Mitsubishi Lancer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mitsubishi Lancer
1987 Mitsubishi Lancer sedan
Pengilang Mitsubishi Motors
Pengeluaran 1973–sekarang
Pemasangan Kilang Mizushima, Okazaki, Aichi, Jepun
Pendahulu Mitsubishi Mirage (Bagi Amerika Utara)
Kelas Sub-kompak (1973–1999)
Kompak (2000–present)

Mitsubishi Lancer adalah model kereta kompak yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Motors. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Colts Lancer, Dodge/Plymouth Colt, Chrysler Valiant Lancer, Chrysler Lancer, Eagle Summit, Hindustan Lancer, Soueast Lioncel, Mitsubishi Carisma, dan Mitsubishi Mirage di pelbagai negara lain pada waktu tertentu, dan generasi terbaru Lancer akan dikenali sebagai Galant Fortis di Jepun mulai tahun 2007. Sejak model Lancer mula dikeluarkan pada tahun 1973, lebih enam juta unit Lancer dijual di seluruh dunia.[1]

Dua model kereta terawal keluaran syarikat automotif Malaysia, Proton iaitu Proton Saga dan Proton Wira direka berasaskan model Mitsubishi Lancer.

1973[sunting | sunting sumber]

Generasi pertama
Generasi pertama model 2 pintu Mitsubishi Lancer
Juga dikenali Chrysler Valiant Lancer
Dodge Colt
Pengeluaran 1973–1979
Stail badan Sedan 2 pintu
Sedan 4 pintu
Estet 5 pintu
Hatchback 3 pintu (Celeste)
Layout FR layout
Enjin 1.2 l I4
1.6 l I4
1.4 l I4
2.0 l I4
First generation Mitsubishi Lancer 4 door

Generasi pertama model Lancer mula dikeluarkan pada tahun 1973 bagi mengisi segmen sub-kompak iaitu antara segmen kei car (Mitsubishi Minica) dan segmen kompak (Mitsubishi Galant). Model ini terbukti berjaya di dalam perlumbaan rali yang disertainya, satu dakwaan yang kekal sehingga ke hari ini.


Generasi kedua[sunting | sunting sumber]

Generasi kedua
1987 1600 GT Lancer EX
Pengeluaran 1978–1988
Stail badan Sedan 4 pintu
Layout FR
Enjin 4G62 1.8 L SOHC Turbo I4 165 PS 163 hp/121 kW
4G33 / 4G12 1.4 L SOHC I4
4G32 1.6 L l4
4G11 1.2 L l4
4G63 2.0 L OHC Turbo l4 168 hp/121 kW (EX 2000 Turbo)
Transmisi Manual 4 kelajuan
Manual 5 kelajuan
Automatik(1400/1600 - GL/XL, 1800 SE )
Tapak roda 2440mm
Panjang 4230mm
Lebar 1620mm
Tinggi A171 / A172 - 1380mm
A173 / A174 - 1390mm
A175 - 1385mm
Berat kering 1170 - 1295 kg
Muatan bahan api 50 liter

Generasi kedua Lancer pula menyaksikan peralihan daripada rekabentuk "botol Coke" pada generasi pertama kepada bentuk berpetak yang lebih ringkas. Enjin yang digunakan pada generasi kedua ini menggunakan teknologi Silent Shaft bagi mengurangkan bunyi bising yang dihasilkan akibat geseran pada aci engkol, menghasilkan pengendalian enjin yang lebih senyap.


Generasi ketiga[sunting | sunting sumber]

Generasi ketiga
Mitsubishi Lancer generasi ketiga
Pengeluaran 1982–1987
Stail badan Hatchback 3 pintu
Sedan 4 pintu
Hatchback 5 pintu
Estet 5 pintu
Enjin 1.6 L I4
1.8 L I4 diesel
Berkait Mitsubishi Mirage
Proton Saga
1987 Mitsubishi Lancer Estate
Dodge Colt 3 pintu(AS)

Pada tahun 1982, generasi ketiga Lancer yang dikenali sebagai Mitsubishi Lancer Fiore mola dikeluarkan, berasaskan model Mitsubishi Mirage. Di peringkat antarabangsa pula, hanya nama Mitsubishi Lancer sahaja yang digunakan.

