Mistik (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mistik
Pengarah Prof A. Razak Mohaideen
Penerbit David Teo
Lakonan Cico Harahap
Lisdawati
Ismail Din
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Malaysia

Mistik ialah sebuah filem drama seram arahan pengarah prolifik terkenal, Prof A. Razak Mohaideen yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 24 April 2003. Filem yang dibintangi Cico Harahap, Rita Rudaini, Lisdawati dan Ezad Lazim ini menceritakan tentang sekumpulan pelajar melakukan kajian di sebuah pulau yang mistik.

Isi kandungan

Plot [sunting]

Sekumpulan penuntut universiti ditugaskan membuat kajian mengenai kewujudan unsur-unsur mistik yang terdapat dalam budaya Melayu dan mereka perlu mendokumentasikannya dalam bentuk filem. Mereka memilih sebuah pulau yang terpencil dan tidak berpenghuni untuk menjalankan kajian tersebut. Pelajar yang mengikuti ekspedisi itu terdiri darpada Shafiq selaku ketua kumpulan, Aryan (pelajar dari Indonesia), Mona, Anok (pelajar dari Thailand), Rina, Atirah, Hakim, Jeffrey dan Tasya. Di antara semua pelajar tersebut, Anok yang paling skeptikal kerana tidak mudah mempercayai sesuatu tanpa bukti yang kukuh. Manakala Rina pula seorang yang paling penakut dalam kumpulan tersebut. Mereka semua menuju ke Pulau Bayu Biru dan terpaksa menempuhi pelbagai kejadian aneh lagi menakutkan!

Pelakon [sunting]

Pencapaian [sunting]

Pautan luar [sunting]