Mohamad Sabu
| Yang Berbahagia Haji Mohamad Sabu |
|
![]() |
|
|
|
|
| Tempoh berjawat 1999 – 2004 |
|
| Didahului oleh | Zakaria Said |
|---|---|
| Digantikan oleh | Hashim Jahaya |
| Majoriti | 991 |
|
|
|
| Tempoh berjawat 1995 – 1999 |
|
| Digantikan oleh | Husam Musa |
| Majoriti | 10,125 |
|
|
|
| Tempoh berjawat 1990 – 1995 |
|
| Didahului oleh | Mat bin Haji Ali |
| Majoriti | 8,139 |
|
|
|
| Tarikh lahir | 14 Oktober 1954 (58 tahun) |
| Tempat lahir | Tasek Gelugor, Pulau Pinang |
| Parti politik | |
| Tempat tinggal | Shah Alam |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Agama | Islam |
| Laman web | http://mohamadsabu.com/index2.shtml |
Mohamad Sabu atau 'Mat Sabu' (lahir 14 Oktober 1954 di Tasek Gelugor) merupakan seorang ahli politik Malaysia dari parti PAS yang berbangsa Melayu. Beliau kini merupakan Timbalan Presiden PAS[1]. Sebelumnya, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Naib Presiden PAS,Naib Pemuda PAS Pusat dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Mohamad Sabu pernah menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah pada tahun 1999-2004.
Isi kandungan |
Pendidikan [sunting]
Mat Sabu bersekolah di Pulau Pinang dan mendapat SPM dengan kelulusan gred 3. [perlu rujukan]Kemudian menyambung pelajaran jurusan pemakanan di ITM separuh jalan pada 1975 apabila terkandas dalam pelajarannya.[perlu rujukan]
Penglibatan dalam arena politik [sunting]
Tahun 1975 menyertai ABIM dan 1981 menyertai PAS. Beliau bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 1982 di Dun Penanti tetapi tewas.Sekali lagi tewas kepada rakan ABIM nya , Datuk Seri Anwar Ibrahim di parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan raya umum Malaysia 1986. Apabila berhijrah ke Kelantan, beliau menang dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 di parlimen Nilam Puri. Sekali lagi memang di kerusi parlimen Kubang Kerian dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995.
Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 beliau menang di parlimen Kuala Kedah,Kedah. Tapi tewas lagi di Kuala Terengganu dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail dan nenek Maimun Yusuf (89 tahun) . Razali memperolehi 32,562, dengan majoriti 628 undi.Mohamad Sabu (31,934 undi) dan Maimun (685 undi).
Dua kali tahanan ISA [sunting]
Mohamad Sabu merupakan salah seorang daripada pemimpinPAS yang telah dua kali ditahan di bawah akta ISA semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Penahanan pertama berlaku pada tahun 1984 sehingga 1986 di atas tuduhan terlibat dalam gerakan pelampau. Selepas menghadapi penderaan siasatan selama 60 hari, beliau telah dibuang daerah ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan dengan pergerakan terhad selama dua tahun.
Penahanan kali kedua berlaku pada tahun 1987 sehingga tahun 1989. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi Mohamad Sabu ketegangan itu berpunca dari memarakkan api perkauman di antara MCA yang melibatkan Tan Sri Lee Kim Sai dan Pemuda UMNO yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini adalah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu berhubung isu tuntutan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh MCA.
BERSIH [sunting]
Perhimpunan BERSIH yang berlangsung pada 10 November 2007, beliau merupakan Pengerusi Gerakan Mobilisasi dan Demokrasi dan Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (BERSIH).
Pilihanraya umum Malaysia 2008 [sunting]
Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau telah kalah kepada calon Barisan Nasional di kerusi Parlimen Kuala Terengganu, Terengganu.