Pada tahun berikutnya, kedua-dua model Lancer dan Mirage diperbaharui serentak. Model 4 pintu Mirage dengan model Lancer menjadi satu jenis kereta yang sama. Model generasi ketiga mula menggunakan suntikan bahan api walaupun model karburetor masih boleh didapati. Mitsubishi Lancer Fiore ini menjadi asas kepada penghasilan model Proton Saga keluaran syarikat automotif Malaysia, Proton.


Generasi keempat[sunting | sunting sumber]

Generasi keempat
Mitsubishi Colt 5 pintu
Pengeluaran 1988–1992
Pengganti Mitsubishi Carisma (Eropah)
Stail badan Hatchback 3 pintu
Sedan 4 pintu
Hatchback 5 pintu
Layout Enjin hadapan, pacuan roda hadapan / pacuan empat roda
Tapak roda 2455 mm (96.7 in)
Berkait Mitsubishi Mirage
Mitsubishi Chariot/Space Wagon/Expo
Dodge/Plymouth Colt
Eagle Summit
Eagle Vista

Generasi keempat mula dikeluarkan pada tahun 1988 bagi menggantikan model Lancer Fiore. Model generasi keempat ini menampilkan reka bentuk yang lebih aerodinamik, berasaskan model Mitsubishi Galant. Ia dikenali sebagai Mitsubishi Mirage Aspire di Jepun. Pada masa ini, model Lancer mula menampakkan perbezaan berbanding model Mirage.


Generasi kelima[sunting | sunting sumber]

Generasi kelima
Mitsubishi Lancer sedan
Pengeluaran 1991–1995
Stail badan Coupe 2 pintu (berasaskan Mirage)
Sedan 4 pintu
Estet 5 pintu
Layout Enjin hadapan, pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda (GSR)
Enjin 1.3 L SOHC I4
1.5 L SOHC I4
1.5 L DOHC
1.8 L SOHC I4
1.6 L DOHC MIVEC I4
1.8 L DOHC Turbo I4
Transmisi Automatik 4 kelajuan
Manual 5kelajuan
Tapak roda 2500 mm (98.4 in)
Coupe: 2440 mm (96.1 in)
Berkait Mitsubishi Lancer Evolution
Mitsubishi Carisma
Mitsubishi Mirage
Mitsubishi Chariot/Space Wagon/Expo
Dodge/Plymouth Colt
Eagle Summit
Eagle Vista
Proton Wira

Hanya pada tahun 1991 barulah perbezaan antara model Lancer dan Mirage menjadi semakin ketara. Sungguhpun kedua-dua model tersebut nampak serupa kerana berasaskan pelantar yang sama, namun jenis kepingan keluli yang digunakan adalah berbeza. Pilihan enjin yang ditawarkan adalah daripada enjin 1.3L kepada enjin 1.8L turbo. Model enjin V6 juga diperkenalkan tetapi dengan pilihan enjin 1.6L sahaja, menjadikan Mitsubishi Lancer V6 1.6 sebagai kereta dengan enjin pengeluaran V6 terkecil. Model GSR 1.8 Turbo membentuk asas kepada model Mitsubishi Lancer Evolution yang menggunakan casis yang sama tetapi dengan enjin 2 liter turbo serta sistem aliran kuasa yang diambil dari model rali Mitsubishi Galant VR-4.

Sekali lagi, Mitsubishi Lancer generasi kelima menjadi asas kepada pengeluaran model Proton Wira dengan pilihan enjin petrol 1.3L, 1.5L, 1.8L dan enjin diesel 2.0L.


Generasi keenam[sunting | sunting sumber]

Generasi keenam
Mitsubishi Mirage sedan (AS)
Pengeluaran 1995–2000
Stail badan Coupe 2 pintu
Sedan 4 pintu
Estet 4 pintu
Layout Enjin hadapan, pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda (GSR)
Enjin 1.5 L SOHC I4
1.8 L SOHC I4
1.8 L DOHC Turbo I4
Transmisi Automatik 4 kelajuan
Semi-auto 4 kelajuan
Manual 5 kelajuan
Tapak roda Sedan: 2500 mm (98.4 in)
Coupe: 2415 mm (95.1 in)
Berkait Mitsubishi Lancer Evolution
Mitsubishi Carisma
Volvo S40
Volvo V40
Mitsubishi Mirage
Mitsubishi Chariot/Space Wagon/Expo
Dodge/Plymouth Colt
Eagle Summit
Soueast Lioncel

Pada tahun 1995, model Mitsubishi Lancer diperbaharui dengan format rekabentuk yang serupa dengan generasi kelima. Model generasi keenam ini juga digelar sebagai "Lancer Pizza" di Filipina kerana rekabentuk lampu belakang yang seakan-akan pizza. Di sesetengah pasaran, model Mitsubishi Carisma menggantikan Lancer bagi tempoh 1996 hingga tahun 2004.


