Myrtle Mengerang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Moaning Myrtle)
Watak Harry Potter

Shirley Henderson sebagai Myrtle Mengerang dalam Harry Potter and the Chamber of Secrets (filem)
Myrtle Mengerang
Jantina Perempuan
Warna rambut Hitam
Rumah Ravenclaw
Sekolah Sekolah Sihir Hogwarts
Keturunan kelahiran Muggle
Dilakonkan oleh Shirley Henderson
Kemunculan pertama Harry Potter and the Chamber of Secrets

Myrtle Mengerang (meninggal Mei 1943), ialah watak rekaan dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling. Ia ialah hantu yang mendiami tandas perempuan di aras dua Sekolah Sihir Hogwarts, dan kerap tersedu-sedan, merengek, meratap, dan mengeluh.

Dalam filem yang diadaptasi daripada siri ini, Myrtle Mengerang dilakonkan oleh Shirley Henderson. Myrtle Mengerang ditampilkan dalam the Chamber of Secrets dan the Goblet of Fire.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nama keluarga Myrtle tidak diketahui. Beliau ialah hantu seorang pelajar sihir berdarah Muggle. Myrtle terbunuh lima puluh tahun sebelum peristiwa yang sama menggemparkan Hogwarts sekali lagi. Myrtle telah didedahkan sering dibuli ketika di sekolah, lantas menyebabkan dia sering kelihatan murung dan berada di tandas perempuan aras dua untuk menangis. Kebetulan juga, pintu masuk Bilik Rahsia berada di bilik air yang sama. Pada satu ketika, Myrtle bersembunyi untuk mengelakkan diri daripada Olive Hornby, rakan yang selalu mengusiknya, Bilik itu terbuka dan basilisk Tom Riddle menjelma menyebabkan Myrtle terkorban.

Selepas kematian, Myrtle menghantui Olive ke mana sahaja dia pergi. Olive kemudiannya membuat aduan kepada Kementerian Sihir, yang mengarahkan Myrtle kembali ke Hogwarts. Sejak itu, Myrtle sering berada di tandas itu.

Tidak seperti hantu Hogwarts lain, Myrtle tidak beberapa bersosial, sangat terasa apabila dikatakan bahawa dia telah mati (dan hampir semua perkara sekali). Dia amat murung, mengerang (dia mengatakan bahawa dia sering memikirkan tentang kematian sepanjang masa) dan marah terhadap apa sahaja perkara yang dirasakannya boleh membawa kepada penghinaanya (walaupun bukan itu yang orang lain fikirkan). Erangan dan keluhannya menyebabkan masalah perpaipan dan pembentungan di tandas itu. Myrtle kadang-kala sering berada di paip bengkok berbentuk U dan kadang-kala dipam ke tasik dengan segala kotoran tandas di dalamnya.

Kepentingan watak Myrtle dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia ialah membantu Harry Potter, Ron Weasley dan Hermione Granger mengetahui tentang raksasa di dalam Bilik Rahsia.

Myrtle juga membantu Harry dalam tugasan kedua Kejohanan Ahli Sihir Trio, dalam Harry Potter dalam Piala Api. Myrtle jugalah yang memberitahu Harry bagaimana menyelesaikan teka-teki telur emas yang diperolehinya dalam tugasan pertama, iaitu dengan membuka telur itu di dalam air.

Myrtle jelas berminat akan Harry, iaitu satu-satunya orang yang dijemput berkongsi tandas dengannya jika terbunuh.

Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, dia muncul dan berbaik dengan Draco Malfoy yang risau akan tugas yang diberikan Lord Voldemort.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Shirley Henderson berusia 35 tahun ketika Harry Potter and the Chamber of Secrets bermula penggambaran, lantas menjadikannya pelakon penting tertua yang melakonkan watak pelajar Hogwarts, jauh lebih tua daripada Christian Coulson, yang berumur 22 tahun ketika itu, yang melakonkan watak Tom Riddle dalam filem yang sama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]