Mohamad Ezam Mohd Nor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Senator
 Ezam Mohd Nor
Mohamad Ezam Mohd Nor

Presiden Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK)
Tempoh berjawat
2005 – 2008

Tarikh lahir 24 April 1964
Tempat lahir Klang, Selangor
Parti politik Lambang keadilan.png(1998-2007)
BN-100px.jpgUMNO (Malaysia).svg BN-UMNO(2008-kini)
Agama Islam
Laman web http://www.ezam.my/

Senator Ezam Mohd Nor lahir 24 April 1967 di Klang, Selangor. Beliau merupakan ahli politik Malaysia bermula dari UMNO. Dia keluar dari parti pada 1998 dan kemudian menyertai Parti Keadilan Rakyat, namun keluar dari parti itu pada 2007 dan menyertai semula parti UMNO pada 28 Mei 2008. Mohamad Ezam Mohd Nor dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan Malaysia bermula 15 Mac 2014 hingga kini. Kali terakhir beliau berkhidmat di Kementerian Kewangan sebelum dilantik semula menyertai Kementerian itu ialah pada tahun 1998.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur dari tahun 1980 sehingga 1984. Beliau menyambung pelajaran beliau di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan ekonomi dari tahun 1987 hingga 1991.

Latarbelakang politik[sunting | sunting sumber]

DI dalam UMNO[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Selangor pada 1993 sehingga 1996 kemudian menjadi Setiausaha UMNO Negeri Selangor dari 1996 sehingga 1998. Kemudian beliau menjadi Naib Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan dari 1998 sehingga 1999.

Beliau pernah menjadi Setiausaha politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menyediakan teks ucapan, perancangan politik dan sebagainya. Beliau juga pernah menulis teks ucapan untuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Di dalam PKR[sunting | sunting sumber]

Apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 2 September 1998, beliau bersama lain-lain pemimpin turut keluar dan mengadakan demonstrasi jalanan di ibu kota Kuala Lumpur. Kehadiran beliau di pentas politik mampu menarik kehadiran ramai penyokong dan penonton. Ezam adalah bekas ketua Angkatan Muda PKR (AMK) dari 1999 sehingga 2005. Ketika Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh, beliau antara yang mempertahankan Anwar.

Menubuhkan Gerak[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan bekas pengerusi Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak), sebuah badan yang ditubuhkannya selepas beliau bebas dari tahanan Akta Rahsia Rasmi 1972 (ISA). Pada tahun 2001 Ezam telah didakwa di bawah OSA kerana memiliki fail kes rasuah Rafidah Aziz. Pada tahun 2002, Ezam telah dijatuhkan dua tahun penjara. Ezam pernah mendakwa memiliki enam kotak dokumen sulit kerajaan. Penyokong beliau ternanti-nanti dan menghadiri ceramah beliau untuk mendengar pendedahan rahsia tersebut. Ribuan hadir dalam ceramah beliau di Kampung Rinching Hilir, Semenyih.

Pada 24 Januari 2004, ketika Anwar Ibrahim masih di dalam penjara, Ezam mengatur ceramah bersama Gerak. Majlis Pelancaran 'Gerakan Anwar Bebas [GAB] Perak di diadakan Markas keADILan Pasir Salak di Permatang Pelanduk . Ceramah ini tidak mendapat permit Balai Polis Teluk Intan . Oleh itu pasukan polis dengan 8 buah trak dengan lebih 200 orang FRU lengkap telah menyerbu ketika Ezam , Muhaimin Sulam, Othman Abd. Rahman dan Kapten Usaili (Adun Bota) berucap. FRU lengkap bersenjata dan water canon.[1]

Memasuki UMNO semula[sunting | sunting sumber]

Beliau dikatakan tidak dapat bekerjasama dengan Mohamed Azmin Ali kerana berlainan cara perjuangan. Baginya Anwar Ibrahim telah menyimpang jauh dari arus perjuangan suatu ketika dahulu. [2]

Pada 28 Mei 2008, Ezam memohon menyertai semula parti UMNO setelah menyerahkan borang keahlian dan yuran sebanyak RM100 untuk menjadi ahli seumur hidup kepada Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi.[3][4]

6 kotak rasuah[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Mei 2009, dalam program Hujah di TV9, Ezam menafikan beliau memiliki 6 kotak rasuah yang diwar-warkan semasa Anwar Ibrahim dipenjarakan di Sungai Buloh. Sebaliknya kotak itu dikatakan masih di tangan Anwar Ibrahim. Ezam juga kesal pemimpin PAS Husam Musa tidak hadir untuk menjawab persoalan rasuah balak pemimpin PAS pada 1970-an ketika PAS memerintah Kelantan. Sebenarnya yang tidak dapat hadir dalam program Hujah ialah Daruk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bagi Ezam, kerajaan yang berkuasa sering terdedah kepada rasuah. Hal ini ada dinyatakan oleh Ibnu Khaldun dan Syed Hussein al Attas. UMNO lama berkuasa dan mudah terjebak. Sudah menjadi sunah alam , parti yang berkuasa terlibat dengan rasuah. Pemimpin UMNO sendiri mengaku rasuah memang wujud dalam parti itu.[5]

Gerakan Selamatkan Selangor[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Julai 2010, beliau di antara beberapa pemimpin Selangor yang terlibat di dalam 9 program ceramah sempena program 'Roadshow' Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) bermula esok sehingga 8 Ogos 2010.[6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]