Mitologi Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mitologi Jepun (Bahasa Jepun: 日本神話; Nihon-shinwa) adalah sistem kepercayaan yang menggabungkan tradisi Agama Buddha dan Shinto serta agama rakyat Jepun yang lain.

Mitologi Jepun pada hari ini adalah berdasarkan manuskrip lama seperti Koijiki, Nihon Shoki dan lain-lain buku tambahan. Koijiki yang bermaksud "Rekod Perkara Purba" adalah manuskrip tertua yang berkisar tentang mitologi dan legenda Jepun yang pernah diketahui. Manakala Shintoshu pula menerangkan asal-usul dewa-dewi Jepun dari prespektif agama Buddha, sementara Hotsuma Tsutae pula merekodkan mitologi yang berbeza.

Salah satu perkara menarik dalam mitlogi Jepun adalah kisah asal-usul Keluarga Diraja Jepun, yang meletakkan mereka ke tahap kedewaan. Perkataan Maharaja Jepun dalam bahasa Jepun ialah tennō (天皇), yang bermaksud "maharaja dari langit". Mitologi Jepun juga menerangkan bagaimananya terbentuk 8 pulau Jepun yang dikenali Oyshima.