisi lakonan berbeza dalam filem Lagenda Budak Setan.

Kontroversi Zaiton Sameon[sunting | sunting sumber]

Mislina mula terpalit kontroversi apabila penglibatannya sebagai pelakon utama membawakan watak penyanyi sensasi 80-an, Zaiton Sameon dalam filem terbitan B'ruang Film Production berjudul Zaiton: Ceritaku berdepan permasalahan apabila penat lelahnya membawa watak tersebut menjadi sia sia apabila penerbit filem tidak berpuas hati dengan mutu produksi filem arahan Fauziah Nawi itu. Penggambaran dikatakan bakal dibuat semula dan Mislina seolah tidak lagi berminat untuk melakonankan semula semua babak yang telah siap. Demi menjayakan watak penyanyi sensasi yang menempuh kesukaran setelah mengalami zaman kejatuhan itu, beliau sanggup membotakkan kepala. Penampilan Mislina di karpet merah Festival Filem Malaysia ke 23 ternyata menjadi perhatian ramai.

Mislina bakal muncul dalam filem terbaru Osman Ali berjudul Cun pada tahun 2011.

Gelandangan di Dataran Merdeka[sunting | sunting sumber]

Mislina Mustaffa dilihat bersama dengan peserta-peserta Occupy Dataran dan demonstrasi Perhimpunan Mahasiswa Mansuh PTPTN pada April 2012 di Dataran Merdeka. Beliau menyaksikan sendiri sekumpulan lelaki yang dipercayai adalah samseng telah menganggu dan menyerang kumpulan protes kira-kira jam 2:45 pagi. Difahamkan, kumpulan samseng itu telah merobohkan khemah mahasiswa serta mendatangkan kecederaan.[1]Kehadiran beliau dengan imej botak, berseluar pendek dan hanya bersinglet sahaja sambil menghisap rokok mengundang kritikan dari mereka yang menyokong dan membantah PTPTN.

Pelakon berusia 41 tahun berasal dari Ipoh, Perak ini membotakkan kepala dan membawa sebuah komputer bimbit. Beliau mahu merasai hidup gelandangan dan menulis buku bertajuk 'Homeless By Choice'.[2] Beliau muncul dalam beberapa filem seperti Sumpahan Puaka , Cun, Estet, Anak Halal, Sepet , Puaka Tebing Biru, Mukhsin, Dukun dan Anak Halal. [3]

Drama TV lakonan beliau ialah Misi, Bah Tilut, Ombak itu dan banyak lagi di bawah arahan Yasmin Ahmad.[4]

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Judul & Arahan Peranan Nota
2000 Bukak Api
  • Osman Ali
Watak utama
2001 Malaikat Di Jendela
  • Osman Ali
Watak pembantu Filem Pendek
2005 Lampu Merah Hati aka Monday Morning Glory
  • Woo Min Jing
Watak utama Filem Digital
2007 Puaka Tebing Biru
  • Osman Ali
Watak pembantu
Flower In The Pocket
  • Liew Seng Tat
Watak pembantu
Mukhsin
  • Yasmin Ahmad
Watak pembantu
Anak Halal
  • Osman Ali
Watak pembantu
2008 Bernafas Dalam Lumpur
  • James Lee
Watak utama Filem Digital
Kurus
  • Woo Min Jing
Watak utama Filem Digital
2009 Talentime
  • Yasmin Ahmad
Watak pembantu
Karaoke
  • Chris Chong
Watak utama (Pencalonan) Pelakon Wanita Terbaik - Festival Filem Malaysia ke-23
2010 Estet
  • Mamat Khalid
Watak pembantu
2011 Cun
  • Osman Ali
Watak pembantu
Sumpahan Puaka
  • M. Subash
Watak utama Pelakon Wanita Terbaik - Majlis Persatuan Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2012

TV[sunting | sunting sumber]

  1. Surat Untuk Bulan (2005)
  2. Wadi Unung (2009)

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Festival Filem Malaysia
Tahun Karya Tercalon Kategori Keputusan
2010 (FFM 23) Karaoke Pelakon Wanita Terbaik Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]