Generasi ketujuh[sunting | sunting sumber]

Generasi ketujuh
2004-2005 Mitsubishi Lancer sedan (AS)
Pengeluaran 2000–2006
Pendahulu Mitsubishi Carisma (Eropah)
Mitsubishi Mirage (AS)
Stail badan Sedan 4 pintu
Estet 4 pintu
Layout FF
Platform CS7A
Enjin 4G13 1.3 L SOHC
4G18 1.6 L SOHC
4G93 1.8 L DOHC I4
4G94 2.0 L SOHC I4
4G63 2.0 L DOHC
4G69 2.4 L SOHC MIVEC I4
Transmisi Automatik 4 kelajuan
Semi-auto 4 kelajuan
Manual 5 kelajuan
Invecs III CVT
Berkait Mitsubishi Lancer Evolution
2002-2003 Mitsubishi Lancer sedan
2004-2005 Mitsubishi Lancer Ralliart sedan (AS)
2006 Mitsubishi Lancer Ralliart
2006 Mitsubishi Lancer ES
2004-2005 Mitsubishi Lancer Sportback ES (AS)

Model generasi ketujuh Mitsubishi Lancer mula dikeluarkan pada tahun 2000. Ia dikenali sebagai Mitsubishi Lancer Cedia di Jepun, di mana perkataan "Cedia" adalah kependekan daripada perkataan century (abad) dan diamond (berlian). Model generasi ketujuh ini menyaksikan kembalinya jenama Mitsubishi ke Malaysia setelah Mitsubishi menjual kesemua sahamnya di dalam Proton, membolehkan Mitsubishi menjual semula keretanya di Malaysia. Sebelum ini, model-model kereta Mitsubishi tidak dijual antara tahun 1985 hingga 2003 berikutan perjanjian dengan Proton.

Model Lancer generasi ketujuh didatangkan dengan satu sahaja pilihan enjin bagi pasaran Malaysia iaitu model 1.6L. Model 1.6L ini menggunakan enjin 4G18 iaitu enjin yang sama dengan enjin yang digunakan pada model-model terawal Proton Waja.


Generasi kelapan[sunting | sunting sumber]

Generasi kelapan
2008 Mitsubishi Lancer
Juga dikenali Galant Fortis (Jepun)
Lancer Fortis (Taiwan)
Mitsubishi Jones (MPV kompak)
Pengeluaran 2007-sekarang
Stail badan Sedan 4 pintu (GS41)
Layout [Enjin hadapan, pacuan roda hadapan / Pacuan empat roda
Platform Mitsubishi GS platform
Enjin 4B12 2.4 L DOHC MIVEC I4,
4B11 2.0 L DOHC MIVEC I4,
4B10 1.8 L DOHC MIVEC I4,
4A91 1.5 L DOHC MIVEC I4
Transmisi Manual 5 kelajuan (F5MBB)
Automatik CVT (F1CJA)
Tapak roda 2635 mm (103.7 in)
Panjang 4570 mm (180.0 in)
Lebar 1760 mm (69.3 in)
Tinggi 1490 mm (58.7 in)
Berat kering 1325 (Manual DE) - 1410 (CVT GTS)
Muatan bahan api 59l
Berkait Mitsubishi Lancer Evolution

Pada tahun 2005, Mitsubishi mendedahkan model kereta konsep Concept-X semasa Pertunjukan Kereta Jepun dan model Concept-Sportback semasa Pertunjukan Kereta Frankfurt. Model terbaru Lancer ini diasaskan daripada kedua-dua kereta konsep tersebut. Lancer terbaru mula didedahkan pada Januari 2007 semasa Pertunjukan Kereta Detroit dan mula dijual di Amerika Syarikat pada Mac 2007. Generasi terbaru Lancer menampilkan badan keselamatan generasi akan datang, RISE.

Di Malaysia, model ini didatangkan dengan pilihan enjin 2 liter sahaja.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "All new 2008 Lancer", AllnewLancer.ca

Pautan luar[sunting | sunting sumber]