Model Ekonomi Baru

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Model Ekonomi Baru (NEM) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010.[1] Ia terbahagi kepada 2 fasa . Fasa 1 bermula pada 30 Mac 2010. Sementara Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Secara formal, DEB sudah lama dihentikan pada 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi lain.

Model Ekonomi Baru berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih inovatif dan kreatif di samping lebih masa. Lonjakan berganda daya pengeluaran akan berlaku.

Generasi muda terpaksa menerima liberalisasi perdagangan dan terpaksa bersaing dalam dunia global.[2]

Ia menjadi dasar supaya Malaysia boleh menganjakkan kedudukan ekonominya daripada sebuah negara yang berada pada peringkat pendapatan sederhana tinggi kepada pendapatan tinggi.[3]

Sektor ekonomi tempatan tidak cukup besar dan negara sangat bergantung pada sektor luar (external). Malaysia sangat bergantung kepada perdagangan antarabangsa.Oleh itu Malaysia terpaksa membuka sektor-sektor ekonomi tertentu . Perjanjian-perjanjian antarabangsa perlu dipatuhi. Antaranya ialah WTO, AFTA dan lain-lain.

Jemaah Ekonomi Kebangsaan[sunting | sunting sumber]

Tan Sri Amirsham Abdul Aziz dilantik sebagai pengerusi Jemaah Ekonomi Kebangsaan atau Inggerisnya, National Economic Council (NEC).

Tiada kuota kaum[sunting | sunting sumber]

Amirsham A Aziz menegaskan MEB tidak akan mempunyai kuota pemilikan berdasarkan kaum. Semua kuota pemilikan berasakan kaum dihapuskan secara beransur dan digantikan langkah-langkah meningkatkan keupayaan untuk semua.

Dasar ekonomi sekarang lazimnya mensasarkan ekuiti, pekerjaan dan sebagainya. Sasaran MEB ialah golongan bawahan 40 peratus kumpulan berpendapatan rendah.

Berhubung penyertaan Bumiputera, MEB akan meningkatkan lagi kapasiti usahawan dan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum sepanjang pelaksanaannya. Pendekatan yang terbaik akan dikaji bagi menyokong bidang ekonomi utama yang disasarkan dalam MEB.

Teras utama MEB ialah tidak ada kuota pemilikan. Namun kapasiti perniagaan bumiputera akan disokong supaya mereka boleh menjalankan perniagaan yang lebih baik.Contohnya pembiayaan dan akses kepada internet .[4]

Cedok daripada Agenda Ekonomi Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Mac 2010, pemimpin Pakatan Rakyat mendakwa MEB dicedok daripada Agenda Ekonomi Malaysia (AEM). Malahan ayat-ayat dan frasa pun ada persamaan.Antaranya ialah keperluan untuk mencapai pendapatan tinggi, pembinaan ekonomi yang utuh secara berterusan dan menjamin kesaksamaan, dan juga tumpuan untuk memberi bantuan kepada rakyat tanpa mengira kaum.

PR juga kesal MREB tidak memasukkan komitmen untuk mengubah fasiliti awam dan usaha membanteras rasuah . Kerajaan sepatutnya membawa MEB kepada Parlimen untuk dibincangkan, diperhalusi , penubuhan jawatankuasa khas pilihan parlimen untuk meneliti dasar MEB, sebelum ianya diumumkan kepada rakyat. Sepatutnya ada usaha dapatkan maklumbalas rakyat dan rundingan[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]