Mod

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang statistik, mod ialah nilai yang mempunyai kekerapan tertinggi dalam suatu set data. Mod adalah satu kaedah pengiraan kecenderungan memusat.

Mod bagi set data terkumpul boleh dicari boleh ditentukan daripada histogram. Mod bagi set data terkumpul diberi oleh rumus

\text{Mod} = L + \frac{f_m - f_1}{(f_m - f_1) + (f_m - f_2)} \times h

di mana:

  • L ialah sempadan bawah kelas mod.
  • f_m ialah kekerapan kelas mod.
  • f_1 ialah kekerapan kelas sebelum kelas mod.
  • f_2 ialah kekerapan kelas selepas kelas mod.
  • h ialah saiz kelas mod, iaitu beza antara sempadan atas dan sempadan bawah kelas mod.
  • Kelas mod ialah kelas yang mempunyai kekerapan tertinggi.