Mitsubishi Triton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mitsubishi Triton
2006-2007 Mitsubishi Triton GLX-R
Maklumat
PengilangMitsubishi Motors
Juga dikenaliMitsubishi Forte ('78–'86)
Mitsubishi L200
Mitsubishi Mighty Max ('82–'96)
Mitsubishi Storm
Mitsubishi Strada
Pengeluaran1978–sekarang
PemasanganMitsubishi Motors (Thailand), Laem Chabeng, Thailand
Catalão, Brazil
Gaya badanLori pikap

Mitsubishi Triton adalah model lori pikap padat keluaran Mitsubishi Motors. Asalnya ia dikenali sebagai Mitsubishi Forte di Jepun dari tahun 1978 hingga 1986, apabila nama tersebut tidak lagi digunakan dan digantikan dengan nama Strada. Bagi kebanyakan pasaran eksport, nama L200 digunakan,[1][2][3] manakala nama Storm digunakan di Malaysia pada awal 2000-an. Sebelum ini ia juga dikenali sebagai Rodeo di Afrika Selatan sehingga 2007.[4] Jumlah jualan terkumpul bagi tiga generasi pertama kini melebihi 2.8 juta unit di seluruh dunia.[5]

Triton generasi keempat, dibina di kilang Mitsubishi Motors di Thailand serta dilancarkan pada tahun, direka oleh Akinori Nakanishi serta dieksport ke 140 buah negara.[2] Di Malaysia, tiga varian bagi Triton generasi keempat diperkenalkan iaitu Triton standard (enjin 4D56T 2.5L dengan pengecas turbo dan suntikan terus rel sepunya), Triton Lite (enjin 4D56 2.5L pernafasan biasa dan suntikan terus pam pengagih) serta Triton 3.2L (enjin 4M41T 3.2L dengan pengecas turbo dan suntikan terus rel sepunya)[6].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mitsubishi Forte" Diarkibkan 2011-05-21 di Wayback Machine, Mitsubishi Motors South Africa website
  2. ^ a b "Mitsubishi Motors releases new Triton pickup truck in Thailand" Diarkibkan 2009-07-17 di Wayback Machine, Mitsubishi Motors press release, August 25 2005
  3. ^ "Mitsubishi Motors launches Triton urban sports pickup" Diarkibkan 2009-10-11 di Wayback Machine, Mitsubishi Motors press release, September 21 2006
  4. ^ "2006 Mitsubishi bakkie range" Diarkibkan 2007-11-06 di Wayback Machine, Mitsubishi Motors South Africa website
  5. ^ "Triton" Diarkibkan 2007-09-29 di Wayback Machine, Technology Review 2006, no.18, pp.144-147, Mitsubishi Motors website
  6. ^ Mitsubishi Motors Malaysia launches two new Triton variants Diarkibkan 2008-06-14 di Wayback Machine - Mitsubishi Motors Malaysia. Dicapai pada 17 Jun 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]