Miyuki Hatoyama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Miyuki Hatoyama
鳩山 幸

Isteri Perdana Menteri Jepun
Didahului olehChikako Aso

Lahir 1943
Shanghai, Republik China
Pasangan Yukio Hatoyama
Anak Kiichiro Hatoyama
Pekerjaan Pelakon

Miyuki Hatoyama lahir 1943 di Shanghai, China adalah isteri bekas Perdana Menteri Jepun Yukio Hatoyama.

Beliau merupakan pelakon tahun 1960-an dan selalui ingin tahu. Beliau lahir di Shanghai ketika Jepun menyerang China semasa Perang Dunia Kedua. Dia dibesarkan di Kobe. Dia pindah ke Amerika Syarikat dan bertemu dengan bakal suaminya Yukio Hatoyama, di San Francisco, California, ketika Yukio menjadi mahasiswa di Universiti Stanford.

Miyuki sering djemput dalam program bual bicara membahaskan topik makanan, agama dan politik. Dia pernah memakai kemeja yang dibuat daripada daun teh berasal dari Hawaii. Dia juga mendakwa 'makan matahari' setiap untuk mendapatkan tenaga. Dia juga mendakwa rohnya pergi planet Zuhrah menaiki UFO. Suaminya menyatakan itu dalam mimpi tetapi Muyuki menyatakan itu benar-benar.

Miyuki mencintai budaya, makanan dan drama Korea Selatan. Dia berasa keghairahannya itu membantu meningkatkan hubungan Jepun - Korea Selatan. Pada 2009, dia dan suaminya melawat Insadong, Seoul.

Anak mereka Kiichiro sedang belajar di Rusia dalam jurusan kejuruteraan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]