Kontroversi [sunting]
Dituduh khalwat [sunting]
Semasa menjadi Ketua Pemuda PAS, beliau ditangkap 'khalwat' dengan isteri orang bernama 'Normah Abdul Halim' di bilik 121, Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan. Kes ini dibicarakan di Mahkamah Syariah Kota Bharu. Serbuan oleh pegawai Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan [JAHEIK] disertai krew TV3. Bagaimanapun Mat Sabu bebas dari tuduhan itu kerana kekurangan bukti. Isteri Mat Sabu juga bernama 'Normah'.[2] Kes 1994 ini muncul semula dalam Youtube pada 12 September 2011 .[3]
Wira Bukit Kepong [sunting]
Pada 21 Ogos 2011 semasa satu ceramah di Gelugor, Pulau Pinang, Mohamad Sabu mengeluarkan satu kenyataan kontroversi dengan mengatakan kononnya Muhammad Indera, ketua tentera Parti Komunis Malaya (PKM) semasa Peristiwa Bukit Kepong 1950 yang selayaknya digelar "hero negara" dan bukannya anggota polis yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir untuk mempertahankan balai polis Bukit Kepong, dengan mendakwa kesemua anggota polis semasa serangan tersebut sebagai "pegawai British" manakala askar PKM pula dianggap "hero negara sebenar" memandangkan mereka "menentang British".[4] Ceramah tersebut, yang videonya tersebar luas di laman YouTube, telah mencetuskan kemarahan rakyat di seluruh Malaysia, memandangkan kenyataan tersebut dianggap sabagai satu penghinaan terhadap ahli keluarga 25 orang termasuk kanak -kanak, dan wanita yang terkorban dalam serangan tersebut,[5], [6]di samping para pejuang kemerdekaan lain yang tiada kaitan dengan PKM seperti Tunku Abdul Rahman dan Dato' Onn Jaafar.[7]
Walau bagaimanapun, Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menafikan segala tuduhan tersebut serta mempertahankan kenyataan dan dakwaan Mohamad Sabu atas alasan sama.[8]
Pada 10 Sep 2011, Mat Sabu mempertikaikan pula jasa Sarjan Hassan mempertahankan tanah air. [9]
Pada 20 September 2011, rumahnya disimbah dengan minyak tanah dan dibakar. Rumahnya di Seksyen 19 , Shah Alam ketika itu didiami oleh anaknya. Isterinya Normah Alwi (57) menjaga ibu bapanya yang dimasukkan ke Hospital Kangar, Perlis. Laporan polis dibuat di Balai Polis Seksyen 15, Shah Alam. [10]
Pada 21 September 2011, Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Butterworth kerana memburukkan imej polis dan keluarga mereka dalam ceramah di Padang Menora pada 21 Ogos 2011.Peguam Mohamed Hanipa Maiden menyatakan Mat Sabu dibebaskan dengan jaminan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.[11]
Hubungan dengan Syiah [sunting]
Keterangan Mat Sabu berkaitan isu Syiah telah mengaitkan beliau dengan sokongannya terhadap Iran dan proksinya seperti Hezbollah.[12]. Beliau dinasihati agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan berkenaan Syiah kerana ia melibatkan akidah umat Islam di Malaysia.[13]
Keluarga [sunting]
Pada 17 Februari 2011, ibu Mohamad Sabu, Halijah Mat, 91, meninggal dunia di Kampung Guar Petai, Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Ibunya pernah diserang angin ahmar sebanyak tiga kali .Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Padang Menora. Adik beradik Mohamad Sabu tujuh orang iaitu Fatimah, Abdullah, Zainab, Sofiah, Mohamad, Kasim dan Zaleha.[14]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Mat Sabu - timbalan presiden PAS yang baru" Malaysiakini.com. 4 Jun 2011
- ↑ Mat Sabu enggan komen perbualan berunsur seks
- ↑ Mohd. Zahid cabar pimpinan Pas
- ↑ Pisau.net. "Mat Sabu hina pejuang negara". http://www.youtube.com/watch?v=ItcuiUCw4qY. Capaian 2 September 2011.
- ↑ "Waris tragedi Bukit Kepong tersinggung". Utusan Malaysia. 2011-08-28. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0828&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm. Capaian 2 September 2011.
- ↑ Heroes’ graves in disgrace Families upset repairs have been slow in coming to Bukit Kepong cemetery MARHALIM ABAS Wednesday, September 7th, 2011 12:57:00
- ↑ "Mat Sabu's remarks an insult, says Muhyiddin (Inggeris)". The Star. 2011-08-28. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/8/28/nation/9387654&sec=nation. Capaian 2 September 2011.
- ↑ "Isu sebenar ceramah Md Sabu (Bahasa Melayu)". harakahdaily.net. http://bm.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/5159-isu-sebenar-ceramah-md-sabu. Capaian 2 September 2011.
- ↑ Sarjan Hassan pula dipersoal, Oleh AZELI ALI
- ↑ Rumah Mat Sabu dikhianat Kosmo
- ↑ Mat Sabu mengaku tak bersalah
- ↑ Mat Sabu: Isu Syiah timbul kerana hubungan Iran-AS
- ↑ Tak perlu pertahan Syiah
- ↑ Ibu Mohamad Sabu meninggal dunia
